#MovieReview Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald Kisah Sebelum Harry Potter

1:01 AM


Assalamualaikum & hello there,

Nampaknya sekarang dah start deman movie Fantastic Beast yang mula ditayangkan bermula 15 Nov 2018. Certain cinemas dah start showing malam ni. Well semalam BBL sempat attend premier screening Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald di GSC Mid Valley Megamall. Disebabkan saya sendiri memang follow rapat franchise Harry Potter & dan tengok chapter pertama Fantastic Beasts and Where To Find Them tahun 2016.

Trailler Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald


Sinopsis
Newt Scamander untuk menangkap Gellert Grindelwald yang berjaya melarikan diri dari penjara. Bersama Albus Dumbledore, Newt harus bisa menghentikan Grindelwald yang ingin menghancurkan dunia. Jika filem pertama, Gellert Grindelwald berjaya ditangkap oleh MACUSA (Magical Congress of The United States of America).

Namun, Grindelwald melarikan diri dari tahanan dan telah mengatur strategi serta mengumpulkan pengikut untuk meningkatkan penyihir pure blood hingga menguasai makhluk non-magis. Dalam usaha menghalang rancangan Grindelwald, Albus Dumbledore bertemu bekas pelajar, Newt Scamander yang akan membantu tanpa mengetahui bahaya sedang menantinya.


Review BBL
Kalu korang perasan atau tak, sebenarnya Fantastic Beasts cerita sebelum lahirnya sekual Harry Potter. Dah macam flashback kebelakang gitu. Well BBL rasa macam terubat rindu nak tengok Harry Potter bila ada sedutan Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, tempat Newt belajar waktu zaman muda. Hairan BBL macam mana pengarah boleh cari pelakon bijik macam Newt masa remaja. Kelakar betul. 

Selain tu jalan cerita agak tergantung untuk siri ke dua Fantastic Beasts memandangkan ada lagi sambungannya. Overall korang kena tonton sendiri di pawangan.

Rating BBL
Oh yeah of course la 4 🌟 🌟🌟🌟 memandangkan Fantastic Beasts memang semakin menarik


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici