#CADANGMAKAN : Seafood Buffet Dinner Kat Sunway Putra Hotel KL
11:39 PM
Assalamualaikum guys..
Dah lama BBL tak makan sedap buffet hotel. Last rasanya waktu bulan puasa lepas. Bila weekend mesti mood malas nak masak tu datang. Sudahnya ajak housemate makan kat luar. Kali ni kitaorang pergi Hotel Sunway Putra. Ala sebelah PWTC KL tu.
Setiap hari Sabtu hingga hujung tahun ini, Coffee House @ Level 9 offer Seafood Buffet Dinner "All-You-Can-Eat" pada harga cukup berpatutan. Promosi ni baru je start 24 Ogos, last week. Si housemate BBL ni pantang kalu ajak makan seafood. Memang laju dia setuju belum sempat habis tanya soalan lagi. Hehehe
Siapa hantu makan laut memang ini satu peluang tak patut anda miss out. Chef Sunway Putra Hotel menyediakan lebih 30 jenis juadah berasaskan seafood special. Sebut je nak makan ikan, udang, sotong, ketam, oyster, tiram semua ada. Wallah..lupakan kejap mood diet anda tu.
Lebih kurang pukul 6 petang kami dah sampai. Banyak betul pilihan menu makanan laut segar dah siap display. First jom kita tengok apa menu yang chef sediakan untuk tetamu nikmati makan malam kat sini.
Appetizers
Seafood on ice (oyster, udang, scallop, crabmeat), sushi & Sashimi (sila cuba Sushi Nasi Lemak & Rendang okay), fresh salad, Seafood Ocean Salad, Thai Crabmeat Stick Salad & beberapa lagi pembuka selera
Soup
Ada pilihan Tom Yam Gong bersama roti
Action Counter
Ha yang ni BBL paling suka sekali sebab chef akan live cooking grill seafood depan customer. Ada choice Butter Fish, Tiger Prawn & Squid Head bersama condiment sayuran. Kemudian makan bersama pilihan sos cili, sos cili hijau, air asam, sos sambal belacan. Aduh kecur mulut bila makan panas-panas
Auto Shamn
Ada Udang Celup Tepung, Ikan Celup Tepung, Butter Fish Cheese Au Gratin
Pasta in Home
Pilihan Asian Creamy Seafood Pasta dan Spicy Seafood Marinara Spaghetti
Steamer
Fish Yong Tau Foo & aneka Dim Sum untuk anda nikmati
Hot Dishes
Bahagian ni paling banyak kali BBL repeat refill. Chef menyedikan menu hidangan Saute Prawns with Garlic Oyster, Stir Fried Squid with Capsicum, Green Mussel Black Pepper, Oven Baked Curry Cab Flower, Steam Fish Dumplings with Thermidor Sauces, Steamed Garden Buttered Vegetable & banyak lagi
Desert
Bab pencuci mulut jangan risau. Pilih je nak makan Pizza, Buah-Buahan Tropika, Aiskrim, Kek, Pastri & bermacam lagi. Semua sedap & cair dalam mulut
Kalu datang makan dengan family jangan risau, dinner hal pun luas dan boleh muat ramai guest dalam satu masa sama. Lebih baik anda call Coffee House booking jumlah pax untuk staff reserve meja. Manalah tahu tetiba ramai pulak customer datang.
Harga Seafood Buffet Dinner @ Coffee House Level 9
RM 98 nett - dewasa
RM 49 nett - warga emas & kanak-kanak 7-12 tahun
*Setiap hari Sabtu dari jam 6.00 petang - 10.30 malam
Tempahan boleh call terus 603-4040 9888 atau email spkl.ch@sunwayhotels.com
0 Budak Suka Minum Bandung Laici