Romantiknya Makan Malam Di Bintang Revolving Restaurant

11:02 PM

Sekali sekala makan restoren berputar apa salahnya kan. Ni ha BBL nak share sikit pengalaman makan kat Bintang Revolving Restaurant tempoh hari. Sesuai untuk anda yang tercari tempat makan dengan view superbest sempena hari ibu/bapa, hari kekasih, surprise hari lahir, anniversary, function dinner atau memang nak kelainan time makan malam. 


Bintang Revolving Restaurat terletak di tingkat 18 Hotel Federal Kuala Lumpur mula dibuka pada tahun 1963 tau. Kiranya ini restoren berputar pertama kat Malaysia sebelum konsep ini menjadi ikutan tempat lain. Dulu ini tempat atuk nenek korang date lepas era kemerdekaan negara.  Dibuka seawal jam 5 petang hingga 12 tengahmalam rasanya lokasi sesuai kalu nak tengok sunset turun. Boleh rakam timelapse matahari terbenam di ufuk bumi.


Datang kat sini tak payah risau view tepi tingkap sebab restoren ni akan berputar 360 darjah dengan atmosphere pemandangan bandaraya Kuala Lumpur seperti menara Kuala Lumpur, menara berkembar Petronas, menara RTX serta bangunan sekitar Bukit Bintang. Waktu malam lagi cantik veiw bila lampu bangunan menyala. Itu belum cerita malam ambang tahun baru selepas masuk detik jam 12 tengahmalam, lagi cantik nampak fireworks sekitar Kuala Lumpur satu level dengan tingkap restoren. Tidak setakat jamuan makan malam, pihak restaurant sedia menerima tetamu untuk majlis perkahwinan, jamuan syarikat, pelancaran produk dan sebagainya. Jangan risau kerana ia mampu memuatkan 160 orang tetamu dalam satu masa.

satu putaran lengkap ambil masa 45 minit

pemandangan ibukota menjelang waktu malam

tu nampak tak KLCC jelas dari tingkap

Para tetamu boleh memilih menikmati 2 hingga 4 hindangan set makan malam atau ala carte menu. Signature menu di sini termasuklah Bintang Revolving Chicken Maryland, Grilled Mustard Rack of lamb, Salmon Fillet on  Barley Seeds & Baby Spinach Quick Seared with Extra Virgin Olive Oil & Coulis De Mare

Grilled Mustard Rack of lamb RM65

Salmon Fillet on  Barley Seeds & Baby Spinach Quick Seared with Extra Virgin Olive Oil & Coulis De Mare RM68

 Bintang Revolving Chicken Maryland RM45

Elok juga jadikan Avocado Crab Meat Salad dan Bintang Revolving Caeser Salad sebagai pembuka selera sebelum ke menu utama. Lagi sweet kalu suap orang tersayang. Baru menjadi romantik tu.

Avocado Crab Meat Salad RM30

Bintang Revolving Caeser Salad RM33

Kepada peminat makanan barat, amatlah recommend mencuba Spaghetti with Prawn Creamny Salted Egg, Spaghetti Chicken Bolonaise atau Charcoal Chicken Burger Deluxe pastinya membuatkan makan malam anda di sini satu memori indah. Jangan lupa mencuba Provencal Creamy Lobster Bisque dan Wild Mushroom Soup yang di prepare segar setiap hari.

 Spaghetti with Prawn Creamny Salted Egg RM45

 Charcoal Chicken Burger Deluxe RM30

 Provencal Creamy Lobster Bisque RM28

Wild Mushroom Soup RM23

Sajian pencuci mulut Doughnut with Single Scoop Ice Cream & Chocolate topping memang terbaik dijamah sebelum pulang. 

Doughnut with Single Scoop Ice Cream & Chocolate topping RM22

Apa kata jadikan Bintang Revolving Restaurant sebagai wishlist bulan ini bersama orang tersayang. Untuk tempahan meja boleh hubungi 03-21489166

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici