[BUFFET RAMADAN 2020] Iftar Ramadan RM55 Seorang Hanya Di The Grand Campbell Hotel KL

9:29 AM


Assalamulaikum semua..

Bulan puasa mesti sibuk shopping baju raya, kasut raya, handbag raya, biskut raya, karpet raya kan. Lagi meriah kalu bawak anak-anak satu family ramai-ramai pergi beli barang tuk raya aidil fitri. Biasa jadi hotspot mesti area Sogo, Masjid India, Jakel KL & bazzar raya tengah bandaraya. Seronok ye pun beli barang time nak berbuka mesti kalut pikir nak berbuka puasa kat mana.. ha waktu ni pergi bazar ramadan mesti banyak makanan dah habis. sob sob...

Nasib baik Hotel The Grand Campbell Kuala Lumpur dekat je dengan segi tiga emas barangan persiapan raya aidil fitri. Tu sebelah Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Cuma jalan kaki je dari Sogo atau stesen LRT Bandaraya tu. Boleh buka puasa sini dengan tenang, selesa & santai sambil menikmati juadah iftar cukup menyelerakan. Tambah lagi mak ayah bawak anak kecil, tak lah bebudak meragam sebab Campbell Cafe selesa ada aircond. Sejuk gituw..

Ramadhan Buffet @ Campbell Cafe

Harga berbuka puasa
RM55 nett - Dewasa
RM30 nett - Kanak-kanak
*bermula 29 April hingga 21 Mei 2020


Nak tempah? Call atau whatsapp je wasap.my/601139007768 / 03-26941717 ext 5

90 Menu Berbuka Puasa Selera Tradisional Melayu
Wah banyak betul juadah, lauk & makanan boleh anda nikmati waktu berbuka bersama-sama keluarga. Malah chef ada menyediakan 3 menu, so kalu datang hari ini dapat makan lauk pauk ni, besok dorang tukar menu lain.. ha dapat la rasa masakan berbeza.

Antara juadah menanti para tetamu di Campbell Cafe. Lagi menu 2 & 3 kena datang sendiri rasai apa tawaran makanan bakal chef sediakan sempena bulan ramadhan nanti

Pembuka Selera
Gado-Gado, Telor Dadar Cendawan, Paru Goreng, Panjeri Tomato, Salad (Mesculin Mixed, Carrot Raisin, Onion Pickles, Assorted Dried Fish, Keropok Sayur, Keropok Ikan, Keropok Udang & 7 jenis ulam Kerabu

Pembuka Selera
Sambal Belacan, Sambal Kicap, Sambal Tomato, Budu Cencalok, Tempoyak, Sambal Bilis, Cili Padi bersama Limau Purut

Jeruk Buahan
Jeruk Amra, Jeruk Betik, Jeruk Mangga, Jeruk Sengkuang, Jeruk Anggur, Jeruk Kelubi, Jeruk Salak, Jeruk Cermai

Sup
Tomyam Seafood & Mushroom Sup

Noodles Counters
Mee Kari & Mee Hoon Sup

Sajian Utama
Nasi Putih, Daging Palimbang, Kambing Kuzi, Bawal Masak Tomato, Ayam Percik Kelantan, Pucuk Paku Sambal Belacan, Sambal Tempe, Kobis Masak Putih Tahu Keras

*******************************
Pasta Carbonaro, Stir Fry Round Cabbage with Herbs Mix Mushroom with Capsicum

Pencuci Mulut
Kurma, Bread Butter Pudding, Aneka Kuih Melayu, Swiss Roll Spouge Cake Chocolate, Puding Jagung Kemasik, Buah Melaka, Kastard Labu, Aneka Dodol, Cream Caramel, Pastries

Minuman
Teh Tarik, Nescafe Tarik
Assam Boi, Bandung, Jagung, Iced Lemon Tea


Eh banyak betul makanan. Ni sebahagian je sebab ada 7 lagi gerai bersama sajian popular yang kita selalu mengidam time puasa. Pasti terliur tak sabar tunggu azan magrib berkumandang ye.. setuju kan!

Tahun 2020 ini chef The Grand Campbell Hotel meneruskan signature menu mereka iaitu gulai kawah. Oh sebut gulai kawah memang betul-betul masak dalam kawah tau. Rasa macam kat kenduri kendara pulak. Tu makan dengan nasi putih panas memang confirm tambah 2 kali nasi. 

Stall 1 - Kambing Golek dengan Sos Percik
Stall 2 - Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah & Papadom
Stall 3 - Bubur Lambuk, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, Bubur Charca
Stall 4 - BBQ pilihan Ikan Kembong, Ikan Cencaru atau Pari
Stall 5 - Sate pilihan Ayam atau Daging bersama Kuah Kacang
Stall 6 - Gulai Kawah (kambing atau daging) & Assam Pedas (ikan, kambing atau daging)
Stall 7 - Cucur Udang & Keropok Lekor


Bila datang dengan kawan ni memang meriah jadinya. Sambil isi perut dengan air tangan chef, bergelak sakan borak pasal aktiviti kerja kami. Salah satu sajian BBL suka semestinya sate ayam & jugak laksa beras ni. Aduh terliur balik bila scroll gambar entri ni. 


Bulan Ramadan ni jemput datang berbuka puasa kat sini ya. Insyallah BBL sendiri nak repeat makan bersama The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Hastag #DoneIftar


 The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur
Campbell Complex, 98 Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
Waze : Lokasi Hotel
Call atau whatsapp je wasap.my/601139007768 / 3-26941717 ext 5

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤


    Direct sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤

    O8 ..

    ReplyDelete