BUFFET RAMADAN 2019 : NOOK Aloft KL Sentral Tawar Iftar Selera Indonesia
8:31 AM
Sepanjang ramadan ini restoren Nook hotel Aloft KL Sentral membawa menu Selera Indonesia untuk juadah berbuka puasa anda. Lebih 150 jenis menu pastinya tergugat iman nak tunggu azan magrib. Semua ini hasil air tangan ilham chef Ahmad Zaki Harun dan Junior Chef, Muhamad Hafiz Izham.
Harga Jom Buka @ Nook Selera Indonesia
Dewasa RM138 nett
Bermula 7 Mei - 3 June 2019 ini anda boleh datang berbuka puasa seawal jam 6.30 petang hingga 10.30 malam bersama rakan sekerja atau ahli keluarga. Tarikan utama semestinya Kambing Bakar Bumbu dengan resepi istimewa. BBL memang suggest anda cuba sendiri. Tak lupa sajian traditional Indonesia seperti Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng, Berempah dan Ikan Bumbu Berempah.
Malah pembuka selera asli Indonesia termasuk Gado Gado, Urap Sayur, Rojek Uleh Indonesia, Pacel Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan Kerupuk. Tempoh hari pun craving betul dapat makan semua ni. Sedap betul chef masak.
Ha jangan lupa cuba makan Daging Sapi Gongso - signature Nook dengan bahan-bahan special dari negara seberang iaitu sos manis Indonesia, cili merah serta campuran rempah ratus asia kemudian diperap selama tiga jam untuk memastikan rasa tersebut betul-betul meresap ke dalam isi daging.
Rasanya hidangan Sambal dan Kari Indonesia termasuk Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang, Gulai Ayam Padang, Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang wajib makan bersama Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning - nasi tradisional Indonesia akan membuatkan waktu berbuka puasa lebih istimewa.
Selain itu menu-menu kegemaran setiap kali bulan ramadan datang seperti Murtabak, Bubur Lambuk, Sup berempah dan Sate turut tersedia untuk anda nikmati. Malah makanan citarasa Chinese, Indian dan barat turut tersedia bagi memeriahkan pinggan berbuka puasa.
Rasanya tak lengkap berbuka tanpa sajian pemanis mulut kan, oleh itu Nook menyediakan pelbagai hidangan desert Indonesia, Malaysia dan Western boleh anda rasai selepas makan. Tak lupa minuman mesti ada iaitu Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.
Anda boleh dapatkan Early Bird Voucher Jom Buka @ Nook Selera Indonesia yang mula bermula 1 April - 3 Mei 2019 ini pada harga RM105 per voucher bagi pembelian 1-35 keping. Manakala bagi pembelian 36 keping ke atas dijual hanya RM95 sahaja. Anda digalakkan membuat call untuk tempahan terlebih dahulu memandangkan Nook boleh cakap full house sepanjang bulan puasa nanti.
Sebarang reservation boleh call 603-32723 1188 atau layari website www.aloftkualalumpursentral.com ye
18 Budak Suka Minum Bandung Laici
Allahu..tengah lapar baca pulak entry ni..teringat-ingat pulak kambing bakar dengan sambal kicap kat sini..memang mabeles
ReplyDeleteMeriahnya buffet kat sini. Adui ni kalau bulan puasa ni ada yang semua benda bedal je makan kat sini. Kelaut diet bulan puasa kalau macam ni. Tak bulan puasa lagi pun dah lapar tengok semua makanan yang ada ni.
ReplyDeletefuhhh dah nak puasa dah kita. kejap je. suka aloft ni sebab style dia rasa mcm funky dan makanan dia pun best. kelas kau nok!
ReplyDeletecepat sangat dah nak puasa ker? rasanya baru lepas tahun baru cina je.. hehehehe
ReplyDeleteFor me,, makanan di NOOK Aloft KL Sentral ni memang sedap. Tahun lepas ada try dan tahun ni inshaAllah akan cuba. Selera Indonesia pulak tu, teringin gak nak cuba,hehe
ReplyDeleteHalah sedapnyaa . Favorite cx nasi ayam penyet tu! Makanan indonesia memang sedap. Pedas pon ya. Memang in lah! Kalau ke sana, mesti kena cuba ni. Ya Allah! Terliurnyaaaa.
ReplyDeleteMemang sedap menu yg dihidangkan..kena dengan tekak kota org Malaysia ni. Ingat ramadhan nanti nak ke sana lagi..:)
ReplyDeleteMeriah dan banyak menu buffet kat sini ya. Macam macam pilihan yang ada .Memang kena dengan tekak kita orang Malaysia .Dah nama pyn serumpun kan .Wah early bird ada baucer lah. Murah murah .Kena grab cepat
ReplyDeleteAllahu, dah start dah review buffet ramadan?? Maknanya dah tak lama la kan.. hehe. Seriusly suka menu yang dihidangkan kat Nook, Aloft KLS ni. Tapi nampaknya tahun ni depa buat kelainan ekk dengan hidangan dari Indonesia??. Ok, boleh masuk list utk iftar nanti.. hehe
ReplyDeleteSedappppnya menu aloft ni! Mesti dah ramai dah booking utk iftar bersama. Nak ajak kwn2 skali jugak!
ReplyDeleteWuuu sedapnya. Tak sabar nak puasa kan bila tengok semua menu berbuka macam tu. Dah la dekat KL sentral je. Bleh plan lepas balik keje pi berbuka. Hehehe
ReplyDeleteKalau dah namnya buffet ramadhan memg semua ada kan. .Ni lagibbagus dari malay sampai ke chinese dan india.. Tak sabr nak puasa, boleh makan macam-macam kam
ReplyDeleteUniknya nama juadah yang ada kat situ. Langsung terbuka selera bila tengok pilihan yang ada. And sangat menarik tawaran untuk early birds tu - berbaloi sangat-sangat harganya.
ReplyDeleteBagi emi kadar harga ni memang berbaloi dengan hidangan yang disediakan. Ada satu dessert dia tu best gila kot emi try haritu. Teringat2 ni haa
ReplyDeleteMenggoda sungguh makanan-makanan tu, semuanya nampak sodap-sodap belaka. Harga tu rasanya memang berpatutanlah dengan makanan yang dihidangkan tu.
ReplyDeleteDah lama tak datang makan kat Nook A loft ni. Kalau dulu selalu jugak ke sini.
ReplyDeleteHabis meleleh tengok gambar-gambar makanan ni. Tergugat iman sekejap...hahahaha Walaupun simple but that ikan goreng makes me wanna chow down on it sambil cicah all the sambal.
ReplyDeleteAllahu, semua menu nampak sedap. Macam-macam ada nampak gayanya. Mesti best ni kalau berbuka puasa kat sini nanti. Lagi pun dah dekat dengan office ni. Huwarghh. Terliur weh
ReplyDelete