McCafe Kini Di Malaysia

6:00 AM

McDonal's kini secara rasminya memperkenalkan McCafe di Malaysia
yang terletak di Kota Damansara. 

McCafe adalah sebuah restoran yang hanya menjual minuman berasaskan kopi
& beberapa makanan ringan seperti muffin, kek serta teh.

Sejarah McCafe bermula di Melbourne, Australia pada tahu 1993 
sebelum membuka cawangan di Singapura & terbaru di Malaysia.

Dengan harga hanya bermula RM4.50 secawang, korang dapat menikmati
kopi Arabica Premium mengikut citarasa masing-masing serta 
20 menu lain seperti muffin, kek & teh.

Cawangan pertama McCafe adalah di Kota Damansara manakala
10 lagi cawangan akan menyusul di McDonald's Mutiara Damansara,
Shah Alam, Bandar Utama, Seremban & Pekan, Pahang.

McDonald's McCafe pertama : 
McCafe Kota Damansara pada 16 Jun 2012


McDonald's McCafe kedua : 
McCafe Bandar Utama pada 16 Julai 2012




McCafe beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 12 tengahmalam.








peta lokasi McCafe Kota Damansara


sumber : Fan Page My.McDonalds


BBL ~ Premium Arabic Coffee Mcd memang terbaik
[-,-]












suka entri ini? apa kata share dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici