Pengalaman Best Cari Lokan Dalam The Wetlands Kg Durian Belukar

3:31 AM


Satu kenangan indah BBL timba dari #TravelogueMalaysia edisi Johor ialah pengalaman pungut lokan dari habitat semulajadi dalam hutan bakau The Wetland Kg Durian Belukar, Tanjung Sedili, Johor. Ha bukan Kg Durian Runtuh kampung Upin Ipin ye. 

Terletak 131km dari pusat bandar Johor Bharu, lebih kurang 1 jam 44 minit masa perjalanan terasa amat berbaloi saat menjejak kaki ke homestay The Wetland Kg Durian Belukar. Lokasi rumah penginapan sebelah Sungai Sedili Kechil ternyata satu tarikan unik berada disini. Tambah lagi BBL sampai sebelah petang memang sempoi dan relax dapat berehat di jeti sampan. 

 bakoloni chalet mengadap sungai

indahnya sunset encik matahari

Aktivti Menarik The Wetland Kg Durian Belukar

Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam kawasan The Wetland Kg Durian Belukar termasuk sukaneka keluarga atau syarikat, berkhemah atau berehat dalam suasana desa dan perkara berikut sempat saya lalui sepanjang menginap di kampung ni.  

1. Memancing udang
Ini signature aktiviti harus anda cuba selepas letak beg dalam bilik. Ambil pancing, sangkut umpan dan cuba nasib pancing udang sungai. Jika air sungai tenang dan cuaca baik, mungkin boleh dapat udang dalam kuantiti yang banyak. Bagi BBL ini kali pertama pancing udang di lubuk udang Sungai Sedili Kechil. Agak kekok main baling umpan jauh-jauh padahal letak bawah jeti dah boleh tangkap udang. Al maklum tahu 'tangkap udang' atas display pasaraya je. 

 kami suka kampung sini, bertuah penduduk Durian Belukar

udang yang pertama berjaya tangkap...yahoo

Sebelah malamnya, kami pakat bbq udang pancing petang tu. Puas hati makan udang fresh dari sungai. Boleh tahan manis isi udang sini ya. Tak hairan penduduk sini pun rajin datang pancing sebab memang banyak udang. 


2. Cari lokan di hutan bakau
Aktivti kedua ini memang rugi amat kalu tak try. Walaupun rasa seriau berjalan dalam lumpur bakau tetapi perasaan teruja dan seronok mula datang. Tambah lagi bila dpat pungut lokan dari habitat asalnya. Menariknya lokan disini membiak secara semulajadi kerana ekosistem hutan bakau Kg Durian Belukar sesuai untuk hidupan haiwan bercengkeram ini. Comot pun comotlah janji kutip banyak lokan. 


Cukup hanya sekitar kawasan titaan pejalan kaki, anda boleh pungut lokan hampir satu besen dan size setiap satu boleh tahan cukup besar. Cara untuk mengesan lokan cukup mudah, biasanya ia akan mengeluarkan buih dari lumpur dan hanya menggunakan kayu panjang untuk mengorek ia dari tempat persembunyian.

nah pandai tak kami cari?

Hujung cerita lepas berhempas pulas cari lokan, kami buat BBQ sekali lagi untuk edisi lokan ni. Pergh rasa sedap dapat cicah dengan sos masam manis thai. Puas hati dapat makan hasil laut tangkap sendiri. Bagaimana dengan anda...pernah alamai pengalaman penduduk kampung begini?


3. Melawat pusat pertenakkan belangkas
Negeri Johor merupakan antara kawasan cukup bertuah masih mempunyai habitat cukup sesuai bagi pembesaran belangkas - juga dikenali sebagai hidupan pra sejarah. Tidak jauh dari dari inap desa The Wetland Kg Durian Belukar terdapat satu pusat perternakan dan penetasan belangkas. Seekor belangkas mengambil masa lebih kurang 30 tahun untuk matang, lebih kurang macam manusia dewasa. Tidak hairan belangkas dianggap anatara hidupan eksotik dan harga boleh mencecah RM15 seekor. 


Oh jangan terkejut line internet hampir tiada disini, jangan berangan nak scroll facebook la. Jadi jangan panik, apa kata nikmati kedamaian alam dan berehat dari dunia internet seketika. Sebelah malam memang seronok borak santai dengan team #TravelogueMalaysia tanpa bunyi notifikasi FB. Sejuk jugak waktu malam di sini, mungkin sebab dikelingi dengan pokok bakau serta hutan belukar. Tidur memang lena dan tenteram. 


Berminat untuk merasai sendiri pengalaman unik ini di The Wetland Kg Durian Belukar boleh dapatkan hubungiPn.Rohani 013-7026327 atau dapatkan maklumat lanjut melalui Facebook rasmi The Wetland Kg Durian Belukar

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. la lokan hidup dalam lumpur bakau rupanya ingat dalam laut macam kerang tu. Menarik juga datang weekend dateway kat sini

    ReplyDelete