Gilang Gemilang Majlis Anugerah Graduasi (MAG) 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

9:14 PM


Assalamualaikum semua..

Penuh gilang gemilang! itu lah BBL boleh ucapkan selepas menghadiri Majlis Anugerah Graduasi (MAC) 2021 Sekolah Menengah Setiabudi yang meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 Kohort 2021 ini. Buat julung kali selepas pandemik Covid-19 para pelajar bersama ibu baba diraikan bersama bertempat di Dewan Merdeka , World Trade Centre Kuala Lumpur bermula jam 7.30 malam. 

Incase anda nak tahu, Sekolah Menengah Setiabudi ialah sebuah sekolah di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menawarkan kurikulum KSSM di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari Tingkatan satu hingga Tingkatan 5 dan ditubuhkan pada tahun 2005. Baru saya tahu..

Majlis Anugerah Graduasi ini adalah majlis tahunan bagi Sekolah Menengah Setiabudi yang bertujuan meraikan para pelajar Tingkatan 5 yang baru menamatkan peperiksaan SPM serta memberi anugerah istimewa kepada pelajar-pelajar SPM yang telah mencapai pencapaian yang membanggakan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. 

MAG kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad dan melibatkan seramai 99 orang pelajar Tingkatan 5 yang telah berjaya menamatkan peperiksaan SPM mereka yang terdiri daripada pelajar-pelajar Aliran Sains Tulen, Perakaunan dan Perniagaan. Pastinya pengalaman pembelajaran secara online sewaktu pandemik Covid-19 satu cabaran besar tambah lagi mereka tak boleh belajar secara fizikal di kelas seperti tahun-tahun sebelum ini.

Majlis Anugerah Graduasi ini menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberikan kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyemai semangat motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif. 

BBL sendiri excited tengok dorang naik ke pentas ambil anugerah atas pencapaian mereka perolehi dari bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah insan. Seronok betul.. mungkin anda mahu anak-anak berjaya seperti mereka boleh layari maklumat lanjut link bawah je.

International Islamic School Malaysia

No Telefon : 03-61884400

Email : info@iis.edu.my

Website : www.iium-schools.edu.my 


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. graduasi tingkatan 5 saja dah gah seperti ini.. wow..

    ReplyDelete