Set Lunch Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Cuma RM25 Je
9:10 AM
Assalamulaikum & hello there,
BBL baru je balik dari Sabah nie. Ni first time terbang ke negeri dibawah bayu. Excited sungguh keluar dari airport Kota Kinabalu terus nampak Gunung Kinabalu. Gagah perkasa macam orang Sabah. Smile!
Sepanjang outstation ke KK, banyak la tempat menarik saya singgah. Ni nak story dengan korang alang-alang datang Sabah mesti nak singgah Hard Rock Cafe Kota Kinabalu. Masa kat KLIA sempat stalk lokasi & contoh gambar biasa igers snap time OOTD dalam Hard Rock Cafe KK ni. Wallah cantik amat sangat mengadap laut dengan air warna biru hijau.
Time BBL datang makan lunch, Hard Rock Cafe KK baru je start promo set lunch semurah RM25 je. Weh macam tak percaya dapat makan harga mur mur ni. Tu nak share dengan korang. Mana tahu datang bercuti ke, outstation ke, balik kampung ke, melawat sedara ke boleh datang makan sini.
Ada beberapa menu yang akan ditukar setiap minggu selama 4 minggu. Istimewa hanya di Hard Rock KK ada dua jenis set hidangan berharga RM25 nett & RM38 per person. Bab menu ni boleh pilih sama ada western, spagetti atau nasi.
Set Lunch "Soul" RM 25 nett seorang
Minggu pertama : BBQ Chicken Chop OR Spaghetti Aglio Olio Chicken OR Sweet and Sour Fish
Minggu kedua : BBQ Quater Chicken OR Grilled Cajun Fish OR Spaghetti Chicken Marinara
Minggu ketiga : Caesar Salad with Tupelo Chicken OR Chicken Marinara OR Spaghetti Salmon Pasta
Minggu keempat : Breaded Fish with Garlic Sauce OR Spinach Pasta OR Sweet and Sour Chicken
*Dihidangkan bersama minuman : DUA minuman ringan OR Ice Lemon Tea OR Jus Buah
BBQ Chicken Chop
Spaghetti Aglio Olio Chicken
Sweet and Sour Fish
Incase korang nak set lengkap dengan pembuka selera & desert, BBL cadangkan pilih set RM 38 yang boleh refill air sampai puas. Hehehe
Set Lunch "Soul" RM 38 nett seorang
Appetizer : Creamy Loaded Potato Sup
Minggu pertama : BBQ Chicken Chop OR Spaghetti Aglio Olio Chicken OR Sweet and Sour Fish
Minggu kedua : BBQ Quater Chicken OR Grilled Cajun Fish OR Spaghetti Chicken Marinara
Minggu ketiga : Caesar Salad with Tupelo Chicken OR Chicken Marinara OR Spaghetti Salmon Pasta
Minggu keempat : Breaded Fish with Garlic Sauce OR Spinach Pasta OR Sweet and Sour Chicken
Dessert : Hot Fudge Brownie
*Dihidangkan bersama minuman : minuman ringan OR Ice Lemon Tea OR Jus Buah (boleh refill)
Creamy Loaded Potato Sup
Hot Fudge Brownie
Oh lupa nak inform set special ni hanya boleh dinikmati setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 11.30 pagi - 2.30 petang sahaja. Kalu tengahari tu pusing-pusing pasar Philippine boleh singgah ke Hard Rock Cafe Kota Kinabalu yang terletak di Oceanus Waterfront Mall je. BBL datang sini pun jalan kaki pusing-pusing ternampak cafe ni.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici