Sedapnya Menu Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade
1:15 AM
Nak share sikit cerita pasal makan dim sum kat Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade - cawangan Dodo pertama kat Malaysia. Tak silap kedai ni baru je buka bulan Disember 2018. BBL datang dinner dengan housemate lepas balik kerja. Alang-alang nak tunggu showtime Captain Marvel jam 8.30 malam, kami decide nak isi perut makan dim sum dulu.
So kami order la bererapa menu untuk try makan. Antara dishes high recommend staff Dodo ialah "Lo Mai Kai", Spicy Chicken Feet, Siew Mai Dumplings, "Har Gow" prawn dumplings, Charcoal Custard Burn (isi salted egg yolk), Minced Meat Dumplings dan Chee Cheong Fun. Oh lupa nak masukkan Honey BBQ Chee Cheong Fun sekali.
- Spicy Chicken Feet -
- 'Har Gow' dumplims RM10.50 -
- Fried radish cake 'DODO' style RM14.00 -
- 'Lo Mai Kai' RM9.00 -
- "Woh Tip" with sharedded ginger & vinegar RM 9.50 -
- Charcoal custard buns with salted egg RM9.50 -
- Cripsy mashed taro pie RM9.00 -
Kat sini semua dim sum dihidang dalam bekas steam tau. Comel amat. Haruslah makan panas-panas baru sedap. Incase nak extra pedas, ada condiment cili atas setiap meja. Santap la puas-puas. Harga setiap menu tak la mahal sangat. Boleh kata sesuai dengan bajet poket.
Kebetulan si housemate ni nak makan hidangan Thai, dia order la Thai Broth Boat Noodles (Nam Tok, Khao Soi, Tom Yum, Nam Sai), Khao Klukh Krapi - lebih kurang macam nasi goreng tapi kena gaul sendiri semua bahan-bahan dalam pinggan, Crispy Som Tam, Gai Pad Prik Pao chicken wings dan nasi pulut mangga.
- Thai Broth Boat Noodles (Nam Tok, Khao Soi, Tom Yum, Nam Sai) -
- Honey BBQ Chicken RM10.00 -
- Crispy Fried Som Tam RM14.00 -
- Gai Pad Prik Pao RM18.00 -
Bab desert pulak BBL makan dua jenis hidangan ni. Siapa yang craving mangga pulut boleh datang sini. Elok minum dengan Thai green tea atau pearl milk tea. Kamcing habis la..
- Pulut Mangga RM10.00 -
- Crispy Shanghai pancake with lotus paste RM12.00 -
Harga Thai Broth Boat Noodles ni cuma RM2.30 semangkuk. Murah, sedap dan authentic thai. Kalu nak tambah extra topping pun boleh. Perut kecik macam BBL ni boleh tahan kenyang tersandar la.
Dekorasi dalaman Dodo Dim Sum & Bowls sangat nice dan insta-worthy. Time makanan sampai kamera mesti 'makan' dulu. Tambah lagi suasana ceria, cheerful, modern dan stylish restoren tersangat nice nak ambil gambar posing OOTD dengan makanan korang order. Macam BBL ni..bergambar sakan.
Dah kenyang baru syok nak tengok Captain Marvel kan. So far good introduction movie. Siapa sangka full house first day movie keluar panggung. Tak sabar nak tunggu Avengers : End Game keluar bulan April ni.
Anything boleh check out website Dodo Dim Sum & Bowls okay.
20 Budak Suka Minum Bandung Laici
Sedapnya. Saya dah rasa lapar ni. Saya suka sangat makan dim sum. Tapi jarang sangat dapat makan.
ReplyDeletelove your pics and eyes on the pulut mango. So long time no eat and wanna eat Thai pulut mango but no easy to find. Great your share here can now tell my dear where to dine!!
ReplyDeleteDahlah perut tengah lapar tengok semua menu dim sum ni bertambah lapar dibuatnya.dahlah favourote saya tau dim sum ni.kalau dapat makan dim sum ni memang tak pandang dah kiri kanan orang lalu lalang.tak boleh jadi ni kena bawa family jalan jalan makan dim sum dekat sini nampak gayanya
ReplyDeleteEh baru bukak rupanya. Dah 3 4 kali jugak pergi Subang Parade ni tahun ni dan ada lah nampak jugak kedai ni. Ada lah terfikir nak cuba tai tak tercuba cuba pulak. maybe next time nak try sekali
ReplyDeleteKita pun suka makan kat sini sangat sedap dan banyak pilihan semua makanan best-best belaka hehehe paling best ada Dim Sum tu memang sedapnya rasa macam boleh makan banyak hehehe tapi nasib perut kecik ehhhh..
ReplyDeleteZul dah rasa makanan di DoDo, for me makanan dia semua sedap dan kedai ni combined 2 jenis restoran Dim Sum + Thai Bowl = Dodo. Yang penting makanan yang dihidang sedap.
ReplyDeleteWah! Tak pernah dengar dan tak pernah tahu pasal Dodo Dimsum & Bowls . Hik³. Pertama kali tahu ni. Maaf cx tak keluar banyak tempat haha. Anyway, bestnya food dia. Menarik sungguh. Tengkk gambar pon dah terliur, apatah lagi si tukang makan kan? Heheh thanks for sharing!
ReplyDeleteTak pernah makan dim sum.
ReplyDeleteTeringin nak rsa. Sebab kawan kawan selalu cerita kata sedap.
Menunya semua mengancam. Ni kalau makan semua, memang boleh tersandar terus ni.
Sis ni memang peminat dim sum, swlalu makan kat mont kiara. Nanti bolehlah cuba tempat baru ni pulak. Tengok menu dia tak menghampakan..byk jugak pilihan
ReplyDeleteWah best kan makan kat sana, I like their dim sum and also the noodles too. The Fried radish cake is my favourite.
ReplyDeleteBaru tau dekat subang parade ada dim sum halal. Selama ni pergi tak pernah tau pun. Next time balik kl boleh la singgah subang parade. Iza suka dim sum!
ReplyDeletesedapnya dik tengok semua menu ni, akak paling suka dim sum, macam2 yang ada ni, sesuai nak bawa semua tentera akak mai makan sini. bab makan memang suka cafe yang banyak menu dan paling penting sedap
ReplyDeleteTakjeles ngan dim sum. Jeles ngan ending yg pi tgk Captain Marvel tu sbb tak tengok lagi T____T ok mggu ni kena paksa husband bawak pi jugak (ntah ada lg ke kat cinema) huhu
ReplyDeleteEmi pun penggemar dim sum jugak. Memang fevret sangat! Tapi klau x silap emi, dodo dim sum ni tak banyak cawangan sangat kan?
ReplyDeleteDim Sum ! tapi kena hati-hati tau makan dim sum ni apatah lagi, waktu panas. Sekali masuk mulut, ya ampun panasnya meletup di dalam mulut. hahaa.. saya memang penggemar dim sum
ReplyDeleteWould love to try all the dim sum here as they look really scrumptious and different from those in other shops.
ReplyDeleteAduhai terliur tengok semua makanan ni. Presentation pun cantik mesti rasa makanan ni sedap ke. Dessert pun nampak menarik gak .Nak cuba gak lah makan kat sini.
ReplyDeleteRawlins nie sejenis pemakan dim sum so memang terliur tengok apa yang ada tu. Sedapnya lahai. Next time, nak try gak la.!
ReplyDeleteAduiii dikkk. Fried radish tu fav akak dik non. Sedappp nyaaaaa.. Dimsum tu pun nmpak sedap sgt2
ReplyDeleteokay semua nampak menarik. Dimsum ni memang fevret. kalola makan hari2 pun xpa hehe cuma tula harga dia hehe.. sesekali la nampaknya =D
ReplyDelete