Mismis, Swag & Blossom - 3 Produk Lokal Pilihan Saya Kini Di Tesco
12:54 AM
Pernah tengok logo bawah ni tak? Ha rasa mostly familiar kan. Tu kan logo barang Buatan Malaysia. Semalam lepas habis kenduri kahwin kat Kajang, BBL ke Tesco Kajang beli barang-barang dapur. Awal bulan mesti restock semua barang rumah, tak la kalut bila dah habis nak kena beli kan.
Dekat pintu masuk Tesco ada booth jualan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Alang-alang tu singgah tengok promosi apa yang ada.
Ubat Gigi - Mismis
Kebetulan BBL memang tercari ubat gigi jenama Mismis sebab ramai orang kata ubat gigi premium sangat best. Malah guna bahan semulajadi seperti garam bukit, buah zaiton, kulit kayu manis dan beberapa lagi sumber alam. Yang penting tak bercampur bahan kimia macam sodium lauryl sulphate (SLS), natrium florida, triclosan, propylene glycol, titanium dioksida atau sodium saccharin.
Lagi pun Mismis ada ubat gigi yang lain dari ubat gigi biasa kita jumpa dalam market iaitu Mismis Cocoa Mint Premium Toothpaste. Hasil collaboration dengan Lembaga Koko Malaysia. Ha ubat gigi ada perisa coklat - anti bateria semualajadi. Nak la try alang-alang ubat gigi dah habis. Harga RM12.90 tapi semalam promosi percuma berus gigi sebatang. Jimat duit hehe
Banyak kebaikan ubat gigi Mismis Cocoa Mint Premium
√ Bahan aktif polifenol dari koko, bertindak sebagai agen antibakteria semulajadi untuk menghalang pertumbuhan bakteria yang menyumbang kepada kerosakan gigi
√ Mentega koko, kaya dengan vitamin E bagi meningkatkan tindakan antibakteria dalam rongga mulut
√ Bahan gred makanan yang dipilih menyediakan ubat gigi yang bebas paraben, bebas fluorida dan SLES.
√ Aroma tulen koko boleh meningkatkan kepuasan tika memberus gigi, memastikan gigi segar dan bersih sepanjang hari
Paling penting di sahkan Halal, ada sijil kelulusan KKM, GMP dan bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia.
Satu lagi variasi ubat gigi Mismis - Extra Cool Mint Natural. Campuran Ekstra Pudina Segar amat sesuai kepada sesiapa yang suka ubat gigi jenis berangin. Terbukti berkesan beri 7x perlindungi pada gigi. Oh ya, menariknya buih ubat gigi ni diperbuat dari kelapa. Wow first BBL dengar.
🌟 Harga RM10.50 - 200gram
Tak silap Mismis pun ada ubat gigi khas untuk budak-budak. Special ada flavour chocolate & bubble gummy. Sebab guna 99.9% bahan semulajadi, incase anak anda tertelan ubat gigi waktu gosok gigi pun tak jadi masalah. Yelah mana tahu seronok sangat berus gigi rasa bubble gum tu. Sesuai bagi anak-anak umur 3 - 11 tahun tau.
🌟 Harga RM5.90 - 50gram
🌟 Harga RM5.90 - 50gram
BBL sempat tanya staff, apa maksud Mismis tu. Rupanya MIS tu short form tagline "Make It Smile". Nice je nama brand. Produk Mismis termasuk ubat gigi, berus gigi & mouth wash. Even berus gigi ada 2 pilihan sama ada medium soft atau soft. Macam BBL memang prefer soft sebab bila berus gigi tak cepat luka gusi atau lelangit.
harga berus gigi RM3.90 je satu
Kalu sapa-sapa nak travel, Mismis pun ada pek berus gigi + ubat gigi jenis travel kit. Setiap pek ada berus gigi sebatang & ubat gigi size 60gram. Senang nak balik kampung, berjalan, outstation pakai travel kit ni. Jangan ingat brand famous je jual, lokal brand pun dah updated tau. Boleh pilih nak ubat gigi premium atau extra cool mint.
Sekali pandang produk rangkaian Mismis macam tak percaya usahawan bumiputera mampu keluarkan produk setanding jenama popular. Dari packaging, ingredient, jenama pun sangat sinonim seperti brand yang kita guna kat rumah kan. Kalu tak ada kempen ni, mesti saya ingat ni ubat gigi & berus gigi dari international brand. Betul la usahawan IKS sekarang dah makin advance compare sebelum ni.
Sempena kempen KPDNHEP bersama Tesco, Mismis buat jualan murah semua produk penjagan gigi. Siap ada free gift key chain comel lagi. Promosi special ni hanya terhad di karnival Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di Tesco Kajang. Hari ni last day kempen tau. Better cepat-cepat grab pergi Tesco Kajang sebelum sold out. Lagi pun bila kita sokong buatan tempatan boleh tingkatkan ekonomi negara Malaysia.
MISMIS
Perapi Rambut - Swag
Produk kedua pilihan BBL semestinya rangkaian pomade Swag. Bestnya ia ada dalam bentuk gel & cecair. So senang nak gayakan rambut ikut style kan. Jenama Swag diformulasi dari bahan-bahan semulajadi macam Argan Oil, Olive Oil yang mostly sangat bagus untuk suburkan rambut lelaki.
Satu lagi pomade Swag ni water based so tak melekit & senang nak sapu kat rambut. Ada empat pilihan best seller "Boss", "Focus", Energy" & "Million". Setiap satu sesuai dengan gaya saya mahukan. Lagi pun setiap pomade mudah carry incase nak pergi travel, letak dalam beg atau poket seluar.
Satu inovasi Swag ialah ada Liquid Pomade. Ha biasa jumpa jenis gel kan. Yang ni just tuang kat tapak tangan, lepas tu gayakan rambut macam biasa. Tak melekit sangat & sangat senang meresap ke rambut. Semua produk Swag ni boleh tahan sehingga 4 minggu. Berbaloi sangat sang jejaka luar sana dapatkan satu pomade Swag ni.
🌟Harga Produk Swag
Pomade Swag RM28.00 untuk 120g
Produk clay RM19.90 untuk 80g
Liquid Pomade RM19.90 untuk 200g
SWAG
Losyen Tangan & Badan - Blossom
Dah jadi tabiat BBL lepas mandi mesti sapu losyen kat badan & tangan. Yelah bila lepas sabun badan, kulit jadi cepat kering. Tambah lagi bila kerja dalam aircond lagi cepat je tangan rasa kering & kesat. Dengan produk Blossom tak jadi masalah lagi sebab ada 4 variasi favourite saya iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) & Bunga Ros.
Setiap orang dilahirkan dengan pelbagai jenis kulit contohnya berminyak, kering, tidak sekata. Jadi dengan sapuan losyen Blossom boleh memberi kelembapan, melembutkan kulit, cantik, mulus & sihat. Terutama kaum wanita yang mahu sentiasa kulit badan & tangan lembut, so Blossom lah jawapannya.
Dengan dua size losyen iaitu 500ml & 100ml serta krim kas tangan 50ml cukup sesuai bagi saya. Satu letak dalam bilik manakala jenis kecik boleh muat dalam beg. Nak pergi travel pun mudah. Setiap pek Blossom mesra travel means boleh bawa naik flight & handbag. Tak payah susah-susah kena transfer ke botol lain.
Bagi BBL sendiri, dengan packaging setiap botol & kandungan bahan Blossom setanding dengan produk atarabangsa lain. Malah harga cukup berpatutan untuk kita beli. Pasti satu pencapaian cukup membanggakan sebab produk bumiputera mampu berdiri gah sebaris jenama popular yang ada dalam pasaran.
BLOSSOM
Btw jangan risau anda boleh beli produk penjagaan diri seperti ubat gigi Mismis, pomade Swag & losyen tangan Blossom ni kat semua cawangan Tesco seluruh Malaysia atau beli je online. Nanti posmen hantar depan rumah gitu.
20 Budak Suka Minum Bandung Laici
I dah borong lah Marou.. rasa koko tu buat anak anak I rajin gosok gigi tau. Hehehe
ReplyDeletecatchy jer nama produk ni. tak pernah cuba lagi. nanti nak cari lah. tengok bahan2 terkandung dalam produk ni pun bagus. tertarik nak cuba sendiri nanti
ReplyDeleteSetakat hari ini, belum nampak lagi produk ni di tempat selalu Sis soping..nanti kalau jumpa nak gak le try...
ReplyDeleteproduk mismis mmg best..suka dengan ramuan utamanya iaitu koko..plg penting sesuai utk seisi keluarga
ReplyDeleteComel je nama dia Mismis, packaging pun cantik dan kreatif. Depan office ni ada Tesco, nanti boleh try beli ubat gigi dia. Team support barang local!
ReplyDeleteMismis product NIe nampak best sgt. Packaging dia pun comer giler. Rasa macam nak try jer. Thank you for sharing your review.
ReplyDeleteyang penting buatan malaysia, anak-anak akak pun tahu dah bila nampak logi tu diorang akan jerit eh buatan malaysia ;). first time dengar ubat gigi flavour coklat, alamat rajinlah anak akak nk gosok gigi
ReplyDeleteTak pernah dengar lagi toothpaste perisa koko. Warnanya coklat ke? Ni kalau budak2 mstila suka gosok gigi
ReplyDeleteComel la packaging dia
ReplyDeleteZul baru je guna produk ni, suka berus gigi dia sedap rasa dia kene seluruh kawasan. Ubat gigi dia pun best ada rasa koko
ReplyDeleteSis pun dah gunakan mismis ni sejak akhir tahun lepas. Memang best gunakan produk ni..segar je mulut sepanjang hari
ReplyDeleteTak pernah lagi guna produk2 ni. Bolehlah nanti cari. nampak menarik dan bangga ada produk bagus mcm ni ciptaan tempatan. : )
ReplyDeleteComelnye ubat gigi mismis ni. Tahniah pengusaha Malaysia buat produk buatan Malaysia
ReplyDeleteooo, MISMIS tu singkatan pada Make It Smile rupanya. Tapi serius la, sekali tengok memang ingat produk luar negara. Apapun tahniah kepada pengusaha produk MISMIS yang telah berjaya mengubah persepsi bahawa produk tempatan juga boleh setanding produk antarabangsa
ReplyDeletePackaging barang2 buatan tempatan sekarang boleh boleh tahan! saya memang nak support lah barangan buatan Malaysia ni👍
ReplyDeleteComel sgt nama Mismis ni. First time tau dengar. Boleh laa lepas ni anak suami tukar brand ubat gigi. Support produk Malaysia gitu
ReplyDeletekalau ubat gigi berpatutan dan berkualiti macam mis mis ni mesti ramai yang nak beli kan? boleh try terjah tesco nanti
ReplyDeleteQis baru tau ada produk lokal macam ni. Selalu beli tak cek pun lokal ke tak. Tapi bagus nak bertukar ke barangan lokal lepas ni. Maju juga ekonomi kita
ReplyDeletewow sangat, tak sangka ni produk tempatan. tengok sekali imbas pakaging dia look international sangat. boleh pergi jauh ni.
ReplyDeleteAkak tertarik la nak guna produk mismis tu.. Nampak best sgt la dia punya ni... Packaging wise menarik sgt kot
ReplyDelete