Koleksi Baju Doreamon LOL Store Cantik-Cantik Semua

11:11 PM


Assalamualaikum & hai korang, 

BBL peminat setia kartun Doraemon sejak dari umur 12  tahun. Ingat lagi masa sekolah rendah, waktu magrib dah tercegat depan tv semata nak tunggu intro Doraemon start.  Macam video bawah ni..rasa klasik. Kalu korang masih ingat lagu ni maknanya layak dapat diskaun senior citizen hahaha


Punyalah suka kartun Doraemon sampai merchandise ada gambar Doraemon mesti BBL beli. Buku, sticker, figure, bantal peluk, gelas, alat tulis dan macam-macam lagi la. Ada kat kampung semua tu. Well koleksi baru mestilah baju ikon Doraemon yang saya beli kat LOL Store Malaysia. Serius nice amat buat OOTD kalu hang out dengan member. 


Bila dapat tahu LOL Store keluarkan t-shirt khas Doreamon terus ajak housemate pergi Sunway Piramid beli baju ni. Banyak pilihan corak dan design boleh pilih dari size S sampai XXL. Nak warna apa boleh pilih ikut mana berkenan sama ada lelaki, perempuan atau pun kanak-kanak. 

Kebetulan sempena Tahun Baru Cina 2019, LOL Store ada keluarkan baju t-shirt Doreamon edisi CNY warna merah. Baru ong namanya. Design gambar Doraemon pun cantik-cantik sampai rambang nak pilih mana satu. Nie antara baju yang boleh korang pilih..cantik tak?


Harga murah je dari RM39 sehelai je. BBL grab la 2 helai baju gambar vector Doraemon dan CNY edition. Tunggu gaji plan nak beli lagi 2 helai design Gaint dan Nobita tu. Boleh buat inner pakai dengan hoodies. Sesuai juga pakai untuk aktiviti luar contohnya pergi pantai sebab kain kapas. 

 ha ni baju Doraemon untuk CNY

masuk kedai LOL terus spot baju ni kat display.. nice tengok dari jauh

So apa tunggu lagi, cepat-cepat ke LOL Store kat cawangan berikut
Lembah Klang
📌 Berjaya Time Square
📌 Sunway Velocity Mall
📌 Sunway Piramid
📌 MyTown Shopping Centre
📌 Melawati Mall
📌 The Mines
📌 IOI City Mall Putrajaya
📌  D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya
📌 Setia City Mall

Selatan 
📌 Mahkota Parade Melaka
📌 AEON Bandar Dato' Onn Johor Bharu
📌 Paradigm Mall Johor Bharu

Sarawak 
📌 Vivacity Megamall Kuching 
📌 Boulevard Shopping Mall Kuching 

Jangan lupa share dengan kawan-kawan jugak kat sosial media ya.

You Might Also Like

22 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. I pernah beli baju kat LOL Fahrenheit, memang ok and harga pun berpatutan. I quite like the Doreamon tee is quite cute, will check it out.

    ReplyDelete
  2. Belum penah jumpa lgi. Next time bole la tengok kan.

    ReplyDelete
  3. hahaaa... comel jer doremon kan.. sy masa kecik patung doremon je pernah ada.. haha

    ReplyDelete
  4. Alahaiii comeinya pakai baju gambar doremon. Kalau bagi anak sis pakai ni ok gak ni..sure dia suka..:). Mak budak pun boleh je pakai kan..kalau ada saiz le..hehehe

    ReplyDelete
  5. LeYa pun memang minat dengan koleksi Doraemon ni... Macam-macam dah ada jugak.. Suka sangat tengok.. Ermm...baju-baju doraemon dekat Lol Store ni pun cantik-cantik juga. Simple & Nice... Nanti dapat duit lebih sikit nak pergi tengok and beli laa...

    ReplyDelete
  6. Alamak comelnye design baju Doraemon ni. Banyak pulak tu pilihan dia. Ada untuk budak jugak tak?

    ReplyDelete
  7. Okay! Dekat Setia City Mall ada, dekat dengan umah kita wak. Nak terjah la nanti. Suka jugak dengan doraemon, heh..cecantik design dia. Suka :D

    ReplyDelete
  8. lama jugak mencari Tshirt doraemaon ni..nsib baik ada cawangan yang akak boleh terjah.nanti nak try la usha-usha..Warna biru tu nampak cantik pulak.rugi pulak kalau tak grab

    ReplyDelete
  9. Memang betul laa..semua cantik2..comel2..Tapi sayang kat utara takde..nanti pi KL laa baru boleh pi cari kat LOL Store

    ReplyDelete
  10. Baru akak faham.Marou ni peminat Doraemon rupanya...bagus kalau jadi item collectors ni..at least something yang unik kan...anak akak pun ada gak kumpul2 doraemon tu..cuma limited la item yang dia ada..

    ReplyDelete
  11. Saya baju doraemon tak ada. komik dia banyak lah dekat kampung kumpul masa kecik kecik dulu. ni kalau sape peminat tegar doraemon mesti terjah sini punya

    ReplyDelete
  12. Ala comelnya baju doraemon hehehe kita tak boleh pakai nanti orang akan panggil kita kucing besar wakakaka tapi cantik lah best juga kalau dapat satu ni ada saiz kita ker ni..

    ReplyDelete
  13. Memang comel comel sangat la hai. Dah la membesar mmg tengok Doraemon je petang2 balik sekolah. Terasa macam kanak kanak riang dappat baju Doraemon.

    ReplyDelete
  14. Waaa.. Peminat kartun doraemon rupanya..
    Teringat masa kecik kecik zaman sekolah dulu, macam BBL cakap la, bila sampai masa tunggu depan tv sebab nak layan kartun tu.
    Zaman sekarang ni kalau tengok tak sama dah feel dia..
    Tapi cantik tshirtnya.
    Mesti harganya pun boleh tahan kan.

    ReplyDelete
  15. cantiknya design dia.haritu macam ada tertengok dekat store.nak kena beli ni buat koleksi

    ReplyDelete
  16. Comel2 baju doraemon kat sini. Lagi marou yang pkai lagi cute. Selalu nmpk kedai ni x pernah singgah. Ingat nak jenguk la sekali

    ReplyDelete
  17. Wah semua cantik marou. Kita memang peminat doraemon sejak kecik. Nak kena cari ni. Btw ada saiz tak? Huhuhu

    ReplyDelete
  18. Igt lg lagu doraemaun....hahahahaa...kartoon lagend ni....comel2 je tgk ada baju doremon ni...

    ReplyDelete
  19. Cute la baju doraemon ni. Oh kat setia city mall pun ada..ok nak gi la heheh

    ReplyDelete
  20. Budak2 zaman sekarang ntah kenal ntah tak doraemon ni.Tp masa kita dlu2 kegilaan la. Sanggup blik main awal duk tercegat depan tv nk tgk doraemon punya pasal kan. Kenangan sangat

    ReplyDelete
  21. Dah senang nak cari koleksi Doraemon. Adik ruby dari kecik suka Doraemon. Pastu kereta dia semua bulu biru tema Doraemon. Anak patung kecik, wallet dan topi Doraemon. Suka sangat. Dia memandu grab, baju dia pun Doraemon tau. Hehehe.

    ReplyDelete