Website Jual Tiket Masuk Universal Studio Singapore Paling Murah

9:10 AM


Assalamualaikum & hello korang,

Well actually Januari 2019 nanti BBL ada plan dengan housemate nak pergi USS. Awal tahun ni dah pergi Singapura tapi tak bercadang nak masuk USS cuma pusing satu republik tu je. Boleh rujuk entri tempat menarik mesti korang singgah sekitar Singapura. So bila balik KL baru kami decide nak datang sekali lagi just visit USS samata-mata sehari dalam theme park ni. Tiket flight dah book tadi, murah la dapat harga RM49 pergi dan balik RM150. Mula-mula ingat nak beli tiket melaui website USS tapi bila terbaca threat kat twitter terus discover betul tak. 

Sebenarnya excited nak share dengan korang tentang satu website/app Klook ni. BBL baru je book pass sehari masuk ke Universal Studio Singapore (USS) harga RM207 - harga biasa RM232* (SGD76). Murah juga la memandangkan ringgit malaysia sekarang tak berapa strong. 



Well ada dua cara untuk korang beli pass USS sama ada melalui website Klook atau applikasi Klook. Nak senang better download app Klook ke smartphone korang - link ini dan masukkan PROMO KOD M6GRW masa pembayaran untuk redeem potongan diskaun RM13.40 untuk pembelian tiket. Eh jimat lagi. 

Dah beli pass sehari ni korang tak perlu lagi beratur beli tiket kat kaunter. Hanya perlu print atau tunjuk voucher pass dalam smartphone sahaja. Tiket pass sehari ni sah hingga 3 April 2019 tau. Dengan pass ni boleh try semua permainan blockbuster movie seperti Puss In Boots Gaint Journey, Transformers, Jurassic Park, Sesame Street dan banyak lagi sepuas hati korang. 

Yang bestnya selain harga tiket murah, Klook juga bagi tips cara nak ke USS & ada free bas services shuttle dari stesen MRT HarbourFront khas bagi mereka yang beli pass masuk USS dengan Klook. Fuh jimat lagi duit kat situ. Korang just tunjuk tiket USS di app Klook & naik bas free. 


 Cara nak ke Universal Studio Singapore dengan public transport
1. Naik bus awam - RWS8, 188R, 963R
2. Stesen MRT terdekat - MRT Harbourfront (NE1/CC29)
3. Sentosa Express : Waterfront Station

Oh ya Universal Studio Singapore dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. Dari apa yang BBL baca rata-rata orang cakap memang tak puas sehari spend kat USS ni. Banyak attaction dan aktiviti menarik boleh try. Cuma BBL sugest anda datang hari Selasa atau Rabu dan elakkan hujung minggu musim cuti sekolah dan public holiday Singapura. Dah sah-sah ramai orang kan.


Lupa nak bagitau tahun Mei 2019 pun BBL akan ke Osaka Jepun dan akan ke Universal Studio Jepun untuk mencuba tarikan The Wizarding World of Harry Potter. Yeay tak sabarnya. Tiket pun dah beli dalam applikasi Klook ni. Jimat masa & jimat duit ya.

Tak sangka app Klook sangat membantu kalu korang travel ke tempat menarik dan taman tema dalam Malaysia serta luar negara. BBL perasan harga tiket murah banyak dari kebiasaannya. So korang yang dah beli tiket ke USS tu saya ucapkan selamat bercuti & have fun ya!

*rate semasa entri ditulis Nov 2018

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici