Review Auala Gaming Mouse Keyboard Combo Dari #LazadaSurpri5e Box

8:23 PM


Jumaat lepas BBL ada terima satu kejutan istimewa dari Lazada Malaysia iaitu #LazadaSurpri5eBox sempena ulangtahun Lazada ke lima tahun ini. Di antara item yang super ohsome dalam kotak tu, BBL sangat suka dengan gaming mouse keyboard and mouse pad combo jenama Aula. 

Jujur pada diri sendiri, keyboard roomate menjadi mangsa untuk BBL guna main game. Nasib baik dia ada extra papan kekunci. Kalau tidak confirm berebut nak guna - sorang nak guna main game, sorang lagi guna siapkan kerja office. Alasan risau abjab papan kekunci laptop mudah rosak sering BBL gunakan sebagai ayat pengasih nak pinjam keyboard tu.


Set lengkap peminat gaming

Memahami naluri insan gaming, Aula hadir dengan set lengkap combo papan kekunci, tetikus dan pelapik tetikus dalam kotak mudah bawa. Sesuai untuk student bawa pulang ke rumah masing bila cuti panjang semester bermula. Lepas penat perah minda jawab exam, release stress main game la.

Antara features menarik keyboard ini

1. Rekaan papan kekunci elegant dan minimalist style
2. Mempunyai pam rest dan smart key-caps untuk keselesaan sewaktu bermain game
3. Abjab kekunci sangat lembut, selesa disentuh dan jangka hayat hingga 10 juta kali
4. Nyalaan campuran 6 jenis lampu background pada keyboard
5. Hadir dengan 10 jenis black-light mode yang boleh diubahsuai 
6. Ada 26 kekunci anti-ghosting - "Z", "C", "F", "Shift-L", "Ctrl-L", "Space", "A", "TAB", "S", "D", "W", "E", "Q", "B", "V", "R", "T", "X","Caps", "G", "↑UP" , "←Left", "↓Down", "M" , "Alt-L","→Right" 
7. Reka bentuk mesra pengguna dengan satu set kunci fungsi kawalan light background, kekunci fungsi permainan dan kunci multimedia dengan kunci FN sahaja.


Sebagai jantung pelengkap semestinya gaming mouse. Dari pengalaman sendiri mencuba mouse, BBL rasanya lebih selesa dan lancar ketika bermain. Mempunyai size yang sederhana besar sesuai dengan tapak tangan remaja. Paling penting ia ada button pada ibu jari dan side rest. Tak lenguh ibu jari kata orang.

1. Ada empat gear DPI, resolusi tinggi sehingga 3500 DPI, dan roda skrol yang berbeza LED menunjukkan setiap DPI 800 (merah), 1600 (biru), 2500 (hijau) dan 3500 (merah jambu).
2. Button kiri kanan boleh bertahan hingga 20 juta kali
3. Rekaan ergonamik untuk keselesaan tangan
4. Ada lampu LED pada hujung mouse


Rasa janggal bila tiada mouse pad, terima kasih Aula kerana memahami keperluaan sang gaming. Set combo ini beserta mouse pad bersize 300x235x3.0mm. Boleh tahan besar dan lembut. 


Khas kepada anda yang sedang mencari keyboard baru untuk kepuasan bermain game, boleh dapatkan set combo ini dengan promosi hebat sempena jualan ulangtahun Lazada ke 5 bermula 22-24 Mac ini melalui LINK INI



BBL ~ selamat hari jadi Lazada!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. perghh siap2x berlampu tu...bukan semangat game je ni.. menulis pun naik semangat.

    ReplyDelete