[BUFFET RAMADAN 2020] Berbuka Selera Thailand Di Chakri Palace Skyview, Hotel Dorsett Hartamas

12:07 AM


Assalamualaikum 

Sepanjang bulan puasa ni sudah pasti menu popular tempatan akan menjadi juadah wajib berbuka, tak kan asyik iftar makanan sama je. Apa kata sekali sekala tukar selera dengan menikmati sajian dari negara Thailand di Chakri Palace. BBL rasa mostly pernah makan makanan ala Thai tak kiranya main dish atau pencuci mulut.

Berbuka Puasa Sambil Enjoy 'Million Dollar Views'
Ha bunyi menarik kan.. itu lah keistimewaan bila anda datang berbuka puasa di Chakri Palace Skyview. Terletak di rooftop tingkat 27 Hotel Dorsett Hartamas ni para tetamu dapat menikmati pemandangan 360 hampir keseluruhan ibu kota Kuala Lumpur termasuk menara ikonik seperti Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Menara TRX & penorama seluas mata memandang. Lebih manis jika cuaca baik, boleh tengok sunset di ufuk langit sambil tungu azan Magrib berkumandang.


Iftar Menu Popular Air Tangan Chef Thailand
Dengan lebih 50 jenis juadah all time favourite pelanggan Chakri Palace, pastinya tak sabar tunggu masuk waktu berbuka. Sebagai pembuka selera, nikmati hidangan aneka Somtam Thai - Somtam Thai Betik, Somtam Thai Mangga, Mieng Kam, Clear Noodles Salad, Chicken Salad, Keropok Ikan, Samosa, ulam-ulaman, Kurma, Jeruk & banyak lagi. 

 Mieng Kam

Popia Goreng

 Samosa

Chicken Salad

 Somtam Mangga

 Clear Noodles Salad

Somtam Betik

Hidangan utama bakal mengiurkan seperti Tomyam Seafood, Udang Mentega bersama Sos Telur Masin, Daging Masak Lada Hitam, Ayam Daun Pandan, Daging Kari Hijau, Sup Cendawan Brokoli, Ayam Kapitan, Nasi Beriani & Nasi Putih

Tomyam Seafood & Laksa Thai

Steamed Seabadd with Lime & Chili

 Daging Masak Kari

 Daging Masak Kari Hijau

 Udang Mentega bersama Sos Telur Masin

 Daging Masak Lada Hitam

 Ayam Pandan


Malah ada Live Action Stall menyajikan hidangan seperti Tom Yum bersama pilihan mee, Sate Ayam & Daging, Ikan Bakar & Thai Laksa. BBL recomand anda cuba Thai Laksa sebab sangat berbeza dari laksa yang kita biasa makan tu. 

 Sate Ayam & Daging

 Tomyam Seafood

Thai Laksa

Pencuci mulut pastinya tak boleh miss out. Nikmati aneka desert dari Red Rubby, Pulut Mangga, Puding, Pegat Pisang, Pegat Buah Labu, Kuih-Muih & potongan buah tropika.

 Pulut Mangga

 Aneka pilihan pengat - Pengat Pisang, Pingat Labu

Red Ruby


HargaBufett Ramadan @ Chakri Palace

Chakri Palace
Harga Dewasa
Harga Kanak-Kanak &
 Warga Emas
Dorsett Hotel Hartamas
RM128++
RM64++
Suria KLCC
RM108.80++
RM54.40++
Pavilion KL
RM98.80++
RM49.40++
*Bermula 27 April 2020 dari jam 7 malam
**Kanak-kanak bawah 6 tahun makan PERCUMA

Promosi Early Bird - Download applikasi Chakri App & nikmati potongan 20% harga untuk pembelian Early Bird sebelum 22 April ini. 

RM102.40++  untuk Dewasa (Hotel Dorsett Hartamas)
RM87++  untuk Dewasa (Suria KLCC)
RM79++  untuk Dewasa (Pavilion KL)

Tak cukup tu je, siap ada tawaran special Group Booking BELI 3 PERCUMA 1. Promo ni start 6 April - 22 April 2020. 

Nak tempah boleh terus call no telefon tertera bawah ni tau

Dorsett Hotel Hartamas -  03 2602 1031
Suria KLCC03 2382 7788
Pavilion KL 03 2143 1141
Email : marketing@chakri.com.my

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici