CSR Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Bantu Masyarakat Wuhan, China & Uncle Kentang

7:00 AM


Assalamualaikum

Sekarang dunia sedang berduka dengan wabak COVID-19 yang menjadi sebutan setiap negara terutama Wuhan, China. Di saat ramai pihak mengurangkan urus niaga ke wilayah tersebut, salah seorang rakyat Malaysia iaitu Dato' Seri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama salah seorang salebriti, penulis lagu & penyanyi Excella Chong telah berjaya menderma sejumlah 76, 920 topeng perlindungan pernafasan ke kawasan terjejas. 


Wuhan, bersemangat!
Itu kata-kata perangsan khas buat rakyat Wuhan. Tanda sokonga moral ni sangat penting terutama bagi menaikkan semangat penduduk di sana agar sentiasa berdoa wabak ini segera berakhir. Dato' Seri Liow Soon Hee turut memberitahu antara keperluan perubatan yang telah dihantar ke sana termasuk
💊 Topeng perlindungan pernafasan
💊 Topeng perubatan
💊 Termometer
💊 Cecair pembasmi kuman
💊 Ubat-ubatan & beberapa bekalan berkaitan

Semua ni telah pun di hantar melalui helikopter dari Jepun & Malaysia kemudian diserah terus ke Hopsital Wuhan Rennim, Hospital Besar Henan Oil Field, Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City  & beberapa hospital lain. Boleh tengok video operasi penghantara ke hospital terpilih. 



Tambah Dato' Seri Liow Soon Hee yang sering berurusan business bersama China (terutama bandar Xingyi & Wuhan) dalam tempoh 10 tahun lepas, kesan wabak ini menyebabkan ekonomi dunia terjejas malah Malaysia antara negara tidak terkecuali menerima tempias. Usahawan muda Dato' Seri Liow Soon Hee mempunyai pelbagai cabang perniagaan seperti e-commerce, platform internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan perisian perniagaan turut menghadapi cabaran cukup besar memandangkan ia berlarutan lebih sebulan lalu. 

Pada masa sama, orang ramai serta badan koprat lain boleh turut bersama-sama memberi bantuan keperluan ubat-ubatan atau sokong moral supaya masyarakat Wuhan terus berdiri & berharap keadaan akan kembali normal tidak lama lagi. 


Bantu Uncle Kentang
Tak cukup tu sahaja Dato' Seri Liow Soon Hee bersama Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor turut menghulur bantuan sebuah ambulance baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia. Ha mesti kita kenal Uncle Kentang atau nama sebenar Kuan Chee Heng. Beliau sangat aktif tolong masyarakat tak kira umur, bangsa & agama. Niat beliau cuma satu selagi kita boleh membantu orang lain, percaya lah Tuhan akan membalas berlipat kali ganda ganjaran untuk kita. 

Uncle Kentang ada pesan kalu nampak van ambulance dalam emergency kat jalan raya, tolong beri laluan sebab kita tak tahu siapa insan berada dalam van tu. Boleh jadi ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, kawan sepejabat atau jiran sebelah rumah. Siapa tahu kan.. setiap saat sangat berharga tambah lagi bila kecemasan ni.


Bukan tu je, ada beberapa lagi sumbangan dalam bentuk wang ringgit telah diberi antaranya
🌟 Wang sumbangan bulanan RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya & Mental di Melaka
🌟 Sumbangan RM500,000 membina & baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya
🌟 Sumbangan RM90,000 bagi menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij 
🌟 Sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home & banyak lagi. 

Semoga usaha murni Dato' Seri Liow Soon Hee, Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor dapat beri inspirasi terutama golongan muda untuk tampil memberi sumbangan kepada komuniti masyarakat. Tak kira dalam negara atau luar negeri kerana lebih banyak kita memberi, lebih banyak rezeki bakal menanti.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici