Hari Yang Sesuai Potong Kuku Menurut Islam
5:41 AM
Assalamulaikum & salam hari Jumaat semua..
Tadi tengok kuku jari, eh perasan dah panjang sikit. Bukan panjang macam kuku hantu kak limah tu cuma bila dah panjang rasa tak selesa. Tambah lagi kuku BBL ni jenis cepat tumbuh. Padahal rasa baru je potong 5 hari lepas. Ha sebut pasal potong kuku, tahu tak hari yang paling afdal nak potong kuku menurut Islam. Bukan je ada kebaikan malah boleh dapat pahala seperti disuruh oleh Nabi Muhamad S.A.W.
Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
👉 Hari Sabtu: Keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
👉 Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
👉 Hari Isnin: Keluar daripadanya gila dan masuk sihat
👉 Hari selasa: Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
👉 Hari Rabu: Keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
👉 Hari Khamis: Keluar daripadanya gila dan masuk kepada nya sembuh dari penyakit
👉Hari Jumaat: Keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
👉 Kesimpulannya hari yang baik untuk memotong kuku ialah Isnin, Khamis dan Jumaat.
👉 Selain daripada hari-hari tersebut banyak mudaratnya sebab itu orang tua-tua selalu berpesan dan mengingatkan, patutlah generasi sekarang banyak berpenyakit dan banyak
masalah, kita sudah tidak mahu ikut panduan dan nasihat yang baik, semuanya dianggap kebetulan.
Alang-alang hari ni Hari Jumaat elok jugak potong kuku terus. Kan cantik, kemas & sejuk je mata tengok. Nak amik air wuduk pun senang sebab air mengalir & benda kotor pun tak terlekat kat kuku jari.
Sebenarnya tiada sesuatu itu Allah jadikan secara kebetulan, kita yang selalu menganggap sesuatu perkara itu adalah kebetulan.
Hakikatnya tiada sesuatu itu berlaku secara kebetulan. ia berlaku atas sebab musabab yang sudah ditentukan yang juga atas keizinan Allah SWT sama ada perkara yang baik maupun yang buruk.
Moga bermanfaat dan menjadi panduan bersama
2 Budak Suka Minum Bandung Laici
Dating for everyone is here: ❤❤❤ Link 1 ❤❤❤
ReplyDeleteDirect sexchat: ❤❤❤ Link 2 ❤❤❤
dD. .
Assalamualaikum Wbt sahabat. Maklumat di atas tidak bersandarkan mana - mana hadis. Kecuali digalakan memotong kuku pada hari Jumaat. Maaf, saya sebelum ini pun ikut arahan hari untuk memotong kuku ni sehinggalah saya baca artikel berkenaan perkara ini daripada mufti. Sebenarnya amalan selain memotong kuku pada hari Jumaat tidak pernah disebutnya Rasulullah SAW. Sebenarnya amalan tersebut datang dari amalan Jawa. Boleh lihat artikel di sini : https://www.xtra.com.my/featured/adab-memotong-kuku-antara-mitos-dengan-sunah/
ReplyDeleteSemoga bermanfaat. Insha' Allah.