Harga Kek Aiskrim Baskin-Robbins

4:12 AM


Assalamualaikum & hello semua...

Tadi lalu depan Baskin-Robbins kat Aeon Mall Shah Alam. Terpandang peti sejuk penuh isi kek aiskrim Baskrin. Adoi kan best kalu ada orang buat suprise hantar kek ni kat rumah. Mesti suka sampai senyum ke telinga. Ha kalu nak jadikan celebrate birthday lebih special boleh la beli kek BR ni. Ada 24 jenis design kek semua sekali tapi mostly isi dalam tu berbeza. Korang nak perisa apa, semua ada.. yummy sedapnya. Kalu nak tahu kek BR ada 2 jenis - size 6 inci & 9 inci. Harga dari RM105 hingga dua ratus lebih tengok size la

Off course la makin besar size kek, makin have-have harga. Depends store jugak, tak semua BR ada semua jenis kek ni. Mungkin korang boleh check out website Baskin-Robbin untuk list design. Tak sure la boleh pre-order design tu kat store. Try la pi tanya staff BR tu

Tak payah tunggu birthday, nak je beli satu pastu letak dalam peti ais. Kan boleh makan sambil tengok movie...setuju tak?

  kek Scoop Tuxedo 9 inch
Flavour : Very Berry Strawbery / Cookies N Cream / Jamoca Almond Fudge
Harga : RM 239

 kek First Snowfall 9 inch
Flavour : Chocolate Mousse Royale / Cookies N Cream / Jamoca Almond Fudge /
Love Potion #31 / World Class Chocolate
Harga : RM 205

 kek Rainbow Tuxedo 6 inch
Flavour : Very Berry Strawbery / World Class Chocolate
Harga : RM 155

 kek Ohana
Flavour : Cookies N Cream / Jamoca Almond Fudge /
Love Potion #31 / World Class Chocolate
Harga : RM 125

 kek Ohh Chocolata!
Flavour : World Class Chocolate / Mint Chocolate Chip
Harga : RM 108

 kek Bear With Me
Flavour : Very Berry Strawberry / Mint Chocolate Chip
Harga : RM 143

kek Wishing Pond
Flavour : chocolate chip / Very Berry Strawberry 
Harga : RM 109

Ha ni kek BBL beli masa sambut birthday si housemate! kemain suka sampai ke pipi dia 1st time dapat kek dari BR. Puas hati dapat makan aiskrim puas-puas sebab biasa beli 1 scoop tu je. Nak beli banyak kena tunggu 31hb baru berbaloi sebab ada diskaun 31% kan.


Semoga bermanfaat entri ni. Btw selamat makan kek BR!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici