BUFFET RAMADAN 2019 : Restoren Rebung Chef Ismail Offer Buffet Menu Nostalgia Sajian Desa RM84.80 Seorang Je

7:55 AM


Assalamulaikum,

Tahun 2019 ini Restoren Rebung Chef Ismail di Taman Botani Perdana (area Parlimen Negara) menawarkan lebih 90 jenis makanan berbuka puasa selera "Nostalgia Sajian Desa" khas untuk anda sepanjang bulan Ramadan nanti.

Harga Buffet Iftar @ Restoren Rebung Chef Ismail - Taman Botani Perdana
Dewasa RM 84.80 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun) RM 53.00 nett

Bila tiba bulan puasa mesti teringat menu makanan kampung air tangan ibu kan. Ha sesuai dengan tema Restoren Rebung, hampir semua masakan berbuka puasa adalah sajian desa kegemaran ramai. Signature di sini semestinya Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak & Siput Sedut Masak Lemak. 


Tidak cukup dengan itu, aneka menu ikan seperti Ikan Singgang, Kari Ikan, Ikan Goreng Berlado, Ikan Masak Taucu, Gulai Lemak Ikan & jugak ikan bakar turut tersedia untuk tetamu nikmati. Paling BBL suka mestilah Ayam Masak Merah, Ayam Keturub pun ada. Boleh makan dengan pilihan Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Ulam, Nasi Oren, Nasi Karot, Nasi Dagang dan beberapa lagi nasi popular lain. 


Menambah selera berbuka, Chef Ismail menyediakan ulaman kampung, aneka sambal, kerabu dan tauhu. Baru kena dengan tema kampung kan. Lagi pun dekorasi dalaman Restoren Rebung terasa berada dalam rumah kampung dengan barangan antik & suasana desa. 


Yang pasti semua tetamu mesti tak sabar-sabar nak berbuka saat melihat hidangan 8 buah gerai di Anjung & dalam restoren dengan menu seperti Murtabak, Cucur Bawang, Sup Tulang, Mee Kari, Laksa Penang, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Pulut Kuning, Pasembor, Nasi Kerabu, Kuew Teow Goreng, Mee Goreng Mamak dan pelbagai makanan goreng lain.


Rasanya tak lengkap berbuka kalu tak jamah manisan kan. Silalah nikmati kuih-muih tradisional kampung - Sagu Gula Melak, Talam Suji, Kuih Lapis, Kaswi Panda, Bingka Ubi, Cara Berlauk, Jagung Kukus Kelapa, Lepat Pisang, Butir Delima, Tepung Bungkus dan banyak lagi. Menariknya kuih Buah Melaka & Roti Jala tersedia secara live depan anda. Masak panas-panas tau. Baru betul-betul sedap meletop dalam mulut.


Malah Serawa Durian, Pengat Pisang, Bubur Pisang, Lempeng Kelapa, Popia Basah turut ada. Hilangkan mengidam nak rasa menu di atas dengan berbuka puasa bersama Restoren Rebung. Sebenarnya banyak lagi tapi kalu BBL list out memang panjang entri ni. Kenalah datang sendiri & rasai kemeriahan iftar bersama kawan atau ahli keluarga. 


Kemudahan yang ada di Restoren Rebung
Ruang makan boleh menampung kapasiti hingga 500 orang pada satu masa iaitu
- Blue Room > 20 -23 orang
- Red Room > 70 - 80 orang
- Green Room > 110 - 120 orang
- Stage Area > 120 - 130 orang
- Yellow Room > 50 orang
- Anjung > 70 orang

Surau lelaki & perempuan - boleh muat 20 orang jemaah
Lift mesra OKU 
400 ruang parking kereta

Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan akan dialunkan dengan irama Ghazal oleh kumpulan Ghazal Sri Nuansa. Sambil menjamu selera boleh dengar alunan irama ghazal yang mengusik jiwa. 


Pakej Buffet Ramadan Restoren Rebung akan berlangsung sepanjang bulan puasa dari 6 Mei hingga 3 Jun 2019. Nak tempah untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai / private function / Rumah Terbuka atau reservation meja boleh contact -

Restoren Rebung Chef Ismail
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, 
No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur
No telefon : 03-2276 3535 /03-2276 2525

Tempahan katering sila hubungi no berikut
Cik Lina : 019-344 3428
En Hafiz : 017-778 7895
En Fahmi : 018-989 4103

Kami dah sudah rasai air tangan Chef Ismail. Jemputlah datang berbuka puasa di sini nanti ya. 

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. antara restoran fevret..!! tapi xleh pegi selalu hihi.. memang makanan sedap2 so i bet buffet for ramadhan pun akan gempak2 jugak.

    ReplyDelete
  2. menariknya hidangan buffet dia..macam2 ada..nasi kerabu tu memang favourite kalau berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Aduhai. Dah la tengah lapar belum sempat pergi lunch lagi. Baca pulak entry Marou review makanan ni, dah macam puasa dia punya lapar T_T Murtabak tu macam menu wajib buka puasa!

    ReplyDelete
  4. Teringat-ingat dia punya pengat pisang dan cekodok bawang. Sedappppp. Emi makan bertambah-tambah haritu. Nanti nak pergi berbuka puasa kat sini lagi laaa.

    ReplyDelete
  5. Not bad makanan yang dieorang sediakan. Nampak betul betul menyelerakan. harga pun not bad. Paling fadzi suka tang die punya kuih muih tu.

    ReplyDelete
  6. Level retis ni makan kat restoran chef bertaraf profesional je hehehehe tapi memang tak nafikan yang makanan kat Rebung adalah yang terbaik untuk cari makanan tradisional tempatan memang kena dengan konsep dan tempatnya...

    ReplyDelete
  7. Eheh, tempoyak and siput sedut mari~ Sodap sodap kalau ada duit lebih boleh try one day dalam bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya semua makanan. .Walaupun dh biasa nampak semua makanan ni, semua makanan ni la yang membuatkan kita ras anak makan. .Ada kuih kegemaran kita

    ReplyDelete
  9. Tempat ni sedap makanan dia. Dulu masa kerja pernah dua tiga kali makan dekat sini. orang memang full dan chef Ismail memang ramah tegur-tegur. yess serawa durian, goreng-goreng kena cuba sebab sedap sungguh.

    ReplyDelete
  10. memang ramai yang cakap makanan buffet ramadhan di Rebung restaurant nie sedap. maklumlah ia hasil sentuhan chef ismail sendiri. tahun nie terlepas lagi untuk review ke sana. nanti bulan ramadhan nak bawak family lah berbuka di sini

    ReplyDelete
  11. Wah.. . Harga menarik laaa. Tak sampai pun seratus. Tak dinafikan Menu dan masakan Chef Ismail sememangnya sedap. Nampak menyelerakan siput sedut tu. Nak booking awal laaaa bawak family berbuka ouasa kat sini nanti

    ReplyDelete
  12. Memang sedap makanan dia. Menu mcm ni lah sis suka kalau waktu berbuka. Naik berselera makan. Siap ada pengat durian pulak tu..perghh terlioq dibuatnya

    ReplyDelete
  13. I have not been to Restoren Rebung Chef Ismail but I always go Taman Botani Perdana with my family haha. maybe it's time for us to check out their ramadhan buffet in coming month

    ReplyDelete
  14. restoran rebung mmg famopus dengan masakan tradisi..semuanya nampak sedap dan menarik...kalau bulan puasa tiap2 tahun tak pernah miss untuk datang bebruka di sini

    ReplyDelete
  15. Sedap tu masakan kampung, lg yg masak chef lsmail mmg sedap, buka puasa blhlah ajak hubby berbuka di sini.

    ReplyDelete
  16. AM mmg suka masakan kat restoran rebung nie terutama masak lemak cili padi telur itik n siput sedut!! Mmg berhirup la semangkuk kuah masak lemaknya.. Lagi satu yg AM suka di sini adalah ke pelbagai kuih muih.. Wajik n kuih tradisi pun ada tau!!

    ReplyDelete
  17. TB belum pernah lagi makan dekat restoran rebung ni.. dengar citer masakan ala-ala kampung ye.. MasyaAllah.. sedapnya Tb tengok gambar-gambar atas ni.. menu-menu nya menyelerakan sangat..

    ReplyDelete
  18. The Ramadan package so cheap!! And love this kind of ala kampung style. So meriah and all the food look so tasty and great?!! I can't wait to try there with my Muslim friends

    ReplyDelete