DK Impian | Anda Bayar 1 Harga Dapat 2 Rumah

6:37 AM

Hi semua. Dah lama tak share entri pasal property ni. Sekarang ni waktu muda kena simpan duit dan labur kat asset bernilai seperti rumah atau tanah. Kekadang runsing cari rumah dengan nilai berpatutan lengkap kemudahan

Kalu anda sedang survey kediaman untuk dibeli dengan ciri-ciri menarik, BBL boleh suggest satu projek perumahan DK Impian untuk masuk dalam check list korang. Mana tahu hati tertawan dengan konsep dan kelebihan yang ada. Bagi saya DK Impian ada potensi sebagai tempat tinggal, rumah sewa serta homestay.


Mampu Milik
Jika anda mencari rumah yang balance antara mampu dan lokasi strategik, DK Impian adalah penyelesaian yang sempurna untuk keperluan perumahan anda. Sesuai dengan slogan DK Impian, "Affordability Lifestyle in a Prime Location", mereka berjaya menjadikan impian penduduk Shah Alam, Kota Damansara dan sekitar Subang untuk memiliki rumah dengan persekitaran kondusif. Dengan harga harga yang sederhana hingga ke tahap yang tinggi, projek ini bukan je perfect kepada pembeli rumah pertama tetapi juga pelabur.


Satu Harga Dua Rumah
Kenapa beli satu dapat satu sedangkan anda boleh BAYAR  SATU UNTUK DUA RUMAH. Dah jadi trend konsep rumah dual kunci sekarang. Maksudnya satu lot rumah ada 2 penyewa boleh tinggal. Lebih kurang macam studio type lengkap dengan satu ruang tamu yang boleh merubah jadi bilik tidur, bilik mandi dan dapur. 


Jenis Dual Key

Type Rumah Biasa


Jenis yang sempat saya tengok Type 1B saiz 592 kaki persegi. Kalu orang bujang atau young married couple sesuai tinggal rumah macam ni. 

Jangan terkejut tengok sofa biru tu boleh berubah jadi katil queen. Dah macam transformers pulak. Bukan je jimat ruang tapi cukup sesuai memandangkan size rumah terhad kalu nak letak katil dan ruang sofa. Dah macam kat Jepun gitu. Lagi senang pilih rumah fully furnish dengan perabot siap.


Okay jom ke rumah contoh ke dua iaitu Type 1D 646 kaki persegi. Masih sama ia mempunyai dua "rumah" cuma bezanya ada bakoloni dan bilik air lebih besar serta luas. Anda akan melalui ruang dapur terlebih dahulu sebelum ke ruang tamu. Seperti rumah jenis lain juga masih mengekalkan konsep sama sofa boleh mejadi katil tidur. Malah katil boleh laras secara automatik. Tekan je remote maka tempat tidur dah siap sedia untuk baring. Nice kan..


Rumah kedua sebelah pun bersaiz agak besar terutama ruang tamu dan dapur bersambung terus. Lebih kurang macam satu petak persegi mengandungi ruang tamu/katil, bilik mandi dan ruang dapur.


BBL ada buat video house tour untuk korang tengok sendiri keluasan rumah contoh. Tonton video bawah ni ye.



Tentu korang tertanya macam mana rupa DK Impian dari luar kan. Berbentuk U shape yang terbahagi kepada 3 blok dan ditengah-tengah terdapat kolam seperti central park. Yang pasti, top roof ada open space garden dan kawasan rekeasi untuk residensi beriadah waktu pagi, petang atau malam. Setidaknya anda boleh BBQ kat sky garden dengan pemandangan 360 darjah kawasan rumah. Boleh nampak Subang Airport, Kota Damansara serta Sg Buloh. Lagi romantik dapat tengok sunset atas sini dengan ketinggian 15 tingkat bangunan rumah. 


Lokasi Strategik
Kalu belum tahu, DK Impian ni senang je nak access dengan major highway seperti Guthrie Expressway, ELITE Highway, Jalan Sg Buloh dan terbaru DASH highway yang menghubungkan bahagian timur dan barat Lembah Klang. Selain berada tengah-tengah antara dua bandar township, Kwasa Land dan City of Elmina yang sempadan dengan Kota Damansara dan Ara Damansara. Lebih kurang 400,000 estimate penduduk kawasan ni sahaja. Malah HELP University dan International School dengan 13,000 orang student. Tak hairan DK Impian pelaburan berbaloi yang tak patut anda lepaskan. 



KEMUDAHAN BERDEKATAN DK IMPIAN



Pengangkutan Awam


ü  KTM Subang Skypark
ü  MRT Kwasa Sentral
ü  LRT Ara Damansara
ü  Rapid KL Taman Puteri Subang
ü  Lapangan Terbang Subang





Pusat Beli-Belah & Pasaraya


ü  Star Avenue Lifestyle Mall
ü  Sunway Giza Mall
ü  Hero Supermarket @ Subang Jasa
ü  Jaya Grocer @ Bukit Jelutong
ü  Giant Kota Damansara
ü  Tesco Extra Ara Damansara





Tempat Rekeasi

ü  Mudtrekker Paintball Park @ U9
ü  Gce Cycling Route
ü  Sky Smimulator @ Skypark Terminal
ü  Denai Alam Recreation & Riding Club
ü  Monterez Golf Club




Hub Pendidikan

ü  HELP International Shool & University
ü  Asia Pacific Smart School
ü  MSU University
ü  REAL International School
ü  IGB International School




Hospital

ü  Tropicana Medical Centre
ü  Ramsay Sime Darby Ara Damansara
ü  Subang Jaya Medical Centre
ü  Putra Medical Centre
ü  Hospital Sg Buloh


Jaringan highway

ü  DASH highway (dijangka siap 2020)
ü  Guthrie expressway
ü  NKVE & ELITE
ü  Federal Highway


So apa tunggu lagi, sempat lagi nak rebut peluang dapatkan rumah impian anda di DK Impian dengan tawaran hebat kat Sales Gallery. Mana tahu ada diskaun potongan menanti. Tak rugi kalu datang survey-survey dulu. 




Nak tengok show house boleh datang terus je 

DK Impian Sales Gallery
No 25-G, Jalan Uranus AG U5/AG, Bandar Pinggiran Subang
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
No Telefon : 017-2002322 / 017-2006662
Website : www.dkimpian.com
FB : dkgroup_my

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici