"Beautiful Terengganu" Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017

4:28 AM

Assalamualaikum & hello there,

Moh kita bercuti ke Terengganu!


Tahun 2017 telah di istihar sebagai Tahun Melawat Terengganu selepas kejayan Tahun Melawat Terengganu tahun 2013 lalu. Baru-baru ini BBL dijemput ke Majlis Pra-Pelancaran Tahun Melawat Terengganu di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur baru-baru ini. Siapa tak excited nak melancong ke negeri dengan pantai terpanjang di Malaysia ni.


"Beautiful Terengganu" diperkenal mengantikan "Pesona Terengganu" serta mengangkat nama Terengganu yang terkenal signature penyu ke mata pelancong domestik serta masyarakat dunia. Kerajaan negeri sangat komited mempromosi produk pelancongan demi pertumbuhan ekonomi tempatan khususnya tempat hotspot pelancong.

Menjelang tahun 2020, Terengganu menyasarkan 6.5 kedatangan pelancongan dengan tarikan terbaru seperti Setiu Wetland, Tasik Kenyir, pulau peranginan, pusat kraf tempatan, kawasan sejarah & warisan serta keenakan menu ikon negeri, Keropok Lekor & Nasi Dagang. 


Untuk rekod tahun 2015 lebih 5 juta pelancong datang ke Terengganu, 16% adalah warga asing. Dalam masa lima tahun mendatang angka ini bakal meningkat hingga 6.5 juta tetamu memilih Terengganu sebagai destinasi bercuti. 

"Yang kita pentingkan ialah kualiti pelancong, bukan kuantiti pelancong. Berapa malam mereka menetap di Terengganu, banyak mana mereka berbelanja. Itu yang kita perlu kita promosikan supaya mereka menetap lama di negeri kita" kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. 

Semasa majlis tersebut kami disajikan menu tradisi Terengganu. Sata ikan, Keropok Lekor, Nasi Dagang & Mek Comel (diperbuat dari ubi keledek). Tak lupa tarian rakyat tempatan oleh penari kerajaan negeri yang licah mempersembahkan keunikan budaya Terengganu kepada tetamu hadirin termasuk media antarabangsa. 


In fact, ada lebih 300 hotel & tempat penginapan homestay di Terengganu? Sebut saja tempat best mesti pergi seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, sampailah makanan best termasuk Keropok Lekor, Nasi Dagang, Sata, seafood segar & ikan celup tepung kan.

So apa lagi, cepat buat tabung khas untuk bercuti ke Terengganu!

BBL ~ selamat datang negeri kami.....
 ლ(╹◡╹ლ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah3 best..boleh la bwk saya jejalan kat sane ha..pemandu pelancong haha

    ReplyDelete
  2. Tak sampai lagi Terengganu.. Kena kumpul duitlah jawabnya.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Slm sejahtera..
    Saya seorang runner(trip advisor) pekej bercuti/melawat ke pulau/tasik/tmpt2 menarik di terengganu
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

    ReplyDelete