Movie 'Showtime 1958' Kisah Apa Terjadi Di Studio Jalan Ampas

6:19 AM


Hai semua,

Cakap perihal filem klasik mesti terlintas tentang lakonan P.Ramlee dan artis era 50an. Suatu ketika dahulu Singapura menjadi pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Sejak kemunculann televisyen hitam & putih serta kemasukkan filem asing punca utama industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tertutup Studio Jalan Ampas selepas 20 tahun beroperasi. 

Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul 'Showtime 1958'. Diinspirasikan dari peristiwa sebenar oleh seniman Allaryarham Datul Jamil Sulong. 

Filem 'Showtime 1958' akan menampilkan beberapa babak kisah kejadian sebenar yang berlaku dalam tempoh 24 jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studi Jalan Ampas ketika itu. Kalu korang nak tahu, 1958 merupakan tahun getir bagi kerier anak-anak seni yang mula goyang bila Malay Film Productions ditekan masalah kewangan. Ada sebahagian besar anak seni yang berasal dari Malaya pulang ke tanah air untuk menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan. 


Antara barisan pelakon baharu & lama dalam 'Showtime 1958' seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Josiah Lim, Bell Ngasri & Mubarak Majid. Ini adalah filem pertama keluaran Nafalia Corporation yang cukup berpengalaman dalam produksi drama & rancangan bersiri untuk stesen tv tempatan.

Filem 'Showtime 1958' telah memulakan pengambaran sejak 17 Jun lalu dan bakal ditayangkan di semua pawagam-pagawam seluruh negara termasuk Singapura & Brunei pada awal tahun 2020.


Jangan lupa LIKE Facebook Showtime 1958 & Instagram @showtime.1958 untuk update terkini

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Oh ni berdasarkan kisah benar la ni. Studio Jalan Ampas tu lamanya beroperasi. Pasti nostalgia tercipta kat situ. Maybe boleh menonton filem ni yang membariskan pelakon yang dikenali seperti Shah Iskandar, Bell Ngasri dan Mubarak Majid.

    ReplyDelete
  2. P.Ramlee bukan biasa-biasa. kerana semua filem beliau mengandungi kritikal kepada Melayu dan memberi satu anjakan paradigma di dalam dunia filem tanah air. hehe

    ReplyDelete
  3. Lama tak menonton, akk suka tengok filem klasik. Tapi skrg tgk tv je lah. Nak ke panggung, teater tu askar ramai nau. Tunggu epa bsr sket boleh ajak dating sama hehehe. Layankan minat yang sama !

    ReplyDelete
  4. Oh filem dan akan keluar pawagam ke nanti? Ingatkan teater tadi. Apa-apapun tak sabar nak tengok sebab filem ni nampak ada keunikkan dan mesej tentang zaman P.Ramlee yang kita semua nak tau

    ReplyDelete
  5. ingatkan teater.
    dua kali baca tajuk :)
    sgt bagus ni. paparan kisah sebenar artis dulu.
    betapa sukarnya. betapa peritnya mereka demi memperjuangkan bakat yg ada.
    dijadikan pedoman buat artis kini dan lapisan akan dtg.

    ReplyDelete
  6. bestnya ada movie pasal perjalanan anak seni. Kita selalu nampak yang cantik je tak pernah didedahkan dengan susah payah diorang. Hopefully ada dekat astro nanti

    ReplyDelete
  7. best juga ada movie cmni.. kisah benar

    ReplyDelete
  8. Memang studio jalan ampas ni penuh dengan cerita dn sejarah anak2 seni..so sure ramai yg nk tahu disebalik kisah2 yg terjadi di Studio Jalan Ampas, tak sabar nk tunggu tayangan dia

    ReplyDelete
  9. Confirm best movie ni nanti. Nak nak menceritakan kisah suka duka jatuh bangun anak anak seni Jalan Ampas. Kalau lah ada yang buat movie tengah kisah P.Ramlee saja pun mest best kan. Anyeay good job kepada semua pelakon kerana memainkan watak yang penting untuk movie ni.

    ReplyDelete
  10. Boleh menonton filem ni yang membariskan pelakon yang dikenali seperti Shah Iskandar, Bell Ngasri dan Mubarak Majid. Terima kasih atas pengongsian ya.

    https://mousemommytreats.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Menarik. Iza suka cerita klasik lama macam cerita p.ramlee. Best. Walaupun tgk banyak kali tapi tak bosan. Tapi dalam cerita-cerita lama tu mesti ada kisah disebaliknya. Tu yang lagi best nak tau tu.

    ReplyDelete
  12. Ingatkan teater. Rupanya filem. Bagus juga ceritakan kisah kalsik macam ni. Syira pun suka jugak tengok movie macam ni

    ReplyDelete
  13. wah studio jalan ampas..memng nama dalam cerita p ramlee..memang nostalgia habis..mesti cerita nya menarik sangt ni...

    ReplyDelete
  14. Macam throwback pulak kan. Ayah sy mesti suka tengok filem gini.

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nak tengok cerita ni nanti. Qiss tak tau sangat cerita ni tapi pernah juga dengar sejarah filem Melayu tahun tu. Nak set date tengok ramai2 lah nanti mesti meriah.

    ReplyDelete