Richworld Travel & Tours Tawar Pakej Kembara Umrah Bersama Sabri Yunus (Pok Ya)

10:31 PM

Hari ini syarikat RICHWORLD TRAVEL & TOURS berbesar hati dapat bekerjasama dengan encik Mohd Sabri Bin Yunus atau lebih popular dikenali sebagai Pok Ya. Ala yang berlakon cerita sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu TV3. Serentak dengan itu maka pakej kembara umrah bersama selebriti Pok Ya dilancarkan.


Btw Richworld Travel & Tours merupakan sebuah syarikat Pelancongan Berlesen (KPL: 7656) yang juga dianugerahkan Lesen Khas Umrah (LKU: 172) bagi mengendalikan Pakej Umrah dan Ziarah.

Menariknya RICHWORLD TRAVEL adalah salah satu syarikat dalam kumpulan Syarikat RG yang beroperasi di Kuala Lumpur. Dengan pendapatan Kumpulan melebihi RM20 juta setahun meliputi beberapa anak syarikat bawah naungannya iaitu

🌟 Perkhidmatan Pembekalan Kawalan Keselamatan
🌟 Perkhidmatan Pembekalan Makanan Bermasak Halal
🌟 Perkhidmatan Pembekalan Kebersihan
🌟 Perkhidmatan Pembekalan Latihan (Training Provider)
🌟 Perkhidmatan Pelancongan

Telefilem Pokya Cong Codei telah mencetuskan satu fenomena luar biasa sejak ditayangkan oleh syarikat televisyen berbayar tempoh hari. Atas dasar tersebut pihak RICHWORLD TRAVEL meluahkan rasa gembira dapat berkolabrasi dengan Pokya Cong Codei bagi melahirkan Pakej Umrah Congcodei ini. Melalui pakej 12 hari 10 malam ni yang akan dijual dengan harga bermula RM 5,450 para Jemaah akan menetap di Hotel Concorde Madinah dan juga Tanah Haram Mekah yang kedua-dua mengambil masa 5 minit perjalanan dari hotel.


Bercakap tentang hubungan pihak pengurusan RICHWORLD TRAVEL dan Pok Ya rupanya mereka berdua sudah bersahabat baik sejak sekian lama selain kedua-dua berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Ujurnya pertalian ini mengeratkan lagi hubungan mereka berdua selain termeterai perjanjian MOU memberi impak positif kepercayaan pelanggan untuk memilih pakej Kembara Umrah Ziarah istimewa ini.

Selain dapat mengerjakan Umrah bersama Pokya Congcodei para Jemaah dapat merasai kelainan mengerjakan ibadah Umrah dengan RICHWORLD TRAVEL di mana mereka dapat bersama-sama berada dalam majlis Khatam Al-Quran dalam Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah. Pihak RICHWORLD TRAVEL juga akan menganjurkan Majlis Tahlil bersama para Jemaah di samping pelbagai pengisian menarik lain. Di jangka kumpulan pertama Kembara Umrah bersama Pokya Congcodei bakal berlepas awal October 2018 nanti selepas musim haji tahun ini.


Tidak dinafikan pakej Umrah Ziarah syarikat RICHWORLD TRAVEL  sangat popular dan menjadi pilihan ramai terutama penggal cuti sekolah. Paling mendapat sambutan semestinya Umrah Ziarah ke Turki. Bagi anda peminat Sabri Yunus atau berminat untuk menyertai kembara umrah bersama RICHWORLD TRAVEL bolehlah membuat tempahan hari ini dengan cara hubungi -

Pejabat RICHWORLD TRAVEL talian
03 -9174 7003 / 09 – 760 7121
WhatsApp 011-20048989
Iman 011-3788 1947

Facebook : Percutian Jimat

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici