Peminat Seni Tempatan Mesti Datang Ke Pameran Seni Antarabangsa KL Biennale 2017

8:21 PM


Panggilan kepada peminat seni tempatan, buat julung kali Kuala Lumpur Biennale 2017 bakal dipamerkan bermula 1 November 2017 hingga 30 Mac 2018. Untuk pertama kali, Balai Seni Negara akan menjadi tuan rumah bagi pameran berprestij ini. Di ketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof bersama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara termasuk Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim.

Oh ya, kalu anda nak tahu Biennale bermaksud sesuatu yang diadakan selang 2 tahun dalam bahasa Latin. Actually sejarah Biennale bermula di Eropah pada tahun 1895 di Venice, Itali. Beberapa Biennale popular di rantau Asia adalah Bangladesh, China, Korea, Indonesia, India dan Singapura. Kini rakyat Malaysia berpeluang merasai pengalaman pameran Biennale di bumi sendiri.


Membawa tema BELAS atau Be Loved dalam KL Biennale 2017 ini meraikan 114 individu dari sepanjang zaman dari Malaysia dan luar Negara. Inilah masa untuk anda melihat lebih dekat hasil tangan pengkarya tempatan seperti Awang Damit Ahmad, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew Chon Bee, Ahmad Zakii Anwar, Jeganathan Ramachandran, Hayati Mukhtar, Bayu Utomo Radjikin, Jalaini Abu Hassan dan ramai lagi. Malah karya luar Negara dari Filipina, China, Combodia, Swedan, Palestine, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan jiran kita, Singapura akan turut dipertontonkan.

Al Fatihah Ayat 6 oleh Mohd Noor Mahmud

YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah merasmikan Kuala Lumpur Biennale 2017 pada 23 November lalu di pintu masuk Balai Seni Negara. Jangan risau tentang tiket kerana anda boleh masuk secara percuma hingga Mac 2018 nanti.


Ada lima seksyen pameran karya boleh anda lihat dan fahami mesej yang cuba disampaikan iaitu Belas Insan, Belas Alam, Belas Haiwan, Belas Warisan dan Belas Kerohanian. Memang BBL sendiri teruja tengok semua hasil seni dari tingkat satu hingga tiga. Seni bukan setakat atas kanvas sahaja malah pameran lebih variasi dengan kepelbagaian persembahan dari pengunaan cahaya lampu, ukiran kayu, reka bentuk, montaj dan banyak lagi. Boleh terpesona duduk dalam balai geleri ni.

Semangat Ledang oleh Syed Ahmad Jamal, Datuk

Kedai Ubat Jenum oleh Susyilawati Sulaiman

Ini sebagai dari karya bakal anda saksikan di pameran Biennale kat Balai Seni Negara. Memang terpaku habis.

Dinding Potret Kanta oleh Jeffrey Lim

Solid Peel Spring Breathe oleh Tetriana Ahmed Fauzi

Dirgahayu Negaraku oleh Mohamad Ismadi Sallehudin

Taman Biodiversiti oleh Ajis Mohamad

Rumah Kebun Di Tambunan Sabah oleh Ilse Noor

Cara nak datang Balai Seni Negara

Dengan LRT
Turun di LRT Titiwangsa atau Monorel Titiwangsa dan jalan kaki 15 minit atau naik bad Rapid KL no 402

Dengan Bas Rapid
Naik bas Rapid KL no 402 dari KLCC dan LRT Titiwangsa atau bas Hop on Hop off

Parking
Parking disediakan secara percuma diperkarangan Balai Seni Negara untuk pengunjung

Jangan lupa hastag #KLBiennale2017 #AlamiBelas #BeLoved #SayangMalaysia

Maklumat lanjut boleh ikuti update program melalui

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL