The Nun Cerita Seram Ke Kelakar?

7:52 AM

Oh dah lama tak buat movie review. Kalu sebelum ni laju je first day movie baru keluar terus jadi antara orang pertama tengok kat cinema lepas tu gigih balik rumah taip entri laju-laju update. Hari ni baru dapat balik kekuatan nak update fast entri macam dulu. 


Untuk comeback slot #MovieReview BBL nak update feedback tentang sekuel movie seram The Nun yang baru je tengok 26 minit lepas. The Nun ni cerita kesinambungan antara The Conjuring dan Annabella. Sebelum ni tengok dulu trailler The Nun


Sinopsis
Pada tahun 1952 di Romania seorang paderi Katolik, Father Burke dan seorang rahib, Sister Irene telah dihantar oleh Vatikan untuk menyiasat kejadian misteri bunuh diri seorang biarawati di Biara Cรขrลฃa. Seorang pemuda kacukan Perancis-Kanada, Frenchie turut membantu mereka membongkar kejadian menghantui istana lama yang menjadi tempat kelahiran Valak. Dorang ni curious kenapa ada kes bunuh diri sedangkan tu kan tempat suci.. 


Review BBL
Ni bukan nak spoil jalan cerita tetapi just review apa saya tonton. Jujur BBL lebih sukakan kejutan dalam The Conjuring dan Annabella yang padat dengan aksi main sorok-sorok Valak dengan Lorraine Warren. Selama 96 minit ni agak smooth jalan cerita yang lebih straigh foward. Actually The Nun tu nama lain bagi paderi wanita aka rahib.

Dalam chapter The Nun memang korang akan tertanya-tanya kenapa Valak muncul kejap-kejap tak seperti movie sebelum ni siap show off muka betul-betul sampai seram dibuatnya. Ada la part betul-betul terkejut dan menjerit sikit. Itu pun cakap dalam hati "tolong la muncul". Hahaha


The Nun ni ibaratnya movie reverse back sebelum terjadi The Conjuring. Senang nak cakap, Annabella tu kisah zaman sekolah menengah, The Conjuring kisah sekolah rendah dan The Nun mencerita apa berlaku sewaktu tadika. Gituh..kalu korang fokus betul jalan cerita The Nun mesti akan faham apa kaitan rahib Irene dengan Lorraine dan si Frenchie dengan Ed Warren. Suspen tak?


Oh ya bab kelakar tu surprise untuk anda. Kena tengok sendiri The NUN di pawagan berdekatan untuk tahu apa benda yang kelakar seram sampai satu hall asyik gelak je. Tak hilang rasa takut kat Valak. Hahaha tak boleh bla betul teringat balik insiden tu.

Rating Movie BBL
3  ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ setengah..


Kredit gambar : www.thenunmovie.com

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici