Produk terbaru JBL Harman Tahun 2018

1:59 AM

Tahun lepas BBL ada menang cabutan bertuah speaker dari jenama JBL. Sekarang dah masuk setahun 3 bulan macam tu masih elok je speaker walaupun dah acap kali guna high volume. Memang puas hati terutama bila dengar lagu sambil kemas bilik tidur atau ruang tamu. Dah la wireless speakers so tak ada problem wayar berserabut.

Untuk tahun 2018 nanti, JBL dengan kerjasama Harman secara melakukan pratonton ekslusif variasi produk terbaru untuk pasaran tempatan menjelang tahun baru nanti. BBL antara rakyat Malaysia pertama dapat melihat speakers, smart audio, sound bar dan earphone buah tangan terbaru JBL Harman.


Mulakan dengan JBL Harman sound bar

Perasan tak trend television semakin nipis menyebabkan sound speakers tv tersebut tak sehebat mana. Dengan sokongan video 4K, paparan lebih jelas dan size skrin makin lebar rasanya anda perlukan sound bar JBL ini untuk menambahkan keseronokkan menonton movie, dengar lagu atau bermain game. Tambah lagi sound bar JBL turut menyokong Dobly Digital bagi kepuasan deria bunyi.



Bar 2.1

Smart Audio

Aktivti luar tak happening tanpa bunyi muzik bukan? Sebab itu Smart Audio dari size poket hingga sebesar radio direka khas bagi anda aktif aktiviti luar. Menariknya ia waterproof hingga kedalaman 1 meter. Usah risau lagi jika speaker terjatuh dalam kolam atau tertumpah air.

Boombox dengan playtime hingga 24 jam

JBL Flip 4

Paling menarik perhatian BBL semestinya Harman/Kardon by Harman sound speaker untuk kediaman rumah. Ia turut menyokong sambungan Bluetooth, fast charging dan reka bentuk speaker menarik serta elegen. Lagi best speakers ini boleh dihubung hingga 100 unit untuk bunyi lebih kuat.

Aura Studio 2 

Tahu tak BBL jatuh hati dengan JBL Pulse ni. Sangat cantik dengan lampu bagai magik. Yang best anda boleh customize warna lampu melalui applikasi JBL Connect App. Dengar lagu sebelum tidur pun boleh tangkap jiwang habis.


Headphone series

JBL sendiri terkenal dengan kualiti bunyi tersendiri. Bunyi bass dari headphone sangat jelas bagi anda bebaskan diri dari bunyi bising dalam tren, pejabat, atau semasa jogging. Dengan perubahan smartphone tanpa audio jack, JBL turut tampil variasi headphone wireless. Lagi pun buat apa nak serabut leraikan wayar. Plug on dan listen lagu kegemaran korang sepuasnya.

Headphone JBL FREE tanpa wayar & boleh diguna hingga 24jam

siri Everes wireless

Sempena dengan Hari Natal bakal tiba, apa kata hadiahkan headphone JBL Jr untuk anak atau adik anda. Uniknya walau sekuat mana volume anak korang pusing, limit volume hanya 85dB cukup sesuai dengan pendengaran kanak-kanak. Selain warnanya ceria dan bergaya untuk si cilik umur 3-10 tahun. Jangan terkejut anak Tomok sendiri menjadi salah seorang duta JBL JR ini.


Harga JBL JR300BT (RM239) dan JBL JR300 (RM219) boleh dibeli bermula November 2017 ini.


Kesemua produk JBL Harman boleh dibeli melalui official store LAZADA atau kedai elektronik berhampiran. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Menarik juga ni..
    Ade bajet boleh la cuba dapatkannya.. Hehe..

    ReplyDelete