PICOMS Jalin Kerjasama Dengan 6 Institusi Indonesia

5:11 AM


Assalamualaikum semua...

Tahniah BBL ucapkan kepada Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS kerana berjaya menjalin kerjasama dengan 6 buah institusi dari seberang melalui Program Global Mobility (Inbound) 2020 yang berlangsung mulai 22 Febuari hingga 8 Mac 2020.

Hari ini BBL berkesempatan attend International Conference on Science, Technology, Education and Management (InSTEM) 2020. Dirasmikan oleh Ybhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh bin Mohamed Yassin, Pengerusi Lembaga Pengelola PICOMS yang turut menyampaikan ucaptama bertajuk "Enhancing the Research Agenda of an Institution". Satu topik saya rasa cukup berguna terutama bagi mereka yang nak buat research dalam kalangan mahawiswa atau pensyarah. Dari segi explanation Tan Sri, sewajarnya bakal research buat kajian supaya dapat beri impak kepada komuniti atau masyarakat amnya. Tambah kata beliau lagi, jangan buat research syok sendiri. Persidangan ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah PICOMS iaitu Prof. Dr. Abdul Latiff bin Mohamed dan Naib Canselor PICOMS iaitu Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman.


Antara penceramah pada conference kali ini termasuk juga Prof. Dr. Wan Mohd Azizi dengan kertas kerja bertajuk "The Resurgence of Traditional Malay Medicine Between Bomoh and Therapist". Tidak ketinggalan beberapa lagi slot pembentangan dengan topik cukup menarik dari universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Akademi Tahfiz Medik Antarabangsa (ATMeDIK), Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan. 

Untuk pengetahuan anda, program ni buah idea inisiatif Prof. Dr. Wan Mohd Azizi  melalui 10 Pelan Transformasi PICOMS untuk memberi pendedahan kepada pelajar PICOMS untuk maju kehadapan di peringkat antarabangsa. Impak perkongsian informasi dan teknologi dalam bidang akademik, lawatan fasiliti kemudahan termasuk hospital & makmal pelajar milik kampus PICOMS mampu mempromosi pelancongan serta hospitaliti Malaysia. 


Sepanjang satu hari program berjalan melibatkan 65 orang peserta terdiri daripada 15 pembentang utama, 24 pembentang lisan dan 26 pembentang poster bagi penyelidikan masing-masing. Secara keseluruhannya, persidangan ini bertujuan meningkatkan tahap pemahaman, pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang berkualiti di kalangan peserta. BBL sendiri teruja tengok hasil kerja setiap individu mahu pun kumpulan. Rata-rata ada input yang mereka mahu tonjolkan kepada kumpulan sasaran. 

Turut menyampaikan pembentangan termasuk Doni Setiawan dari M. Biotek Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Muhammadiyah Ciamis, Indonesia yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Thalassemia Beta Minor Screening in High School Students in Ciamis".

Lebih bangga & syabas kepada PICOMS kerana berjaya melibatkan 82 delegasi Indonesia terdiri daripada 16 pengiring dan 66 pelajar dari pelbagai institusi dari Indonesia. Antara wakil pusat pengajian dari
📌 Universitas Gunung Rinjani (Nusa Tenggara Barat)
📌 Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Muhammadiyah Ciamis (Jawa Barat)
📌 Sekolah Tinggi Keguruan & Ilmu Pendidikan Taman Siswa Bima (Nusa Tenggara)
📌 Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bima (Nusa Tenggara Barat)
📌 Politeknik Kesehatan Bandung (Jawa Barat) 
📌 Politeknik Medica Farma Husada Mataram (Lombok)


Mereka adalah peserta yang menyertai PICOMS International Inbound Mobility Program 2020. Bukan calang-calang PICOMS ya berjaya jalin kerjasa dari negara serumpun. Semoga pertukaran idea, buah fikiran, cadangan & cara kerja boleh memberi impak terutama pelajar-pelajar PICOMS. Malah deligasi ini saling bertukar maklumat, teknologi serta menyantuni budaya antara satu sama lain. 

Oh ya jangan lupa datang beramai-ramai ke PICOMS FEST 2020 bakal diadakan pada 4 Mac 2020 dengan tujuan mengingkatkan keupayaan perusahaan kecil & sederhana serta koperasi. Banyak aktiviti menarik sepanjang satu hari festival berlangsung di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda dari jam 8.30 pagi sampai 5.00 petang. Ada persembahan artis Daqmie, Badhisham (bekas pemain dram kumpulan Headwind) & Kolsultan Terapi Muzik iaitu Dr. Mir Hazil. 


Jumpa anda di PICOMS FEST 2020 ya!
#OneFamilyOneGraduate #JomMasukPICOMS
#PICOMS #PICOMSGemilang #LIVE #SPM

You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. sungguh menarik panel jemputan fest tu, BBL.
    reading this ter throwback time belajar baru2 ni.
    seronoknya. byk join program gini.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada PICOMS ni. Boleh tambah ilmu pasal kesihatan. Harini ye eventnye

    ReplyDelete
  3. Wah!!!!!!! Bagus Universiti nie buat program macam nie. Good for our youth and also our country’s future.

    ReplyDelete
  4. tak tahu langsung pasal PICOMS but congrats to them sebab dah berjaya jalin kerjasama dengan institusi negara indonesia. Beruntung BBL dapat kutip ilmu banyak2 dekat program ni

    ReplyDelete
  5. Bagus ada program macam ini.sangat membantu. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Banyaknya program bercirikan ilmiah di PICOMS fest ni.. kalau AM sihat, confirm AM nak join program seumpama ini..

    ReplyDelete
  7. Bukan calang2. Sis suka juga baca kajian ilmiah macam ni. Elokla bertukar2 pandangan dan maklumat dr pelbagai uni pendidikan. Congrats PICOM.

    ReplyDelete
  8. Bagus inisiatif yang diambil oelh PICOMS ni berkerjasama dengan beberapa institusi di Indonesia untuk bertukar tukar pandangan dan maklumat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dapat bekerjasama dengan institusi Indonesia. Dapat merapatkan ukhwah dan Saling bertukar pandangan dan maklumat.

    ReplyDelete
  10. Bagus ada program usahasama dgn uni2 lain. Byk pndangan dn maklumat lain boleh diperolehi.

    ReplyDelete
  11. Tahniah PICOMS jalinkan usahasama dgn negara luar. Ia memberi manfaat kepada pelajar dan staff ntk luaskan pengalaman

    ReplyDelete
  12. Wah! Tahniah PICOMS bukan senang-senang nak jalinankan kerjasama macam ni. Harapnya kedua-dua pihak dapat faedah.

    ReplyDelete
  13. Oo bagus inisiatif PICOMS ni. Banyak kerjasama yang berguna untuk masa depan anak-anak muda...

    ReplyDelete
  14. Satu inisiatif yang baik dari Picoms untuk mengeratkkan hubungan secara international within univ youngsters

    ReplyDelete