Seronok Makan Dinner Grill Buffet @ Yolo Eats, Philea Mines Beach Resort

7:49 AM


Assalamualaikum kawan-kawan..

Dah lama BBL tak update cerita bab #MakanMakan ni. Maklumlah sibuk pindah rumah baru. Tak sempat nak taip entri best untuk korang baca, ha sebab nak celebrate semangat pindah kawasan baru BBL cuba la terjah tempat makan apa best sekitar rumah. Then terjumpalah satu lokasi makan cukup unik. 

Grill Buffet - Eat All You Can @ Yolo Eats, Philea Mines Beach Resort 
First time sebenarnya saya datang sini walaupun acap kali datang The Mines tengok wayang. Tak tahu pun ada tempat makan best. Philea Mines Beach Resort ni betul-betul belakang Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC). Cuma ikut jalan masuk depan The Mines Shopping Centre, pass bay parking MIECC kemudian belok kanan dah sampai lokasi ni. 

Harga Grill Buffet 
RM 80 seorang 
PROMOSI RM 40 SAHAJA - untuk in house guest / jika anda tunjuk gambar poster bawah


Kanak-kanak makan PERCUMA *bagi umur 4 tahun ke bawah je
Tempah sekarang > http://bit.ly/2spdMV4

Cukup berbaloi sebab banyak pilihan makanan. Lagi-lagi peminat tegar grill food ayam, daging, seafood & western. Semua ni chef prepare live dengan guest tau. Mostly setiap makanan dorang sediakan fresh, panas, terus dari grill ke plate anda. Aum siapa tak terliur kan. Dari aneka menu grill yang off course favorite BBL seperti:

👍🏻 GRILLED MEAT & SAUCE
👉🏻 BBQ / MUSHROOM / BLACKPEPPER
👉🏻 Salmon Fillet
👉🏻 Chicken Chop
👉🏻 Butter Fish Fillet
👉🏻 NZ Lamb Cutlet
👉🏻 NZ Prime Ribeye
👉🏻 Australian Tenderloin
👉🏻 Minute Steak
👍🏻SAUSAGES
👉🏻 Chicken Jumbo Cheese & Mushroom
👉🏻 Cheesy Chicken Sausage
👉🏻 Classic Chicken Sausage
👉🏻 Foot Long Sausage
👉🏻 Spicy Beef Sausage

BBQ / MUSHROOM / BLACK PEPPER
👉🏻 Bread & Soup
👉🏻 Fresh Fruits & Salads
👉🏻 Assorted Sushi
👉🏻 Assorted Pizza
👉🏻 Fried Rice
👉🏻 Assorted Canapes
👉🏻 Assorted Garden Green
👉🏻 Dessert & Cakes
👉🏻 Tropical Fresh Fruits

pilihan mee sup, mee kari pun ada

sajian masakan melayu turut tersedia


Terliur tak tengok gambar makanan kat sini. Memang best & berbaloi bagi BBL. Oh ya promosi ni available setiap hari dari jam 12 tengahari - 3 petang DAN 6 petang - 9 malam. Boleh la ajak mak ayah, family datang makan kat Yolo Eats ni. 

Nak makan bawah bintang & bulan? boleh je. Sekitar kawasan taman ada port makana boleh anda pilih sambil D.I.Y BBQ pada harga berpatutan. Acah-acah bakar ayam kat laman rumah gitu. 


Ada port Instagramable!
Lepas kenyang jangan terus balik sebab sebelah malam memang cantik amat ada beberapa lokasi bercahaya sekitar resort. Kalu datang awal boleh tengok sunset tepi beach sand & tasik The Mines. Wah romantik habis level manis gula tebu. Kat tengah tu siap ada itik gergasi terapung tengah air. So cute! BBL sempat pusing satu beach bergambar dengan lampu warna warni ala Alice Wonderland. Dari Yolo Eats just jalan kaki je. Tak silap ada 6 port cantik seperti Fantasy Garden, Avatar Junction, ABC BBQ Area, Sand Pool, Love Lane & Jelly Fish. 


Mak ayah datang dengan anak-anak boleh mandi kat kolam tu. Bawa baju renang sekali. Selain tu, ada bermacam games boleh main macam pasir istana, fun fair games, kereta mainan, gelongsor air & banyak lagi. Best & hapening bawak budak berseronok kat Philea Mines Beach Resort. 


Rasanya BBL kena repeat datang makan lagi kat sini nanti. Next time nak datang awal sikit biar boleh makan banyak sikit hehehe


Yolo Eats @ Philea Mines Beach Resort
Waktu Operasi : Setiap hari | 12tgh - 3ptg & 6ptg - 9mlm

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici