D Aura Cafe Seri Kembangan Offer Buffet Steamboat Murah Je

8:09 AM


Assalamualaikum,

Fuh kenyangnya perut lepas makan steamboat malam tadi. Last week kan payday so BBL dengan si housemate plan nak makan rebus + grill. Bila tanya kawan-kawan yang tinggal area Seri Kembangan dorang suggest datang makan kat D Aura Cafe area Taman Equine. 

Harga Buffet Steamboat
Dewasa RM44
Kanak-kanak RM22
*bawah 3 tahun makan PERCUMA
bermula jam 6 petang - 12 tengah malam

D Aura Cafe dah dua tahun beroperasi dan menawarkan aneka sajian western seperti shell-out, pasta, chicken chop, lamb chop terbaharu buffet steamboat. Sebelum ni hanya ala carte set steamboat je tapi bila dapat permintaan tinggi dari kalangan customer barulah mereka menyediakan pakej istimewa ini. Konsepnya masih sama anda boleh makan sepuas hati semua hidangan tersedia tapi jangan membazir sudah ye. 

BBL pilih makan steamboat kat bahagian luar sebab lebih sejuk bila kena angin sempoi malam. Dah pilih makan apa nak rebus dan grill apa tunggu lagi, ayuh kita start memasak! 


Antara menu tersedia termasuk pelbagai pilihan seafood seperti udang, ketam, isi ikan, lala, kerang bumbu dan bermacam jenis fish ball. Semua ni boleh rebus dalam kuah tomyam atau sup ayam. Kalu nak grill boleh try daging dan ayam yang diperap dengan sos istimewa. Daging sangat lembut dan senang nak kunyah. Sampai saya repeat topup tiga kali..hehe sos pun banyak jenis dari blackpaper, BBQ, honey mustard, thousand island, mayonnaise dan sos cili. Untuk tambahan boleh masukkan telur burung puyuh, cendawan, sayur-sayuran dan pilihan mee. 

- semua nampak sedap bila perut lapar -


Sementara nak tunggu daging dan seafood makan, boleh alas perut dengan nasi goreng atau mee goreng. Incase anda datang bersama anak kecik boleh bagi mereka makan nugget, fries, kentang korang dan onion rings dulu. 


Minuman free-flow kopi, teh, air kodial pun ada tersedia. Untuk desert please cuba rojak buah, agar-agar dan puding roti. Sedap kena dengan anak tekak BBL ni. Sekali perut tak kenyang, makan la sampai tersandar kat kerusi tu. 

- rojak buah memang mabeles habis -

Walaupun BBL first time datang cafe ni memang rasa impress dengan dekorasi cukup menarik dari pintu masuk hingga bahagian dalam. Cafe ni boleh muat 15 -20 pelanggan dalam satu masa. Kalu nak buat surprise birthday party, candle light dinner atau anniversary dinner pun boleh. Pakej harga pun berpatutan dan mesra dompet ye.


Kalu tekak terasa nak makan steamboat boleh la datang ke sini. Saya dah sudah..anda bila lagi..

D Aura Cafe Seri Kembangan 

C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25 
Taman Pinggiran Putra, Seksyen 2 Seri Kembangan
Tempah boleh whatsapp > wasap.my/61110923832
Buka : 12 tengahari - 12 tengahamalam (buffet steamboat bermula jam 6 petang -12 malam)
Facebook D Aura Cafe & Steamboat 

You Might Also Like

16 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. yum yum tgk makanan tu..tambah lagi yg grill. kalau sempat singgah SK nnt leh la cuba

    ReplyDelete
  2. cantik kedai ni, la dekat plak dengan umah kak lily ni. haruslah kene terjah balik nanti ek.. sedap plak tengok steamboat time-time lapo ni kan

    ReplyDelete
  3. Tempat nampak lawa la. Kedainya sangat cantik. Suka makan steamboat juga tapi time perut kosong. Memang melaju la makannya. Bagus juga ada seleksi manisan tu. Harganya ok la kan....

    ReplyDelete
  4. cantik setup cafe, lighting pun menenangkan je sesuai nak lepak lama-lama kat sini. bolehla singgah, bab makan jangan tolak haha. banyak juga pilihan makanan yang ada, hmm bila nak terjah ni

    ReplyDelete
  5. Allahu dugaan betul nii, banyak betul pilihan makanan kat sana kan! dahlah banyak pilihan, semuanya nampak fresh2 belaka pulak tu confirm lagi semangat la nk bersteambot tuu hehe. Dessert pon macam2 and adoii sedap2 betul nampak semuanya! Ni mmg wajib masuk dlm to be try list nii! adoi lapar pulak tengok segala gmbr makanan tuu sedapnyaa haha

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this place, steamboat buffet is always nice to eat especially with family and friends, gonna try this new spot!

    ReplyDelete
  7. Lama betul tak makan steamboat, last makan masa puasa tahun lepas rasanya..hehehe. Nanti bolehlah sis terjah kat sini, nampak menarik jugak hidangan dia

    ReplyDelete
  8. Wahhhh nampak seronok betul ya makan di sini. Dekorasi dalaman kafe yg sangat selesa dan cantik. Variasi steamboat juga pelbagai aneka. Berbaloi sesuai dgn harga yg ditawarkan. Makan tak ajak ye ! 🤪

    ReplyDelete
  9. Nak jadi budak lah, boleh makan free. Hahaha. Selalu gak pi Putrawalk tak perasan ni tang mana, myb kena round sikit baru jmpa kot. Sbb situ dh byk bukak kedai dah. Nasib buffet buka sampai 12 malam, kalau nak pi, pi pkl 7 ke atas sbb area depan putrawalk jalan besar jam ya ampun bila peak hour. Depa nak buat mrt katakan.

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan steamboat. Bestnya dapat makan steamboat. Harga pun murah .Bolehlah kalau jalan jalan sini nanti singgah makan steamboat kat sini. Eh murah samgat dah harga yang ditawarkan

    ReplyDelete
  11. kedai ni i pernah datang sekali memang rekaan nampak cantik sangat sangat... owner pun very hardworking... sekarang dah ada steambot.. bagusnya.. nanti nak go visit la .. teringin nak rasa..

    ReplyDelete
  12. Murah harga dia. Berbaloi . Kemain lagi tong gas tu ya heheh. Terbaiklah. Kedai pon cantik. Aneka pilihan makanan ada kan? Steamboat mmg lama tak makan. Shellout pon dah lama tak makan hahaha. Boleh cuba ke sini ni ajak famili. Makan ramai² seronok

    ReplyDelete
  13. My friends went to D AURA CAFE SERI KEMBANGAN before. they lovely BUFFET STEAMBOAT memang MURAH, so affordable kan. Wish to bring whole fam there

    ReplyDelete
  14. Wow. Suka tengok dekorasi dia yang menarik dan sangat insta-worthy tu. Makanan dan harganya sangat berpatutan. Kalau bawa kengkawan dan famili pun berbaloi nie.

    ReplyDelete
  15. ni kalau buat event cam menarik tempat ni.dengan pilihan makanan nampak menarik dan best...nanti ingat nak belanja famili makan kat sini lah

    ReplyDelete
  16. Best juga makan steamboat kat situ kan, the food selection pun ok. I can go with my rakan sekerja, time ramadan kena buat booking ke?

    ReplyDelete