Promosi Special Tony Roma's Sempena Hujung Tahun 2019

6:24 AM


Assalamualaikum rib lovers..

Ho ho  kejap je dah nak sampai hujung tahun 2019 kan. Tak lama lagi krismass lepas tu masuk 2020. Nak story la baru-baru ni BBL pergi makan kat Tony Roma's. Saja tekak craving nak makan rib yang empuk & lembut.. okay ulang sekali lagi.. empuk, panas, juicy & lembut. Apa lagi terus terlintas Tony Roma's je.

Sampai kat branch NU Sentral rupanya sekarang ada promosi Tony Roma's Rib Rib Holidays!. Kena sangat la timing saya datang boleh rasa menu baru. Tak gitu awak oi. Ada 7 variasi TR perkenalkan sebagai meraikan Hari Natal & Tahun Baru. Boleh consider makan besar time malam chrismas kat sini ye.


Menu Istimewa Tony Roma's Rib Rib Holidays!
Boleh pilih nak pesan sajian daging atau ayam tau. Kalu ikut tekak BBL, memang kena order dua-dua sebab nampak sedap. Kecur air liur waktu hidang panas-panas tu.

Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) 

Riblet Party (RM185.00 nett) 

Grilled Beef Steak (RM85.00 nett)

BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett)

Bruschetta Tuna (RM35.00 nett)

Bruschetta Beef (RM35.00 nett)

Potato Chips and Dips (RM25.00 nett)

Eh mana complete kalu tak try seleksi air baharu iaitu Peach Orange Colada (ni ada untuk waktu terhad je), Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl & Pina Colada pada harga RM 20.79 segelas. 


Paling surprise bila belah BBQ Spring Chicken sebab dalam tu ada kentang kecil. Ala-ala open for suprise gituw. Yang penting isi lembut, elok sangat cicah dengan sos TR tau. 


Tips saya kalu nak betul-betul enjoy makan Riblet Party, pakai je glove plastik yang TR dah sediakan. Makan guna garfu & pisau leceh sikit. Memang feel habis makan. Biar comot janji perut gembira. 


Set special ni hanya available untuk masa terhad je bermula 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020 sahaja tau. So weekend ni datang la bawa family atau kawan-kawan kita makan rib sepuas hati di cawangan Tony Roma's berdekatan. See ya!

Cawangan Tony Roma's Malaysia
Sunway Piramid  Tel : 03-74921188
eCURVE Tel : 03-77287833
Pavilion KL Tel : 03-21433378
The Garden Tel : 03-22828243
Setia City Mall Tel : 03-33583047
Citta Mall  Tel : 03-78599068
NU Sentral Tel : 0322765593
IOI City Mall Tel : 03-89399697
Melawati Tel : 03-41619416
Mahkota Parade Tel : 06-2810962
Aeon Mall Tebrau City Tel : 07-3510749
Komtar JBCC Tel 07-2200895

Ingatkan lepas makan boleh la rehat perut. Rupanya tak bila jumpa kawan jenis suka buat lawak. Terbahak-bahak kami gelak ramai-ramai. Biasa la masing-masing kan sibuk, waktu ni jelah dapat makan sama-sama sambil bergosip cerita. 

amboi kifli apa yang gelak sampai terbahak tu..

jemput cuba tau. Pesanan dari BBL yang dah cuba makan

Jangan lupa upload sekali gambar tengah makan rib tu. Tag sekali FB & IG Tony Roma's. 


#DoneMakan . Mengantuk sebab kenyang sampai tersandar ;)

You Might Also Like

17 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Banyak betul restaurant yang buat promosi sempena hujung tahun. Tengah plan jugak nak bawak anak-anak keluar makan-makan. Kita ambil peluang sempena cuti sekolah. Harga pun boleh tahan berbaloi janji ada ayam sebab anak-anak suka !

    ReplyDelete
  2. Perghh padu ahhh menu2 dia ..nampak mengancam sungguh. Nak try BBQ Spring Chicken laaa nampak sedap jer tuuu ..

    ReplyDelete
  3. Bruschetta tu nampak menyelerakan. Banyak juga menu yang disediakan. Tak pernah lagi berkunjung ke Tony Romas ni. Lepas ni boleh try.

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak pegi try Tony Roams rib this weekend. Promo Holiday they all not bad juga. Harga pun ok je.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa! Tak sabar nak pergi try! Nanti weekend ni nak heret husband and anak pergi TR!

    ReplyDelete
  6. Kita kalau bagi ayam satu ekor tu pun boleh habis tau wakakak memang kegemaran sangat Tony Romas ni bestnya hurmmm rasa nak pergi lagi sementara masih ada promo macam ni jarang-jarang ada jom Marou belanja kita hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Perghh. Lama tk mkn tony romas. Tgk korang makan, teringin la pulak

    ReplyDelete
  8. hamboi Maha. depan sekali, senyum lebar ya Allah :)
    happy makan ler tu.
    aida lom pernah rasa tony romas.
    lalu lalu jer kat mahkota parade tu.
    quite expensive the price. anak2 plak jenis x makan food gini.
    ntah ye ntah tak diorang makan abis. tu yg berfikir nak masuk sini.
    later maybe, wajib try jugak kan.

    ReplyDelete
  9. Ya ampun terus teringat. Tapi.makanan kat sini semua sedap2 kan

    ReplyDelete
  10. Sedap betul tengok steak dia tu..xpernah merasa lagi tp beef ribs mmg terbaiklah kan..

    ReplyDelete
  11. Bila tengok korang pos tiba tiba I rasa menyesal tak pergi weii... lepas tu husband ajak pergi Tony Roma dia belanja.. memang layan betul .. best bila berbelanja atas 200 dapat bitemarks

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap wehyy makanan yang terpapar ni. Lagi-lagi perut dah lah tengah meminta. Boleh lah weekend ni ajak family semua makan

    ReplyDelete
  13. fuh.. menu-menu.. dasyatt.. nampak sedap pun ada.. nyum2.. gambar pun dah buat berselera tengok.. kalau depan-depan lagi laa..

    ReplyDelete
  14. Aduhai dahsyat lah menu dan harga dia. Sis mampu tengok je 🤣🤣 kan best ada orang sudi belanja makan. Word juicy tu pon dah menggoda je

    ReplyDelete
  15. wow hebatnya menu! teringin nak makn dkt tony romas tapi belum berkesempatan. next year nak trylh :)

    ReplyDelete
  16. The beef steak looks amazing!! I can't wait to give it a try Tony Roma is one of my favourite places to grab steaks.

    ReplyDelete
  17. confirm sedap ni. kena datang brp orang ni baru boleh habis set ni? syok giler

    ReplyDelete