Kedai Jual Bunga Segar Murah Di Pasar Seni
12:57 AM
Baru-baru ni partner BBL merajuk, kes apa tu saya lupa dah hehe so plan la nak pujuk dia balik. Termenung jugak satu hari macam mana nak pujuk dia balik. Kemudian scroll la list bookmark dalam Twitter pasal kedai bunga fresh murah area Pasar Seni. Terus besok pagi shoot pergi.
Time BBL pergi ni jam 7.30 pagi. Park kat LRT Pasar Seni lepas tu jalan kaki area Petaling Street. Waktu ni ada jumpa few kedai yang jual bunga fresh, masuk try cuci mata sebab ni first time datang sini sebab nak cari bunga. Sambil tu snap gambar harga & bunga apa ada. Lepas tu jalan kaki sikit area Petaling Street nampak la warung yang gubah fresh flower ala banquet konvo tu. Harga dalam RM35 - RM50 sejambak tapi cantik la.
Then BBL perasan satu kedai Lee Wah Florist. Masuk jelah. Pergh banyak gile bunga ros dalam baldi. Ada macam-macam warna. Sebut je color merah, pink, kuning, baby pink, biru pun ada. Terus cakap dalam hati OMG cantik & fresh bunga ros. Sekali tengok harga cuma RM20 - RM25 je. Lagi la BBL terus lemah lutut rasa nak borong je semua sekali.
Kalu perasan kertas pembalut putih tuk bunga dah mekar & kertas coklat tuk bunga masih putik. So saya pilih 2 jenis color, kuning & putih sebab si dia suka sangat warna kuning hahaha. Nak match lagi nice campur ros putih. Dalam satu bungkus tu ada 12 pcs, so kira murah la. Total 2 jambak ni RM40 hinggit je. Balik dengan hati berbunga-bunga hehehe
Btw kedai Lee Wah Florist ni ada jual macam-macam jenis bunga macam matahari, orkid, carnation, baby breath, daisy, hydragen & few lagi. Sorry tak kenal sangat bunga. Oh yang mix pun ada. Harga lingkungan RM30 RM35 je. Incase nak beli daun sahaja pun ada. Kan balik korang gubah la sendiri.
Tak silap ni kedai ni agak famous sebab pemborong bunga segar dari Cameron Highland. Masa sampai tu around 8.30 pagi dah ramai sister beratur nak pilih bunga. Elok la datang awal pagi sebab bunga banyak pilihan. Orang kata bahagian belakang kat chiller tu ada banyak lagi bunga cuma BBL tak berani nak masuk. Datang sorang segan la. Mesti sister-sister beli bunga untuk deko rumah, gubah hantaran, atau buat hand banquet kahwin kan.
Sementara nak bayar tu, tengok jugak staff kedai tengah sibuk gubah bunga. Ala biasa kedai cina kalu grand opening mesti banyak bunga tersusun tepi kedai.. kat sini pun ada services gubah gubah. Around RM150-RM200 depends bunga & size. Kalu nak suruh staff gubah pun boleh cuma take time la kalu dorang tak beberapa nak sibuk hahaha
Okay habis cerita kat situ. Balik rumah dengan hati girang terus excited nak susun bunga dalam box. Weh bila buka kertas pembalut tu terkejut sangat tengok rupanya total bunga ros ada 20 pcs. Tersembunyi 8 kuntum kat bawah. Serius gembira amat sebab 1 kuntum jatuh harga RM1.00 je.
atas nampak ada 12 bunga je
Potong daun & batang tu biar nice lepas tu susun dalam box. Tada siap akhirnya.. tak muat semua sekali sebab kotak agak kecik. So muat 37 kuntum. Boleh la tahan cantik sebab tangan jantan yang gubah kan..
Hehehe harap si dia tak merajuk dah lepas dapat bunga ros special ikhlas dari hati ni. ehek!
Kedai Lee Wah Florist ni dekat je dengan stesen LRT Pasar Seni tu. Just 3 minit je jalan kaki. Ikut je Google Map, confirm sampai.
Satu lagi kedai yang murah, kedai Florist Weng Hoa. Lebih kurang pilihan bunga cuma banyak pilihan. Senang citer pandai-pandai la nak beli mana satu. Dua-dua murah sebab harga borong kan.
Next time BBL dah tahu kedai mana nak beli bunga fresh murah. Eh tak sabar nak repeat datang beli lagi.
Lee Wah Florist
129, Jalan Tun H.S.Lee, 50000 KL
Waktu Buka : Isnin - Sabtu (8.30 pagi - 10.00 malam)
Ahad (9.00 pagi - 4.00 petang)(7.00 petang - 10.00 malam)
Bye korang..
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
Cantik-cantik bunga yang ada kat kedai tu. Gubahan BBL pun not bad. LeYa tabik spring la
ReplyDelete