Hello Kitty Go Around Malaysia Di Viva Home Cheras

12:49 AM


Assalamualaikum & hello there,

Khas buat peminat Hello Kitty di Malaysia 

Jangan lepaskan peluang menerokai dunia Hello Kitty di Viva Home Expo Hall Cheras sempena  Hello Kitty Go Around Malaysia hingga 14 Febuari 2016. Rasanya sempena cuti sekolah & cuti umun Tahun Baru Cina elok jugak bawa anak-anak ke pameran Hello Kitty sambil merasai keseronokan memcuba pelbagai aktiviti bersama karekter Hello Kitty.


Hello Kitty Go Around Malaysia

Tarikh pameran : 20 Januari hingga 14 Febuari 2016
Lokasi : Viva Home Expo Hall, Cheras Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11.00 pagi - 8.00 malam (Pengunjung dibenarkan masuk 45 minit sebelum waktu operasi ditutup)
Waktu Operasi Kaunter Tiket : 10.00 pagi - 7.15 malam
Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui email - enquiry@hellokittygoaround.com.my



Banyak sangat aktiviti yang boleh anda serta keluarga seperi bergambar dengan koreografi patung Hello Kitty termasuk kawan-kawan Hello Kitty. Mesti terasa macam bermimpi boleh jumpa cik Hello Kitty kan.


Juga terdapat banyak game booth untuk korang cuba main. Yang paling penting dapat hadiah mainan patung Hello Kitty atau barangan esklusif edisi terhad Hello Kitty.


Harga Tiket Hello Kitty Go Around Malaysia

HARI BIASA

Isnin-JumaatSabtu & Ahad
DewasaRM 35.00RM 45.00
Kanak-Kanak
(3-11 Tahun) Tinggi Lebih 90cm
RM 25.00RM 35.00
Semua harga tiket tidak termasuk GST RM3.00


CUTI UMUM


( Pada 1hb,8hb & 9hb Feb 2016 )

DewasaRM 45.00
Kanak-Kanak
(3-11 Tahun) Tinggi Lebih 90cm
RM 35.00

Semua harga tiket tidak termasuk GST RM3.00

MASUK PERCUMA UNTUK

Kanak-kanak bawah 3 tahun/Tinggi kurang dari 90cm
Warga emas 65 tahun ke atas
Orang Kurang Upaya ( OKU )

 

PAKEJ JIMAT FAMILY

Isnin-JumaatSabtu & AhadCuti Umum( 1hb,8hb & 9hb Feb 2016 )
2 Dewasa + 2 Kanak-kanakRM 120RM 160RM 160
Semua harga tiket tidak termasuk GST RM3.00

Dapatkan tiket anda di www.hellokittygoaround.com.my atau datang terus ke Viva Home Expo Hall.

BBL yang stalker tengok hastag #HelloKittyGoAroundMalaysia pun terasa nak pergi hujung minggu ini. Tahun lepas pun tak sempat nak pergi untuk 100 Years Doreamon di Viva Expo Hall. 

Cara Mudah Nak Ke Viva Home Cheras

Dengan Kereta:

Viva Shopping Mall boleh diakses terus melalui Jalan Loke Yew dari Jalan Tun Razak dan Jalan Cheras. Anda juga boleh mengakses Viva Home Shopping Mall terus dari Jalan Cheras.
Akses kepada Viva Home Shopping Mall dari tempat lain di Lembah Klang seperti Petaling Jaya, Subang dan Bukit Jalil dibuat sangat mudah melalui Lebuhraya Smart, KL-Putrajaya dan kawasan-kawasan Sungai Long.

Dengan MyTeksi:

Masukkan kod promo HKGA10 dalam aplikasi MyTeksi untuk menikmati diskaun 2x RM10 ke atau dari Hello Kitty Go Around RM10 !!. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/HKGA15.

Dengan  LRT:

Stesen LRT Miharja berhubung terus ke dalam Viva Shopping Mall melalui jambatan pejalan kaki berbumbung LRT Stesen - Miharja
Waktu Operasi LRT- 6:00-11:45 (Hari Biasa) / 11:15 (Hujung Minggu)

Jangan lupa ke Hello Kitty Go Around Malaysia Di Viva Home Cheras minggu ini ya!

BBL ~ oh Hello Kitty
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Mrs. A sekeluarga pun tengah berkira- kira nak pergi mana? Best jugak kalau pegi ke sini ha...

    ReplyDelete