Pakej Promosi Perkahwinan Grand Ballroom Wedding Studio Di The Summit Hotel USJ 7, Subang

1:53 AM

Hai semua. Tak lama lagi nak masuk season cuti sekolah, ni mesti ramai pasangan pengantin tengah mencari-cari tempat dan cater untuk hari bahagia bukan. BBl ada satu lokasi cukup strategik, cantik dan harga berpatutan yang sesuai dengan citarasa anda. Kalu ada bestfriend, sedara-mara, jiran atau colleagues tengah bercadang nak buat majlis tunang/nikah atau kahwin boleh suggest mereka untuk ambil pakej yang BBL akan story bawah ni. 


WeddingStudio Sdn Bhd official wedding planner The Summit Hotel USJ 7, SubangSabtu lalu BBL hadir ke majlis pratonton dewan Grand Ballroom terbaharu WeddingStudio di The Summit Hotel Subang. Yang bestnya ada persembahan Ara Johari dan Hael Husaini lagi, kan best wedding ada live performance artis. Boleh tengok video playback suasana grand ballroom cukup indah dengan dekorasi pelamin moden. 



Dewan ini boleh memuatkan 1 000 orang tetamu dalam satu masa. Sesuai untuk majlis perkahwinan yang sah-sah ramai jemputan nak datang kan. Cukup gah can cantik dari pintu masuk, laluan tengah menuju pelamin dan pentas utama yang menjadi tempat pesandingan dua mempelai. 


Cantik kan... Bayangkan kalu korang berjalan berpimpin tangan melalui laluan persis taman bunga tema putih. Tak cukup dengan tu, lighting dewan ini cukup wow dan good impressive terutama kepada hadirin yang datang. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran "pasangan pengantin" seolah-olah kami sedang menghadiri real wedding. Siap ada perarakan dengan kompang dan bridesmaid lagi.


Kemudian kami dipersembahakan dengan nyanyian Bunga oleh Ara Johari. Masing-masing semua excited dapat tengok Ara nyanyi live sambil makan nasi beriani. 

 
Seterusnya WeddingStudio turut memperagakan koleksi busana pengantin yang boleh menjadi pilihan. Ada rekaan tradisional hingga moden mengikut pilihan bakal raja sehari. Senang ada cater macm ni, semua dah complete lengkap. Tuan rumah tunggu layan tetamu datang datang je.


Ending majlis wedding hari ada surprise penampilan Hael Husaini yang membawa dua lagu hit beliau - Hajat & Jampi. Nah amik satu hall kena jampi bila Hael nyanyi depan semua hadirin. Nasib baik saya sempat rakam untuk tatapan anda. Jom layan kejap lagu Hajat okay.


Oh ya WeddingStudio sebenarnya official wedding planner Dewan Pahlawan 5 & 6 dan juga bagi pihak Hotel The Summit Subang. Sembang punya cerita mesti nak tahu berapa harga pakej untuk mengadakan majlis hari bahagia di sini kan. 

Pakej Nikah/Tunang
💕 100pax Buffet @ RM 10,000 (termasuk dewan)

pakej termasuk : 
🌟 sewa hall 
🌟 10 meja tetamu & 100 kerusi banquet
🌟 2 dome VIP
🌟 pelamin nikah atau tunang, 1 pasang baju L&P & 1 kali make-up
🌟 in-house PA sistem + MIC
🌟 RAW photography + CD & RAW videography + CD 
🌟 1 bilik standard Summit Hotel (bermalam)

Menu Asas
🌟Nasi putih 🌟ayam goreng rempah 🌟daging kari ubi kentang 🌟ulam-ulaman 🌟sambal belacan 🌟 buah tembikai & oren 🌟 air sunquick oren, air mineral, teh tarik 🌟 karipap 50 & seri muka 50

Pakej Sanding Dewan Grand Ballroom
💕  500pax Buffet @ RM 28,000 
💕  1,000pax Buffet @ RM 33,000 
*(termasuk dewan)

pakej termasuk : 
🌟 sewa dewan ballroom
🌟 80 meja tetamu & 800 kerusi banquet bersarung riben
🌟 4 dome VIP
🌟 pelamin modern, 1 pasang baju L&P & 1 kali make-up
🌟 in-house PA sistem, emcee
🌟 kompang
🌟 meja beradap 
🌟 RAW photography + CD, RAW videography + CD & 1 projector + screen
🌟 holding room , 3 VIP parking
 🌟 bilik suite Summit Hotel (bermalam)

Menu Asas
🌟Nasi beriani 🌟nasi puteh 🌟ayam berlada 🌟daging berempah 🌟dalca sayur  🌟 acar timun 🌟 papadom 🌟 buah tembikai & oren 🌟 air sunquick oren 🌟 air mineral, teh tarik 🌟 karipap 150, seri muka 150 🌟 kek pengantin 3 tingkat.

Makanan meja beradab pengantin : udang panjat, ikap siakap sweet & sour


Berminat boleh whatsapp WeddingStudio
Adam 012-4292806
Habibah 012-4978827
Amirah 017-2377449

WeddingStudio Sdn Bhd (since 2009)
HG88A, GF Plaza Jelutong,
Bukit Jelutong 40150 Shah Alam

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici