Simptom Pesakit Corona Virus (Covid-19)

4:51 AM


Assalamualaikum semua...

Sekarang ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan berjaga isu penularan virus Covid-19 ni. BBL yang kerja healthcare pun takut jugak nak datang klinik. Siang tadi pun ada kes pesakit suspek Covid-19 memandangkan dia steward baru fly dari Korea. Habis satu department kena tutup sebab kerja-kerja sanitation. Ha mesti kita tertanya macam mana simptom pesakit coronavirus ni ye.

Kalu ada ahli keluarga, kawan-kawan atau mereka dengan gejala bawah ni, mohon anda berhati-hati & terus rujuk mereka ke klinik/hospital berdekatan.

KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI

HARI 1-3
1. Gejalanya hamper sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.

HARI KE-4
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada tabiat pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diare atau gangguan percernaan ringan.

HARI KE-5
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.

HARI KE-6
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lender atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diare dan boleh muntah.

HARI KE-7
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Biasa badan dan sakit kepala.
4. Diare yang lebih teruk.
5. Muntah.

HARI KE-8
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, nyeri sendi dan sakit punggung.

HARI KE-9
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.

*Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakukan.

Harap wabak ni tak teruk sangat dalam negara. Sama-sama kita doa ye. Please jika pergi tempat orang ramai, pakai penutup mulut & hidung. Pastikan selalu cuti tangan dengan kerap. Nak-nak bila pegang benda kat tempat awan. Take care

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici