Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam

5:39 AM


Assalamualaikum guys,

Geleng kepala bila housemate bagitau kena saman dengan JPJ kat tol LDP hentian Sunway. Mungkin nasib dia tak baik kena pass by roadblock JPJ time otw balik rumah. Btw si housemate ni tak ada lesen motor tapi ada lesen kereta je. Kebetulan awal bulan Febuari lepas BBL balik kampung, so dia gunalah motor sebab ada hal kat Sunway Piramid tu. 

Dapat 2 Jenis Saman
Bila dah kena tahan memang confirm-confirm pegawai JPJ tak let go macam tu. Dapatlah surat cinta JPJ. Yang sedihnya dia dapat saman, motor BBL pun dapat saman atas kesalahan memberi orang lain bawa motor tanpa lesen sah. Kena bayar saman RM100 setiap kesalahan.

- resit saman - 

- setel bayar 2 saman RM100 -

Hari ini BBL free, terus pergi bayar kat kaunter JPJ cawangan Shah Alam area Padang Jawa sebelah Puspakom Shah Alam. Boleh rujuk Google Map bawah. Nasib baik dekat dengan seksyen 7 tu. 



Kaunter bayaran saman JPJ nie kat blok belakang sebelah bangunan utama, bahagian penguatkuasa. Kalu korang nak bayar saman JPJ kat sini, terus datang building ni. Waktu datang jam 1.50 tengahari macam tu ada kaunter yang buka waktu break lunch hour. Tunjuk je kertas saman dan pegawai JPJ akan key in. So kena bayar RM200 untuk clear nama. Kalu tak, kena naik mahkamah..tak kuasa eh nak tangguh saman. Better bayar je baru hati senang. 

 - kat parking kereta / motor nampak bangunan utama JPJ, korang pergi belah kiri hujung building -

- saman tu kena bayar kat department ni -

Incase korang alami saman sama seperti saya contohnya bagi pinjam adik, housemate atau kawan yang tak ada lesen motor sah dan kena saman dengan JPJ make sure korang check betul-betul saman kat kaunter. Satu saman atas nama pesalah (yang tak ada lesen) & satu lagi saman atas nama kita sebagai pemilik motor. Nah dua-dua kena denda. 

Sebelum tu korang boleh check saman kat portal JPJ. Biasanya lepas 5 minit bayar saman, clear saman anda dalam website JPJ ni.. lega hati. 
👇🏾

Erm..terbang RM200. Boleh tahan banyak dua ratus kalu bawa pergi jalan-jalan Langkawi atau shopping baju baru. Nasib oh nasib..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici