Ke Parti Black Hat Cat Warner Music Malaysia

2:29 AM

Hai semua. Sebenarnya tengah mood gembira lagi baru balik dari parti pelancaran label rekod terbaru Black Hat Cat bersama Warner Music Malaysia. Dah lama tak attend function area ibu kota. Bertempat di W Hotel KL memang ohsome betul majlis pool side berlatar belakang KLCC. 


Oh btw kalu nak tahu Black Hat Cat, merupakan usaha Warner Music Malaysia dan Alif, rapper & penerbit terkenal dalam memertabatkan genre ‘Urban Music’ dalam industri muzik Malaysia. Black Hat Cat ditubuhkan bagi memberi sepenuh tumpuan kepada penghasilan karya tempatan yang berkonsepkan “Urban Music’ seperti ‘Electronik Dance Music (EDM)’, ‘Hip Hop’, ‘Jazz’, ‘R&B’, ‘Soul’, ‘Reggae’, atau gabungan irama atau gaya muzik seumpamanya. 


Yang best ada performance dari Kaka Azraff, lagu terbaru 'Sibuk' dan 'Bukan Hal Aku' duet bersama Alif. Layan kejap show Kaka sebelum sambung baca entri. 


Ha ni mesti kalu BBL mention nama Alif, korang terfikir siapa pulak si Alif ni. Sebelum ni Ali memulakan karier seninya sebagai salah seorang anggota kumpulan duo popular, Sleeq. Boleh recognize? Semenjak mencipta nama di arena muzik tempatan, penerbit dan rapper kelahiran Singapura ini, telah menghasilkan lagu untuk penyanyi-penyanyi terkenal negara termasuk Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow, Adira dan ramai lagi. Tak hairan Warner Music memilih Alif sebagai peneraju utama Black Hat Cat.

Sempat juga bergambar dengan emcee Hunny Madu. Tengah syok pose background twin tower boleh pulak si Hunny Madu buat photobomb group kitaorang. Sempoi betul sis Hunny ni.


Harap lepas ni lebih banyak lagu fresh moden and catchy melayu boleh menjadi peneman halwa telinga korang. Good luck Black Hat Cat!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici