[BUFFET RAMADAN 2020] #Bislimillah Bazar Ramadan Di Dorsett Putrajaya

7:53 AM


Assalamualaikum semua..

Memang jadi rutin setiap tahun BBL mesti berbuka puasa kat Putrajaya. Tahun ni sudah pasti Dosett Putrajaya menjadi lokasi saya akan singgah nanti. Special sempena sepanjan g bulan Ramadan, chef Dorsett Putrajaya menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa bertema #Bismillah Bazar Ramadan. Ala persis bazar yang kita biasa pergi beli lauk berbuka tu..tapi lebih meriah dengan bermacam makanan favourite tiap kali bulan puasa. 

150++ Juadah Menanti Tetamu
Bermula ramadan pertama 27 April hingga 21 Mei 2020 ni, nikmati aneka menu masakan sajian tempatan, timur tengah & juga western secara ekslusif di Restoren Cita Rasa tingkat 3 Dorsett Putrajaya. 

Tahun ni Chef Shamsul Rizal Bin Johari membawakan menu popular sering menjadi santapan umat Islam ketika berbuka puasa. Banyak sangat pilihan tau, semua nampak sedap tambah lagi bila satu hari puasa kan. Antara juadah bakal menjadi tumpuan mestilah
🔥 Kambing Golek
🔥 Ayam Golek
🔥 Udang Percik Mek Ayu
🔥 Nasi Lemak Delima
🔥 Nasi Kerabu
🔥 Gulai Tempoyak
🔥 Assam Pedas
🔥 Bubur Lambuk Istimewa
🔥 Laksam Kelantan & Laksa
🔥 Mee Goreng 
🔥 Tempura Goreng
🔥 Pencuci mulut Timur Tengah
🔥 Aneka kuih muih tradisional


Bahagian luar mengadap tasik Putrajaya & Masjid Besi terhidang menu popular kesukaan ramai termasuk Kambing Golek, Ayam Golek, Assam Pedas, Laksa, Laksam Kelantan, Nasi Kerabu, Mee Goreng & beberapa menu lain. Terus terlupa diet nak kurus badan bila tengok makanan sedap belaka.


Sebenarnya dah lama craving nak makan Laksam ni. Tak sangka ada terhidang sekali menu berbuka. Terubat rindu kat kampung, siapa kata Laksam tak boleh jadi juadah berbuka. Bagi anda yang merindui Assam Pedas, usah risau..datang nikmati Kuah Assam Pedas dengan pilihan ikan atau pari. 

harus cuba bila datang iftar sini tau

Paling tertarik sekali section pencuci mulut..tu penuh dari atas sampai bawah dengan hidangan pastri, kek, tart, pencuci mulut Timur Tengah, biskut raya, dodol & macam-macam lagi. Malah mesin aiskrim ada khas untuk anak-anak kecil. Bagi mereka yang nak hilangkan dahaga, hidangan Air Batu Campur (ABC) turut ada. 


Semua menu #Bismillah Bazar Ramadan akan bertukar setiap hari untuk bagi kelainan tetamu berbuka puasa. Boleh la bawa ahli family, kawan-kawan & rakan sekerja datang sini. Malah ruang makan Restoren Citra Rasa boleh muat hingga 500 pax tetamu dalam satu masa . 

Harga Buffet #Bismillah Bazar Ramadan @ Dorsett Putrajaya
Dewasa RM108 nett
Kanak-kanak RM68 nett (6-12 tahun)
Warga emas 60 tahun ke atas RM88 nett
*Kena buat reservation 3 hari awal ye

*PROMOSI  - Rebut 1000 voucher Early Bird cuma RM88 nett (dewasa)
Sah sekarang hingga 26 April


Memandangkan Dorsett Putrajaya tak jauh sangat dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau nama famous - Masjid Besi, jadi anda boleh menunaikan solat Tarawih selepas selesai berbuka puasa. Jangan risau, surau hotel juga ada di level 3 untuk kemudahan Muslim & Muslimah solat Magrib. 


Dah rasa excited nak datang iftar kat sini? tempahan boleh terus contact Dorsett Putrajaya ya


Dorsett Putrajaya
No Telefon : 03-88928388
Email : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

#Bismillah #Ramadan2020 #DorsettPutrajaya #VM2020 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici