Jom Buat HIV Test RM1 Je..

12:54 AM

HIV test kit - result negative

Mungkin anda pernah terlibat dengan aktiviti berikut :

1. Melakukan hubungan sexual tanpa kondom dengan lelaki/perempuan & bertukar-tukar pasangan 
2. Bertukar-tukar jarum suntikan

atau mengalami masalah penyakit kelamin seperti keluar cecair nanah kat private structure (penis, anal, vigina), ada lebih kulit pada bahagian dubur/sekitar telo, tumbuh ketuat kat penis, tapak tangan/kaki berbintik-bintik merah - disebabkan pernah melakukan seksual tanpa kondom & bertukar pasangan

nak buat HIV test atau nak dapatkan treatment tapi...
- malu/segan
- tak tahu nak buat kat mana
- risau stigma dengan doktor/nurse
- takut orang lain status result

jangan risau kerana anda boleh buat ujian HIV dengan bayaran RM1 je di Klinik Kesihatan Kerajaan terpilih. Well staff dari ngo Kuala Lumpur Aids Support Services Society (KLASS) boleh membantu anda. 

Di mana ujian saringan dijalankan ?? 
- Klinik Kesihatan Seksyen  7 Shah Alam
- Klinik Kesihatan Kelana Jaya 
- Klinik Kesihatan Cheras

Waktu operasi ?? 
- Klinik Kesihatan Kelana Jaya 
Rabu (2pm-4pm) 
- Klinik Seksyen 7  Shah Alam
Isnin - Khamis (sepanjang hari)
- Klinik Kesihatan Cheras
Isnin - Jumaat (sepanjang hari)

Temujanji ??
Kawasan Shah Alam, Klang, Kelana Jaya, Sunway boleh contact 014-3874042 (Mizi)

- Whatsapp untuk masa temujanji dengan staff dibawah terlebih dahulu sebelum hadir untuk ujian saringan supaya semua urusan berjalan lancar (mungkin doctor cuti ataupun ada meeting/busy). Oleh itu setiap urusan pendaftaran dan temujanji akan diuruskan oleh Case Management Specialist anda

Nak klinik lain ??
- Perkhidmatan disediakan hanyalah di Klinik Kesihatan yang berkolaberasi iaitu Klinik Kesihatan Cheras, Kelana Jaya serta Seksyen 7 Shah Alam. Kalu korang stay luar Lembah Klang boleh contact list nama berdasar lokasi anda.

Jangan risau staff akan teman korang dari A-Z kat klinik. Lagi pun KLASS collaborate dengan STI friendly klinik (di sahkan oleh KKM). Doktor & nurse open minded nak treat korang. Biasanya dorang tak judgemental sangat pun. 

Prosedur?
- Staf ngo akan uruskan semua. Anda hanya perlu datang saja dan jangan lupa bawa kad pengenalan untuk pendaftaran.

Pembayaran?
- Percuma termasuk pendaftaran, sesi kaunseling, rawatan dan ubat-ubatan (ubat farmasi luar tidak di tanggung)

Jaminan maklumat peribadi ??
- Akan dirahsiakan dan tidak melibatkan urusan surat menyurat. Semua keputuasan private confidential antara doktor dan pesakit sahaja. 


Kalu korang stay luar KL tu boleh roger nombor bawah untuk buat HIV & STD test. Untuk info lanjut hubungi kami: 

Kota Kinabalu : +6012-8693445 (Yazid)
Kuching: +60142091153 (Ishak)
Miri: +60105244512 (Andrew)
Kuala Lumpur: +60164425105 (Azuan)
Selangor (Shah Alam & Kelana Jaya) : +60143874042 (Mizi)
Penang: +60164192144 (Shamel)
Ipoh: +60125462075 (Khairul)
Johor Bharu: +60177314882 (Izwan)
Alor Setar : +60134155056 (Fitri)
Kuantan: +60199806923 (Marina)
Kuala Terengganu: +60129857645 (Azman)

*mesej ini dibawakan oleh badan NGO Kuala Lumpur Aids Support Services Society (KLASS) 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici