Putra Brasmana - Hotel Paling Dekat Jeti Feri Kuala Perlis
7:13 PM
Kuala Perlis memang famous sebagai lokasi gerbang utama ke Pulau Langkawi. Selain tu kawasan perkampungan nelayan ni memang lubuk utama bagi mereka yang mahu menikmati aneka juadah laut segar dari bot nelayan. Selain tu panorama sunset dari persisiran kuala dan anjung tinjau Masjid Al-Hussain amat cantik terutama saat kaki langit berwarna jingga keemasan. Tak lupa bendang sawah padi seluas mata memandang membuatkan diri terlupa soal kerja dan assignment group.
Bagi anda yang mahu datang menikmati semua tarikan utama ni saya nak syorkan menginap kat Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Betul-betul dekat dengan jeti feri Kuala Perlis. Tempoh hari sempat tidur 2 hari 1 malam kat hotel ni. Malah kawasan parking pun banyak dan selamat memandangkan ada guard yang jaga.
Dah dapat kunci bilik, jom kita masuk tengok apa ada dalam bilik. Best betul dapat bilik mengadap laut senang nak tengok sunset kan. Bilik saya dapat jenis twink sharing - 2 katil single lengkap kemudahan asas penhawa dingin, television, mini peti ais, coffee & tea maker, iron board dan sejadah untuk menunaikan solat.
Hadapan hotel ada padang cukup luas incase ada berminat nak buat aktiviti hari keluarga atau acara yang memerlukan kawasan lapang. Boleh tahan besar saiznya. Bercakap tentang bistro hotel ni ada sesuatu boleh anda cuba nikmati.
Untuk tengahari ada pakej makan tengahari RM15 untuk 2 orang - 2 nasi putih, ikan kari, ikan goreng, ulaman & sambal serta air sirap. Kebetulan waktu check in memang perut tengah lapar sebab drive dari Kangar ke Kuala Perlis. Bila terhidang menu simple ni tak sangka kenyang sampai tersandar. Sambal belacan tu kick habis makan dengan ikan goreng. Balik bilik terus lelap mata..
Sebelah malam, singgah aje makan kat Samudera Bistro yang bersebelahan dengan coffe house. Menu best selling ialah mee ketam, nasi ayam Brasmana, cucur udang (mesti cuba) dan hot sizzling. Soal harga jangan risau sebab mur mur je. Bagi BBL mee ketam paling best sebab ketam sekor. Ha siapa suka makan ketam puas hati ratah isi ketam saiz besar sorang. Comot jangan kisah janji kenyang perut.
Dah menginap kat sini, jangan lepaskan peluang menunaikan solat magrib kat Masjid Al-Hussain. Sementara tunggu pak bilal azan masuk waktu, boleh enjoy sunset dari dek peninjau. Indah panorama ciptaan-Nya sambil tengok bot nelayan masuk kuala.

Hotel Putra Brasmana Kangar
Jalan Kg.Perak
02000 Kuala Perlis
No Telefon : 04-9855900
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
Best ni, boleh la pergi selalu. Hehe...
ReplyDelete