Dinner Selera Thai Di Mueang Kao Thai Cuisine, PJ
1:50 AM
Actually dah lama anak tekak tak merasa dinner makan Thai food. Kebetulan member ajak cari restoren thai cuisine area Damansara Jaya. Kononya nak buat jalan-jalan cari makan gituh. Pusing punya tayar kereta, kami terjumpa Mueang Kao Thai Cuisine atas cadangan kawan facebook. Dengar cerita chef restoren Mueang Kao berasal dari negara Gajah Putih. Memang sesuai sangat dapat makan air tangan asli thai ni.
Perut pun dah lapar. Kami tengok dulu menu apa yang best seller di sini. Boleh tahan banyak choice makanan sampai termenung kejap nak pilih apa. Well best solution better tanya Esther Yap, pemilik restoren Mueang Kao Thai Cuisine. Kebetulan owner tengah free so tanya jelah menu apa sedap kan.
Kami mulakan dengan pembuka selera Meang Kam lebih kurang macam sirih melayu tapi condimentnya lebih variati dan sedap. Rasa Meang Kam fresh dan padat udang kering, hirisan mangga, halia, bawang, kacang tanah, cili, kelapa goreng dan cicah dengan sos kat tengah tu. Wallah sedap sekali ngap!
Meang Kam RM13
Prawns Cakes RM19
Ha jangan lupa cuba Prawns Cakes cicah dengan sos masam manis thai ni. Rasa ranggup bila kunyah memang sedap. Tambah lagi hidang panas-panas. Dah setel, pekerja Mueang Kao akan menghidang nasi putih untuk santapan seterusnya. Sajian pertama ialah Pha Ban Suan - isi ikan talapia goreng dan dihidang bersama gajus, kacang tanah, mangga dan bawang. Kalu anda nak tahu, ikan talapia ini dihantar secara hidup oleh pembekal demi menjaga kesegaran isi ikan. Malah ikan talapia juga hanya diberi makan jagung dan rumpai bukanya pallet atau usus ayam. Tak hairan rasa ikan lebih manis dan tahap kesegaran terjaga.
Pha Ban Suan
BBQ Talapia
Promosi ikan Talapia RM29.90 sahaja membuatkan kami tidak teragak-agak pesan dua jenis hidangan berasaskan ikan talapia. Next dish BBL cadangkan order BBQ talapia. Kepada anda pengemar ikan talapia memang susuai datang jamu selera di Mueang Kao Thai Cuisine.
Antara menu hidangan sampingan lain boleh anda nikmati seperti Pad Ped with Petai, Dry Curry Chicken, Deep Fried Kangkung dan Thai Style Lemon Steamed. Kombinasi cukup menyelerakan untuk nasi putih tu. Jujur BBL tambah 2x kali nasi sebab Pad Ped with Petai memang kena dengan selera melayu kita.
Pad Ped with Petai RM25
Dry Curry Chicken RM18
Deep Fried Kangkung RM15
Thai Style Lemon Steamed RM38
Apalah makna datang makan restoren Thai kalu tak order tomyam kan. Tomyam seafood dan Thai Style Coconut Seafood Otak-Otak menjadi pilihan BBL untuk meneruskan sesi makan malam. Sayang tak sempat rakam video tomyam seafood siap keluar api kat tengah pot tu. Kuah pun sedap hirup panas sambil pekana air green tea thai. Perfect duet gituh.
Bagi anda yang ingin kelainan, #cadangmakan Thai Style Coconut Seafood Otak-Otak yang dihidang dalam buah kelapa muda. Rasanya berempah dan kuah pekat terbaik digaul bersama nasi. Terliur balik teringat waktu makan. Okay malam ni repeat lagi.
Tomyam Seafood RM15 (saiz kecil)
Thai Style Coconut Seafood Otak-Otak RM25
Coconut Ice Cream
Mango Sticky Rice
Red Rubby
Coconut Tapioca
air kelapa laut, green tea & ice tea
Melangkah masuk ke ruang makan rasa berada kat Thailand. Lengkap dekorasi budaya thai membuatkan diri 'terbang' ke negara jiran. Pemilik premis bijak mengabungkan bibit memori klasik seperti mesin jahit singer, mesin menaip lama serta hiasan lampu meja sebagai penaik seri dinding.
Malah snek ringan dari negara Thailand seperti Cornae dan Snack Jack ada dijual sebagai buah tangan kudap-kudap untuk dibawa pulang.
Apa kata malam ni datang menjamu selera di Mueang Kao Thai Cuisine.
Alamat : No. 21 (GF), Jalan SS22/11, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Facebook : Facebook.com/mueangkaothaicuisine
Instagram : @instagram.com/mueang_kao_thai_cuisine
Email : mueangkaothaicuisine@gmail.com
Malah snek ringan dari negara Thailand seperti Cornae dan Snack Jack ada dijual sebagai buah tangan kudap-kudap untuk dibawa pulang.
Apa kata malam ni datang menjamu selera di Mueang Kao Thai Cuisine.
Alamat : No. 21 (GF), Jalan SS22/11, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Facebook : Facebook.com/mueangkaothaicuisine
Instagram : @instagram.com/mueang_kao_thai_cuisine
Email : mueangkaothaicuisine@gmail.com
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
Amboi sedapnya tomyam style otak-otak tu. Okay ajak hubby datang sini malam ni
ReplyDelete