Review: Xiaomi Yi Cam
5:22 AM
Lewat Januari lepas kan kecoh rakyat Malaysia berpusu-pusu pergi ATM check dapat tak Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau nama famousnya BR1M. Paling best, duit BR1M masuk 2 hari lebih awal pada 26 Jan. Sepatutnya 28 Januari kan tapi BBL dah bersorok sakan dapat duit dari PM Najib. Tak tunggu lama BBL terus beli Xiaomi Yi Cam dalam 11street.my. Sebab dua hari tu memang dah nekad nak beli Xiomi Yi Cam dalam instashop pada harga RM370 untuk body sahaja. Tapi dah balik Terengganu member suruh survey dalam 11street.my dan wallah ada promo bundle Xiaomi Yi Cam pada harga RM350 je. Sekarang ni dah naik harga RM388 sempena Chines New Year.
Dua hari kemudian packaging BBL sampai depan rumah! Tak sangka cepat je services 11street ni. Terus buka ini yang BBL dapat. Banyak jugak hadiah dapat. Dalam pakej bundle ni BBL dapat Yi Cam, waterproff case, memory card 16gb & selfie stick. Kalu tolak setiap satu basic harga RM50 so Yi Cam cuma harga RM200 je.
Meh kita review sikit si Xiaomi Yi Cam ni.
Spesifikasi Xiaomi Yi Cam
Sangat berbaloi jika korang nak cari action cam versi bajet. Ada duit lebih nanti boleh beli GoPro kan cuma startup elok BBL guna Yi Cam dulu. Review dari CNET pun rating 7.6/10 & mostly user cakap ia sebagai GoPro killer buat masa sekarang.
Unboxing Xiaomi Yi Cam
Apa korang dapat dalam kotak cuma body Yi Cam, bateri, kabel USB & instruction dalam bahasa cina. Well 100% chiness. Memang tak faham lebih baik youtube je. Hahaha
BBL dah guna Yi Cam untuk projek Eat.Travel.Write Putrajaya hujung tahun lepas. Sangt puas hati memandangkan korang boleh snap dengan dua cara. 1 snap manual dengan shuttle button pada cam atau guna Yi Cam app di telefon bimbit untuk melihat gambar sebelum snap. Of course gambar tersebut boleh terus upload ke Instagram atau Facebook. Meh BBL belanja sikit gambar sekitar Eat.Travel.Write Putrajaya dengan Yi Cam.
Jangan lupa join group Xioami Yi Malaysia dalam facebook. Dalam group ni ada seller jugak, kekadang dorang ada jual aksesori Yi Cam atau mungkin satu plafrom untuk korang tanya soalan, tips, tutorial atau share maklumat mengenai Xiaomi. BBL join pun sebab nak cari inspirasi untuk snap gambar selain mudah nak dapatkan aksesori Xioami. Kot ada lagi mudah dari Lazada atau 11Street.my kan.
Selain tu, BBL suka discover hastag #XiaomiYiCam #XioamiYi atau #GoPro untuk idea snap gambar cantik dari angle berbeza. Come on beli action camera semata nak selfie biasa kan. At least biar la hasil selfie lebih wow & awesome kan.
Untuk video nanti BBL upload nanti ya. Tak habis discover lagi funtion Xiaomi Yi Cam ni.
BBL ~ senang nak pergi event pakai kamera baru
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
15 Budak Suka Minum Bandung Laici
BBL nanti beli monopod ada shutter lagi boleh ala2 gopro..
ReplyDeletenak beli jugak tu..
Deletemenarik juga ni ...
ReplyDeletesesuai nak amik gambar dalam space kecil atau beramai2
Deleteseriously best..harga pon murah! huhu..tq for sharing.
ReplyDeleteTu je mampu nak beli guna duit br1m
DeleteMembantu sangat review. Sebelum ni tengok2 je. Dah boleh start survey la kot. Hehe
ReplyDeleteBerminat jugak ye
DeleteBaca ni rasa nak beli je haha cik abang selalu kata nak gopro , better try this one first . Thanks for the review bbl :D
ReplyDeleteBeli dulu xiaomi, ada duit lebih boleh angkat gopro
DeleteWow mirrorless cam tu best kan
ReplyDeleteSalam BBL..xiaomi yi action camera ni kalau kita recording video berapa lama boleh rakam..
ReplyDeleteSalam BBL..xiaomi yi action camera ni kalau kita recording video berapa lama boleh rakam..
ReplyDeletebergantung jumlah memory yang ada. kalu makin besar memory, lagi lama boleh record termasuk time-lapse
Deletemacam menarik je ni
ReplyDelete