Kad Raya Di Hari Raya Haji

6:20 AM

Assalamualaikum & selamat hari raya aidiladha semua.
BBL mintak maap kerana blog BBL dah lama tak ter update dengan entri baru.
Harap kalian jangan marah BBL. Hari baik dihari raya ni lebih elok kita bermaafkan kan?

Peristiwa berlaku hari ni sangat menarik hingga BBL tergelak-gelak
sampai nak menaip entri ni pun boleh tergelak. Bukan tak betul ok.


16. Ogos. 2011


Untuk pengetahuan, bulan Ramadhan lalu BBL menang contest
 Saya Nak Kad Raya Dari CX,korang boleh rujuk entri ini
Hadiahnya cuma kad raya.
Memang seronok sangat bila dapat tahu BBL antara pemenang bertuah.

Nama pun kad raya kan mestilah sampai sebelum raya. Waktu balik cuti raya hari tu,
BBL tanya mak ada tak kad raya untuk tahun ini tapi hampa sebab
hadiah kad raya dari CX tak de. Jadi BBL buat spekulasi yang kad raya CX
akan sampai selepas hari raya aidil fitri. 

15. Oktober. 2011

Awal bulan oktober hari tu BBL balik rumah untuk bercuti selama-lamanya.
Lupa nak update kat korang semua, BBL dah habis belajar diploma.
Jadi BBL tanya lagi mak ada lagi kad raya terlepas lori pos & jawapannya tiada.
Waktu tu, dalam hati cuma fikir kad raya dari CX silap masuk kotak pos
rumah orang lain. Sedih hadiah online pertama dalam hidup tak sampai rumah
sampai kesudah. Argh nak je pergi pejabat pos cari kad raya CX.

6. November. 2011

Pagi hari raya aidil adha lepas bersalam dengan keluarga tiba-tiba
ayah BBL beri sepucuk surat. Terfikir sekejap, tak dah sampai surat sambung ijazah?
Sekali ayah cakap, "ni ada kad raya haji". 
BBL " kad raya haji? sapa pulak ni buat lawak.."
Belek punya belek, la ni kad raya aidil fitri dari CX. BBL tanya ayah kenapa
tak kasi waktu raya puasa hari tu & nak tahu apa alasan ayah?
ayah : "time nak balik kerja, ayah lupa nak ambil bawa balik.."
Tergelak satu rumah dengar ayah cakap macam tu.
Hahaha

Buat CX..

Terima kasih untuk hadiah kad raya ni. Walaupun lambat sampai
 ( nasib baik tak sampai x-mas nanti ), BBL terima dengan  rasa gembira.





BBL ~ tahun depan nak balas kad raya puasa time raya haji
[U_U]







seronok baca? apa kata share  dengan kawan-kawan kat....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

LIKE Fan Page BBL