Cara Rebus Jagung Versi Malas Tapi Sedap Berlemak!

4:49 AM


Assalamualaikum semua..

Colleague BBL baru je balik Cameron Highland. So dapat la ole-ole jagung manis & pokok kaktus. Hari ni cadangnya nak rebus jagung tu sebab dah lama tak makan jagung. Harga jagung manis kat sana tengok gred jugak. Ada harga selonggok RM10, ada 3/4 tongkol RM10 cuma time staff BBL beli jagung manis tu penjual kasi extra sebab beli banyak hahaha

Bahan-bahan
1. Jagung
2. Air (cukup untuk tenggelamkan jagung)
3. Secubit garam
4. Sedikit gula (ikut selera anda nak bagi jagung manis sikit)

Cara rebus jagung
1. First buang sikit kulit luar jagung. Tinggal 2/3 lapis dah okay
2. Masuk jagung dalam periuk, pastikan tenggelam ala titanic & buka api besar
3. Masuk secubit garam. Incase nak manis, campak sikit gula
4. Tunggu air mendidih, dalam 10 minit lepas tu boleh angkat jagung


Tips rebus jagung
- Incase janggut jagung panjang sangat, boleh je potong sikit. Tak la macam jadi sotong rebus hahaha
- Btw janggut & bulu jagung boleh je rebus sekali. Orang tua kata bagus untuk masalah kencing  tak lawas, kencing manis, kencing berdarah & darah tinggi. Weh gigih la nak buang bulu jagung sebelum rebus. Senang citer..ko rebus je sekali. Baru ada seronok kena kupas bulu sebelum nak makan jagung
- Cara nak tahu jagung dah masak atau belum > pilih satu jagung dalam periuk, angkat lepas tu umpil satu biji jagung, kalu tak keras & lembut je isi.. tanda jagung dah masak
- Jangan masak lama sangat nanti isi jagung kecut & tak sedap
- Garam & gula jangan letak banyak sangat. Just nice bagi lemak manis je
- Kalu rajin, sebelum makan sapu majerin kat jagung & makan begitu sahaja!

Ha tengok la hasil jagung rebus anak teruna. Cantik berkilat isi jagung Cameron Highland ni. Boleh tahan manis berlemak. Padan la masa rebus bau manis semerbak je hehe


Jemput makan gais!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici