#MovieReview Operasi X The Movie Memang Best, Gila-Gila & Gempak. Mesti TONTON!

9:58 AM


Assalamualaikum & hai korang,

BBL baru je balik dari tengok Operasi X The Movie kat Suria KLCC tadi. Dah sampai rumah terus mandi, bersemangat nak update entri #MovieReview berkenaan filem terbaru arahan Sandosh Kesavan. Btw kalu korang tak belum tengok trailer movie, apa kata tonton dulu supaya boleh feel apa yang saya alami selepas tengok kat panggung tadi petang.



Operasi X The Movie membariskan pelakon cukup lagend, otai dan berpengalaman untuk setiap watak seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Saad, Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar. Off course comeback Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar – ketua polis persis rancangan Gerak-Gerak Khas memang BBL tunggu sangat. Peminat no 1 Datuk Yusof Haslam ni. Hehehe masih berbisa seperti dulu okeh.

Ha tak sah kalu sebelum tengok movie mesti baca sikit synopsis baru faham jalan cerita kan.

Sinopsis Filem Operasi X
ASP Redzuan (Dato’ Aaron Aziz), seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman (Hairi Safwan) di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu (Hanna Aqeela). Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar (Datuk Yusof Haslam) dan DSP Anwar (Rahhim Omar) dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu.


Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.

Padat Dengan Aksi, Pertempuran, Konflik & Kasih Sayang
Macam korang tengok trailer, macam tu la apa BBL alami dalam hall panggung tadi. Well jalan cerita tak melarat sangat memang straight forward melibatkan konflik ganster dengan pasukan polis. First time tengok Awie berlakon sebagai Belut – ketua ganster penyeludup dadah yang serius dan ganas tapi dalam masa sama dia sangat sayang adiknya, Mat Bong (Amerul Affendi). Muka ganas tapi dalam hati ada taman bunga weh. Punyalah sayang sampai sanggup menyerahkan empayar smuggle nya kepada Mat Bong namun hasratnya tak kesampainya kerana Mat Bong mati ditembak oleh… jeng jeng. Nak tahu siapa yang tembak dan konflik kenapa dia mati dibunuh kena lah tonton sendiri Operasi X The Movie. Nanti spoil mood korang nak tengok pulak.


Babak kasih sayang & tali persahatan antara ASP Redzuan dengan Inspektor Aman paling BBL tak boleh move on. Sebab tak boleh terima hakikat dan bersalah penyebab kematian rakan baik semasa operasi menyebabkan ASP Redzuan hampir mahu berhenti dari dunia polis. Ha scene polis jatuh cinta dengan Cikgu Ayu jangan korang terbuai mimpi pulak.

Tak best kalu dari awal sampai hujung cerita asyik serius je. Ada part kelakar & buat korang rasa nak tergeli hati tengok aksi watak Belut buat hal. Nak tahu kenalah tonton sendiri. Baru surprise namanya. Tak gituh. Memang tengah focus boleh tergelak tengok scene tu. HAHAHAHAHA

Btw paling favourite BBL mestilah team Operasi X yang memang sempoi bak hang tapi bijak handle operasi. Yang best watak Janggut si hacker boleh hack semua data tentang Belut. Dorang ni tulang belakang Operasi X sampai ke aksi terakhir Belut berjaya face-to-face ASP Redzuan yang disangka orang yang membunuh adiknya, Mat Bong. Time ni memang serius plus lawak sekali. Satu hall boleh tergelak kejap lepas tu fokus balik tengok. Jangan buat BBL nak bocor cerita pulak.


Komen BBL
Babak lori langgar warung buah, tong air memang dramatic & part polis ambush kelab malam sampai bertarung dengan ahli ganster sampai pecah habis semua barang memang superbeb macam citer kunfu gituh. Cuma kalu scene lori terbabas masuk kolam tu kalu real atau CGI up level confirm terbaik dari ladang.


Hipotisisnya citer ni memang penuh dengan mesej kasih sayang, persahabatan, kekeluargaan dan paling penting elemen sebuah perjuangan. Kalu tak dapat apa pengarah nak sampai, korang kena tengok lagi sekali dan hadam :)

Yang pasti anda kena saksikan sendiri filem Operasi X The Movie yang mula ditayang 1 November kerana BBL nak bagi 4 🌟🌟🌟🌟 . 

Ajak member, housemate, bf/gf atau jiran sebelah rumah datang panggung ramai-ramai kita kasi Operasi X The Movie pecah panggung macam filem aksi tempatan lain. Baru cam gini 👍🏼!


Jangan lupa follow laman sosial Operasi X The Movie dan hastag #OperasiXTheMovie #OperasiX #DreamPicturesProduction bila upload gambar tiket movie atau wefie dengan poster. 


Stay tune next entri #MovieReview ye kawan-kawan. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici