Bestnya Iftar + Kendurian Di Pullman Putrajaya Lakeside
12:40 AM
Ha tak lama lagi kita bakal
bertemu bulan puasa. Pastinya bagi anda yang bekerja pasti memikir tempat iftar
sesuai bersama ahli keluarga atau rakan. Istimewa tahun ini apa kata datang
berbuka di Pullman Putrajaya Lakeside bertema Magical Ramadhan Nights. Tempoh
hari BBL berkesempatan merasai sendiri preview keunikkan berbuka puasa disini.
Betul seperti tagline Magical Ramadhan Nights memang ternyata penuh kejutan.
Lebih 300 jenis juadah tersedia
Seharian menahan lapar dan
dahaga tambah lagi musim panas kemarau tersangat menguji keimanan hati. Oleh
itu Pullman Putrajaya selaku the best 5-star hotel di Cyberjaya/Putrajaya berbesar
hati membawa keceriaan sewaktu anda berbuka puasa. Dengan lebih dari 300 juadah
pelbagai pilihan berbuka menanti para tetamu seperti BBQ makanan laut segar,
super fresh salad bar, menu tradisional ibunda, menu international, masakan
cina, india, masakan asia (Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam), menu Timur
Tengah, ikonik pasta Itali, murtabak, pilihan sajian mee, aneka minuman segar,
buah-buahan dan bermacam lagi. Kalu nak list out memang panjang korang scroll.
Sewaktu masuknya berbuka
puasa, wakil pihak Pullman Putrajaya akan melaungkan azan secara langsung dari
menara jam. Uniknya buffet ramadhan dihidang secara terbuka outdoor ala bazaar
membuatkan anda terasa ‘sesat dalam lautan sajian’. Malah mampu memuatkan
hingga 10 000 orang dalam satu masa.
Walk-in Desert Room satu hall
Dah puasa menikmati sajian
berbuka puasa, basahkan mulut dengan pencuci mulut di walk-in desert room.
Jangan terkejut melihat pelbagai variasi desert termasuk ais krim, ABC,
pop-corn, kuih muih, aneka pastry, pudding dan macam-macam lagi. Terus terang
anda terasa berada di Alice & Wonderland. Penuh keceriaan dan kegembiraan!
Kendurian Buffet
Special untuk Magical Ramadhan
Nights, Pullman Putrajaya turut menyediakan satu lori kendurian buffet khas
untuk hantu durian. Makanlah raja buah sepuas hati anda. Fuh memang terbaik la
lepas puas makan kambing golek, sate, bbq seafood kita pekana durian dari kebun
Rizal Urban. Patut la orang Putrajaya cakap datang berbuka di Pullman Lakeside
Putrajaya memang berbaloi.
Tak terhenti kat situ, anda
akan dihiburkan oleh persembahan live band, pancaragan staff Pullman serta
maskot adiwira Starwars, Ironman dan badut menceriakan kanak-kanak. Usah pulang
dulu kerana sajian buffet Ramadan ni berlangsung hingga jam 9.30 malam dan
penghujungnya korang akan dapat menyaksikan pertunjukkan bunga api.
Bawa family serta rakan taulan berbuka di sini bermula 15 Mei – 14 Jun 2018 dengan bayaran setiap tetamu :
Dewasa RM 188
Kanak-kanak RM 110
*Potongn Early bird RM 150
(dewasa) & RM 100 (kanak-kanak)
Pintu Magical Ramadhan Night
Pullman Putrajaya dibuka bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Jangan buang masa lagi terus
book hari ini. Hubungi 03 8890 0000 atau whatsapp 016 8900 142 atau email
magicalramadhan@pullmanputrajaya.com
Ikuti laman social media
Pullman Putrajaya untuk update promosi terkini
Facebook : Pullman Putrajaya
Lakeside
Instagram : PullmanPJ
Twitter : PullmanPutrajaya
Whatsapp : 016 8900 142
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
pergh best siap ada durian lagi. Boleh la ajak member buka puasa weekend kat sini.
ReplyDelete