#MovieReview : The Angry Birds Movie Versus Piggy Buncit

10:57 PM


 Assalamualaikum & hello there,

#MovieReview is back! Dah lama rasanya tak update entri movie review sejak lappy hilang awal bulan ni. Sedih nan hawau. Okay left behind cerita tu, proceed The Angry Birds Movie yang sudah ditayangkan bermula 12 Mei lepas. Jujur BBL cakap memang pernah main game Angry Birds since benda alah ni jadi viral tapi tak lama lepas tu uninstall sebab stress asyik tak lepas serang rumah piggy tu. Jadi dalam The Angry Birds Movie ada sikit elemen serang menyerang. Jom check apa best dalam The Angry Birds Movie.

Trailer The Angry Birds Movie



Sinopsis The Angry Birds Movie

The Angry Birds Movie mestilah kisah hero burung merah atau Red yang sangat panas baran. Akibat kes panas temper terhadap customer, Red dikenakan hukuman menjalani kelas terapi panas baran. Di sini Red mula mengenali Chuck, Bomb dan Terence. Pada satu hari datang kapal Piggy ke pulau mereka untuk mencuri semua telur burung.


Dengan semangat waja, Red dan rakannya ke Gunung Eagle untuk berjumpa hero lagend, The Mighty Eagle namun dia tidak mahu menolong Red dalam misi menyelamatkan telur. Berang dengan The Mighty Eagle akhirnya dia mengetui skuad untuk menyerang pulau piggy demi mendapatkan kembali telur yang dicuri.


Di sinilah bermula episode burung-burung menyerang istana Piggy dengan hukum fizik. Paling best setiap burung di lastik mempunyai kuasa hebat. At the end semua telur Berjaya diselamatkan.

- Tamat -

Komen BBL

1. Banyak sembang

Jalan cerita The Angry Birds Movie sangat simple & straight forward namun disebabkan scene cakap dengan loghat mat salleh mungkin menyebabkan budak-budak cepat bosan. Nanti kalu anak anda banyak tanya, jawab je mungkin dia dah naik bosan. Tapi semua karekter burung dan background The Angry Birds Movie sangat cantic colourfull. Wah dreaming!


2. Semua comel

Paling comel anak burung menyanyi ala okestra. Oh piggy the buncit pun agak comel terguling-guling waktu Angry Birds serang. Teruja habis hingga ada budak melompat ala nak serang castle piggy tu


3. Ada lawak sikit.. kelakar

Rasanya ada 4 5 scene kelakar namun bergantung pada penerima korang. Ada scene tu BBL boleh tergelak sorang-sorang sedangkan orang lain buat muka ketat makan popcorn. Agaknya lawak version mat salleh.


4. Padat habis dengan perasaan kasih sayang

well The Angry Birds Movie memang best untuk kanak-kanak tonton. Ini masa untuk parentshood bersama anak dorang. Dah la hari tu Captain America hang bawa budak masuk hall, tak kan The Angry Birds Movie tak nak bawa dorang.



Bintang BBL


The Angry Birds Movie  is all out kids movie. Untuk korang, bawalah anak-anak tonton cerita ni dan balik rumah jangan suruh dorang main Angry Birds. Kan terpengaruh pulak.


BBL ~ Next is XMen
(◝⊂)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici