Singgah Makan Restoren Nasi Bamboo Sg Klah, Perak
7:10 AM
Assalamulaikum & hai semua,
Lupa pulak nak update entri pasal makan kat Restoren Nasi Bamboo Sg Klah, Perak. Along the way nak ke Perlis tempoh hari ingatkan boleh la singgah makan kat sini tapi sebab bertolak sebelah malam memang tak la. Kedai ni buka waktu siang je.
Apa yag unik kat sini mestilah nasi buloh dan nasi panggang dengan lebih 100 jenis lauk pauk masakan kampung. Nasi tu dorang kukus/panggang dengan daun lirik atau dikenali daun katalia sebagai lapik beras. Nasi bamboo ni antara menu tradisional orang Perak. Bau nasi sangatlah wangi.
Ada aneka lauk ikan, seafood, ayam, daging, puyuh dari jenis goreng, bakar, kukus, masak lemak, masak asam pedas, dan bermacam. Malah ulam-ulaman pun boleh korang pilih nak makan bersama nasi. Tak cukup dengan tu mestilah bermacam sambal untuk cicah dengan ayam, kambing, seafood yang dibakar. Ah heaven habis makan panas-panas.
Ni antara menu yang ada, kalu BBL nak list memang panjang lebor le.. Lauk yang ada :
- Asam Pedas Ikan Baung
- Asam Pedas Ikan Kembong
- Asam Pedas Ikan Pari
- Kari Ikan Sembilang
- Rendang Tok
- Daging Nusantara
- Ikan Patin Masak Tempoyak
- Puyuh Bayar Kuah Percik
- Sambal Petai Udang
- Sambal Jering Ikan Bilis
- Sambal Kentang Tempe
- Sambal Kacang Pedal
- Daging Salai Air Asam, Daging Salai Masak Cili Api
- Kambing Salai Buluh Perindu
- Sup Tulang Kambing, Sup Tulang Lembu
- Udang Bakar
- Lala Bakar Kuah Special
- Kerang Bakar Kuah Special
- Ikan Talapia Perkasam
- Ayam Kampung Goreng Gegebu
- Masak Lemak Talapia Salai
- Masak Lemak Nangka Ikan Masin
- Masak Lemak Pisang
- Gulai Kawah Kambing Umbut Pisang
BBL recommend cuba ayam kampung bunian ni . Sedap tu memang lain dari yang lain. Nak sedap sila cicah dengan kicap cili tu. Khusyuk je habiskan nasi sambil hirup air sirap.
Harga makanan dijual asing. Tengok jenis lauk anda nak ambil. Lupa pulak BBL nak snap harga untuk tatapan korang. Jangan risau harga standard je tetapi puas hati lepas makan kat Restoren Nasi Bamboo Sg Klah.
Lagi satu memang seronok dapat makan beramai-ramai. Boleh kata hampir setiap hari penuh dengan orang Tambah lagi waktu tengahari. Full house la katakan. Jika anda bercadang ke utara, jangan lupa singgah makan tengahari di Nasi Bamboo Sg Klah.
Waktu Operasi
10.30 pagi - 6.00 petang
Setiap hari (Tutup hari Jumaat)
No Telefon : 017-5167592
Alamat : Jln Sungkai - Slim River 35600 Sungkai, Perak
Tips nak cari : exit tol Sungkai,lampu isyarat ambil kanan,300m dah sampai.
Cawangan Restoren Nasi Bamboo Sg Klah di RnR Tapah arah selatan
10.00 pagi - 11 malam
Dibuka setiap hari
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
sedapnye sume makanannn
ReplyDelete