Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold

3:56 AM


Assalamualaikum korang, 

Alhamdulilah rezeki BBL dapat beli Macbook Air 2018 terbaru selepas sekian lama mengidam nak ada satu macbook. Bajet RM6k mula-mula confuse nak beli sama ada Macbook Air, Macbook Pro atau iMac. Macbook pulak dilema Macbook Air 2018 atau Macbook Air 2013. 
Macbook keluaran terbaharu dah tak ada lagi lampu apple ikonik kat belakang tu. Agak sedih jugak sebab BBL berkenan dengan logo tu. Btw sebelum ni housemate rumah pernah pakai kejap, dia bagitau bateri macbook cepat habis dan lampu apple cuma menyala dalam keadaan malap/gelap sahaja. Kat situ hilang satu masalah nak pilih macbook lama atau baru. Then datang satu lagi masalah nak beli macbook air atau pro. Ikutkan hati saya sangat suka macbook pro sebab nampak maskulin dan nice giler. 


Seminggu sebelum beli tu pergi la survey kat Machine Setia City Shah Alam then staff suggest ambil macbook air je sebab tengok keperluan BBL cuma update blog, social media dan bukan kerja heavy seperti edit gambar, video atau rendering design. Maka hari kejadian pukul 9 malam terus beli Macbook Air 2018 kat Machine Sunway Piramid. Gigih tak lepas balik kerja terus pergi beli.

So BBL beli la MacBook Air warna Gold, nampak ekslusif selain ini keluaran pertama mac berwarna Gold. Basic warna mac sebelum ni just Silver dan Space Grey (baharu). 

Paling menarik tentang Macbook Air 2018 ni mestilah boleh unlock guna touch id seperti iPhone sekarang. Tak payah taip password lepas mode 'sleep', buka je skrin terus touch id. Lagi satu design keyboard baharu sangat selesa nak menaip, besar dan smooth je. Favourite saya semestinya teknologi Force Touch Trackpad yang 20% lebih besar dari siri Macbook Air ini. 

Speaker sangat nice sebelah kiri dan kanan anda. Bila buka lagu kat Youtube suara detail kiri kanan telinga dan boleh tahan kuat jugak walaupun buka volume slow. Seperti biasa lampu bawah keyboard boleh laras nak cerah atau malap dengan mudah je. Tak lah typo bila menaip dalam gelap bilik kan. 

Unboxing Macbook Air 2018


Dalam kotak ni ada benda basic je seperti guideline paper, type C USB charger dan semestinya sticker logo Apple berwarna gold. Biasanya sticker warna silver kan. 


Jadi kita close up tengok rupa macbook air dengan lebih dekat. Wallah!

 - pandangan hadapan -

 - sisi kanan - headphone jack port -

 - sisi kiri - Tybe C USB port -

 - paparan antaramuka keyboard -

Pengalaman Guna Macbook Air

Tersangat ringan cuma 1.25kg je. Senang nak bawa ke mana-mana untuk siapkan kerja entri blog, balas email, tonton youtube atau blogwalking. Walaupun dah hampir 17 tahun guna Window dan ramai orang cakap macOS berbeza tapi rasanya tak berbeza sangat cuma kena biasakan diri guna sahaja. Sekarang ni BBL masih guna laptop biasa untuk siapkan kerja dan Macbook time depan tv atau atas katil. Masih tak boleh move on laptop lama yang skrin besar tu. 


Selain tu banyak trick Macbook Air kena belajar dan sangat mudah nak praktik sebenarnya. Alah benda ni nanti dah biasa guna rasa sama je. Nasib baik bateri power sekarang boleh tahan hingga 13 jam so mudah nak kemana tanpa perlu bawa charger sekali. Jimat bateri eh. 

Sembang kabel charger ni elok wrap dengan "cacing" ni untuk make sure tahan lama dan elak dari warna bertukar jadi hitam. Unless korang tak kisah keluar duit RM89 beli kabel baharu. Ni boleh beli kat kedai aksesori telefon atau kedai Ustaz. Macam-macam warna ada..kena gigih jelah wrap sampai habis macam BBL je. Kalu malas, just wrap kat hujung kabel dah memadai. 


Satu lagi skrin macbook air ni jenis Retina Display, so bila tengok video youtube resolusi 1080p cantik dan lawa. Transfer gambar 4K pun clear betul pixel warna, sharp dan detail. Bercakap tentang internal memori pulak BBL pilh 128gb sahaja. Kalu korang simpan banyak file, gambar, video atau lagu boleh pilh 256gb pada harga RM6,099. iPhone saya pun memory 128gb itu pun banyak space tak guna walaupun bersepah gambar dan video. Malas nak clear. Nak senang semua gambar dan video simpan dalam hard disk je. 

Itu sahaja BBL nak share dengan korang. Puas hati bila dapat beli macbook air akhirnya selepas bertahun hanya merasa try demo set kat Machine tu. Chow..

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. jelesnyaaa !!! teringin ada tapi tak tahu guna. warna dia nice gila

    ReplyDelete
  2. Nak beli yg kecik siket. Lama berkenan warna putih . Huhu Moga ada rezeki nanti. InsyaAllah 👏🏻👏🏻☺️

    ReplyDelete
  3. cun sangat.. boleh masuk wishlist ni. btw, 'cacing' tu wrap kabel macammana yea? ada demo tak?

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Teringin nak ada Macbook jugak....

    ReplyDelete