Tempat Menarik Mesti Pergi Di Kuala Selangor

11:29 PM

Hai semua, dah tak BBL tak update entri jalan-jalan ni. Rasa rindu nak pergi holiday dalam negara terutama negeri Selangor Darul Ehsan. Tak sangka Kuala Selangor ada banyak tempat best untuk korang lawat time cuti hujung minggu atau cuti sekolah bersama ahli keluarga, kawan-rakan tak pun buat rombongan cik kiah beramai-ramai.

1.      Bukit Malawati

Pemandangan dari atas bukit malawati sangat memukau terutama bagi korang yang suka tengok sunset. Dari atas bukit ini anda boleh melihat hampir keseluruhan kawasan Kuala Selangor. Di sini juga berdiri teguh menara api berwarna putih yang menjadi ikon utama bukit malawati selain terdapat banyak pokok berusia lebih seribu tahun. Menurut cerita orang lama, generasi sultan Selangor terdahulu menyembunyikan harta dibawah pokok tersebut.


Haiwan seperti kera dan lontong juga menjadi daya penarik pelancong untuk singgah ke sini. Anda boleh membeli pisang, kacang, kentang atau pucuk ubi kayu dari penjual tepi jalan dan memberi makan kepada mamalia comel ini. Awas jangan terkejut jika sang lontong memanjat badan anda. Bilangan kumpulan lontong dan kera yang ramai membuatkan anda berada di mini zoo. Tak hairan pelancong luar negara seperti Korea, China, UK dan masyarakat tempatan sangat teruju dengan kehadiran haiwan lincah ini terutama waktu petang.


2.      Batu Hampar

Di atas bukit Malawati juga terdapat Batu Hampar yang digunakan oleh sultan Selangor terdahulu bagi menjatuhkan hukuman pancung kepada pesalah. Sususan tangga yang diperbuat dari batu sungai menjadikan tempat sekitar Batu Hampar unik dan sering menjadi pilihan pasangan raja sehari outdoor shooting.


3.      Kelip-kelip kg Kuantan

Pada sebelah malam anda boleh melihat kelip-kelip di kampung kauntan. Dibuka seawal jam 7.45 petang hingga 10.30 malam pastinya ini satu pengalaman unik melihat cahaya kelip-kelip live depan mata. Dengan muatan empat orang setiap bot, korang akan dibawa menyusuri sungai Selangor. Kelip-kelip ini banyak mendiami pokok berembang. Actually cahaya kelip-kelip tu terhasil dari cecair nektar yang dikeluarkan dari pokok berembang. Ajaibnya cahaya kelip-kelip hanya boleh dilihat dengan mata manusia sahaja. Kalu korang snap dengan kamera memang tak nampak apa disebabkan pertembungan flash kemera dengan cahaya kelip-kelip tersebut. Penebangan pokok berembang dan pencemaran cahaya menyebabkan populasi kelip-kelip makin berkurangan. Ala sedihnya..


4.      Sky mirror

Satu tarikan terbaru di kuala Selangor mestilah sky mirror. BBL sendiri teruju nak bergambar sakan kat atas hamparan pasir di tengah lautan seolah-olah cermin semulajadi hasil pantulan cahaya matahari ke kawasan air yang cetek. Memang menakjubkan! Ia mengambil masa 40-45 minit perjalanan dari jeti ke lokasi sky mirror. Awalnya memang BBL tercari-cari mana dataran pasir tu sebab memang pelik boleh ada banteng pasir seolah-olah pulau baru timbul kat tengah laut.


Ini pula kadar bayaran untuk setiap pengunjung ke sky mirror. Harga termasuk masuk perjalanan pergi balik. Bawa tuala kecil, air mineral dan payung kerana panas lit lit nanti.. Oh ya elok sapu sun block terlebih dahulu untuk elak sunburn pada kulit. 


Waktu paling sesuai untuk aktiviti bergambar di sky mirror adalah sebelah pagi dengan bot pertama berlepas jam 9.00 pagi. Tips pakai baju terang berwarna warni dan prop seperti payung, belon dan teknik mengambil gambar yang betul menjadikan ia satu pengalaman berbaloi. Lagi bagus kalu photographer meniarap untuk best photo result. Korang juga kena pandai cari port bergambar sebab jumlah pelancong datang ke hot spot ini terlalu ramai.


Nah BBL belanja sikit hasil gambar kat sky mirror.



5.      Taman Alam Kuala Selangor

Kawasan kuala Selangor sangat kaya dengan pokok bakau dan hidupan semulajadi paya nipah seperti ikan belacak, ketam nipah, ikan Sembilan, kera, lontong, burung dan pelbagai lagi spesis fauna menjadikan Taman Alam Kuala Selangor antara port wajib korang boleh datang. Trex sepanjang 3.6 km menyusuri kawasan paya nipah membuatkan anda terasa dekat dengan alam semulajadi. Inilah masa nak sedut pure oksigen sepuas hati.


Taman ini juga adalah kawasan penting pemuliharan burung kerana ekosistem semulajadi Taman Alam Kuala Selangor menjadi tempat habitat burung membiak. Kat sini ada menara tinjau untuk anda melihat burung dan juga paya nipah berbentuk hati. Jiwang dan sweet sangat!


Salah satu tarikan taman ini ialah laluan paya bakau. Sangat sangat cantik kalu bergambar kat sini. Tak percaya tengok gambar BBL sakan pose atas titian.


Hotel pun banyak availabe dan murah sekitar Kuala Selangor. Tempoh hari BBL stay kat DePalma Eco Resort Kuala Selangor. Not bad harga berpatutan jugak. Boleh baca review hotel tersebut kat sini okay. Memang rindu bila scroll balik gambar instagram. Rasa nak je pindah duduk Kuala Selangor. Nasib baik #DekatJe

Bye

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Trip yang best kan...kalau bleh nak pi lagi...x puas yang kat Sky Mirror tu

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL