BUFFET RAMADAN 2019 : Djarilicious Plaza Metro Kajang

8:12 AM


Assalamualaikum semua,

Kita teruskan entri Buffet Ramadan 2019 dengan satu lagi tawaran menarik untuk iftar bulan puasa nanti. Kali ini BBL baru je balik try makan menu masakan kampung Djarilicious Catering di Plaza Metro Kajang. Lokasi dewan ni kat level 4 satu aras dengan Food Corner & Lotus Five Star Cinema. Orang Kajang mesti tahu kan..

Harga Buffet Ramadan Djarilious @ Plaza Metro Kajang
Dewasa RM 45.90 (PROMO RM39.90)
Kanak-Kanak RM 35.90 (PROMO RM29.90)

Group Booking Online
Dewasa RM399 (10 pax PERCUMA 1 VOUCHER - sah untuk kunjungan akan datang)
Kanak-kanak RM25.00

Sabtu & Ahad 
Dewasa RM 54.90 (PROMO RM49.90)
Kanak-kanak RM 44.90 (PROMO RM39.90)
*Bawah umur 5 tahun PERCUMA *Menu special Kambang Bakar

Group Booking Online
Dewasa RM499 (10pax) / Kanak-kanak RM35.00/pax

Nak dapat harga PROMO tu senang je. Anda cuma perlu buat tempahan awal secara online/call/whatsapp sahaja sama ada sebelum 6 petang bulan Ramadan nanti. Lagi bagus whatsapp sebelah pagi confirmkan seat berapa orang nak datang. 


Kalu walk in terus, kira harga normal price. Ha nice kan.. Bagi yang tinggal area Kajang, Balakong, Cheras Selatan tu boleh datang berbuka di sini sambil shopping baju raya nanti.

Menu special - Nasi Lemak Champion, Kambing Golek, Daging Maska Hitam
Buat pertama kali Djarilious membuka dewan Plaza Metro Kajang dari jam 6.30 petang - 9.30 malam untuk tetamu menikmati lebih 40 sajian Melayu. Ada 8 gerai dengan hidangan menu 

Gerai 1 : Nasi Lemak Champion
Gerai 2 : Sate ayam & daging, kambing golek
Gerai 3 : Pecal, rojak buah
Gerai 4 : Kuih muih melayu, roti jala
Gerai 5 : Teh tarik corner
Gerai 6 : Air 
Gerai 7 : Cendol, ABC


Menu utama buffet terhidang masakan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Ayam Cili, Ayam Masak Kicap, Ayam Goreng Berempah manakala peminat lauk daging boleh la cuba rasai Daging Rendang, Daging Maska Hitam, Gulai Kawah.


Pastinya lauk Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Masak Lemak Pucuk Ubi Daging Salai mengubat rindu masakan orang di kampung. Ikan bakar bersama air asam turut disediakan. 


Yang pasti lala & kupang paling sold out tempoh hari..sekejap je dah habis semua tetamu makan. Nampak sangat favorite orang ramai kan. 


Basahkan tekak selepas satu hari menahan dahaga dengan pelbagai air seperti air bandung, air mangga, air cendol, air batu campur dan juga aiskrim malaysia. Fuh sejuk je lidah bila makan aiskrim lepas berbuka nie.


Dewan ini boleh memuatkan hampir 300 pax dalam satu masa. Bahagian buffet ada meja untuk 50 pax. Sesuai sangat kalu datang secara kumpulan atau nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai. 


Kemudahan Tersedia
1. Surau
2. Parking kereta banyak
3. Tengah-tengah bandar Kajang

Bulan puasa nanti bawalah keluarga datang berbuka puasa di sini bersama Djarilicious Catering.

Untuk tempahan sila hubungi atau whatsapp je
016-509 8532 (Hotline)
016-920 8532 (Amy)
016-660 8532 (Farhan)


You Might Also Like

21 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. best makan kat sini sebab murah dengan pilihan makanan yg banyak. kiranya berbaloi lah kalau datang kat sini bersama keluarga...apatah lagi ada masakan melayu pasti nanti menjadi tumpuan

    ReplyDelete
  2. Murah je harga yang ditawarkan. Klu early bird lagi murah tu

    ReplyDelete
  3. long time didn't see you, glad to see your update here. Yeah we got to love our life and try enjoy at the same time. Yummy meal here, got to tell my dear friends of this place too!

    ReplyDelete
  4. Nampak menyelerakan semuanya. Banyak pilihan. Harga pun murah. Sambal nasi lemak champion tu memang champion la Marou. Gerai pun unik sebab ada nama jalan2 di Kajang.

    ReplyDelete
  5. Murah betul harga promo dia. Jarang jarang nak tengok tempat bagi harga murah macam ni. Pilihan makanan dia pulak banyak sungguh

    ReplyDelete
  6. Banyaknya makanan. Semua nampak sedap. Murah pulak tu. Saya pun nak pergi juga.

    ReplyDelete
  7. Eah... So many delicious food that I would want to try it out. The price looks affordable. Can bring my family there.

    ReplyDelete
  8. Adui meleh air liur tgok makanan enak-enak ni. Boleh try kesini nanti sebab harga pun sangat mampu milik dengan kemudahan2 yang ditawarkan. Tak sabarnya.Thanks share marou...

    ReplyDelete
  9. Wah... Murah! Terlajak murah ni, boleh laaa plan bawak family berbuka luasa kat sini nanti. Semua menu pun opkos kegemaran family. Thanks sharing yaa

    ReplyDelete
  10. Jarang jumpa bufet Ramadhan yg murah macam ni. Sebelum ni tak pernah tahu pun ada Djarilicious kat Metro Kajang. Dah berkurun tak pergi sana. Ruang dewan makan pun luas dgn menu pelbagai. Harus terjah puasa nanti!

    ReplyDelete
  11. Banyaknya makanan. Dah lah u always review makanan. Mana nak simpan perut boroi ni dah kalau semua nak cuba. hahaha. Ni pulak tgok mureeeee mureeeee bawah 50 hengget. Nak habiskan aiskrim duaposen tu target puasa nanti.

    ReplyDelete
  12. Banyaknya pilihan makanan harganya pun murah. Ok sangat lah nak bawak family berbuka di sini. Kawasan parkir yang banyak tu paling penting hehe.

    ReplyDelete
  13. Lokasi, pilihan dan harganya memang termurah setakat ini. Plaza Metro Kajang akan menjadi sangat meriah time puasa dengan pelbagai stall jualan kelak.

    ReplyDelete
  14. Wah ramai pergi sini ni. ..Harga pun murah ni. Boleh jadi port salah satu tempat beruka puas ni nanti. .Mwnarik.. Lauk lala tu nampak sedap. .Dah lama tak makan lala ni oiiii... Haiishh kene terjah ni

    ReplyDelete
  15. dgn pilihan menu pelbagai tu..dpt harga bawah rm50 mmg murah la...lapar blk la tgk menu2 tu

    ReplyDelete
  16. eh murahla harga buffet Ramadhan dekat sini. Pilihan makanan dia pun banya jugak. Not bad la. Semua nampak sedap. Dapat tak agaknya eh nak pergi buffet macam ni puasa tahun ni agaknya.

    ReplyDelete
  17. Allah.. Meriahnya menu dia..
    Macam macam ada. Sampai tak termakan ni dibuatnya..
    Harga dia pun tak la terlalu mahal.
    Sedang sedang okay la..

    ReplyDelete
  18. Wah..ramai yg update pasal ni. Harga murah & makanan nampak sedap semuanya. Kena try la ni tp jauh sikit la dr kak min

    ReplyDelete
  19. Aiskrim Potong! tu yg mouse mommy nampak tu! byknya flavour dan nostalgia sgt lah! Nampak makanan pelbagai dan harga yg berpatutan jugak ramadhan buffet ni!

    ReplyDelete
  20. Nampaknya macam sangat best lar boleh menjamu selera kat sini, memang banyak terdapat pilihan makanan yang lazat-lazat belaka. Selain itu, harga juga berpatutan.

    ReplyDelete